Rahsia Hebat Di Malam Jumaat

 

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat semua,

Pejam celik dah seminggu aku dekat umah mertua ni.. sakit-sakit ni masa cepat je berlalu.. tak pasti lagi berapa lama lagi cuti yang perlu aku sambung.. selagi chicken pox ni tak betul-betul baik ada baiknya aku duduk dekat rumah je.. silap-silap kalau aku gi keje mau jangkit dekat orang lain pulak.. ada orang cakap paling senang chicken pox nak jangkit time dah nak baik.. time kuping-kuping tu dah kering dan nak tanggal.. betul ke?

Oklah berbalik pada tajuk entri dekat atas tu.. wah bukan main cepat lagi korang klik nak baca kalau tengok tajuk hot macam dekat atas tu ye..

Kalau yang dah kawin tu logik juga nak tahu rahsia hebat di malam jumaat.. tapi kalau yang bujang macam bro ni.. apa tujuan dia nak baca.. hahaha.. lainlah kalau mamat ni atau mamat ni.. memang tiap-tiap malam jumaat mengaung je.. hahaha..

Korang nak tahu apa rahsia aku.. rahsianya ada dekat bawah ni….

Oblong Special 1

Oblong Special 2

Punyalah banyak mayonisnya siap meleleh-leleh lagi.. nyummmmm

Oblong Special 3

Sebelum korang nak tidur.. korang wajib ambil ubat kuat dekat atas tu.. hahaha..ada berani.. beli yang speacial punya.. mesti terangkat punya..

Jangan marah ye.. aku hanya berguau.. takda kene mengena oblong dekat atas tu dengan ubat kuat.. kalau korang bedal benda ni sebelum tidur.. confirm korang tak akan bangun sampai pagi sebab perut dah kenyang macam ular sawa..

Amaran : Jangan amalkan ubat kuat ni setiap malam sebab confirm rosak diet korang nanti.. hehehe.. sesekali takpe..

Ulasan

  1. Kakpb dok Sabah, susah nak jumpa obat kuat mcm ni punya bagus...haha...nak sedap kena buat sendiri, selamat akak.

    BalasPadam
  2. Selera makan masih steady lagi... kira okey la tu bro....

    BalasPadam
  3. hahahaha. kalau itu macam, memang power mencanak2 bro..hehehehe

    BalasPadam
  4. ini yang wat aku nak cari benda ni kejap lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak