Rezeki Blogging Tidak Mengecewakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah itu yang boleh aku ucapkan sepanjang tahun 2012 yang mana rezeki dari berblog tidak pernah putus-putus kekadangan datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka pun ada.. kalau sebelum ni banyak aku dapat income sampingan dari Nuffnang.. tapi sekarang bukan sekadar dari nuffnang sahaja sebab ada juga company yang deal terus untuk membuat iklan dalam blog cop ayam ni.. tapi ada juga yang aku tolak atas sebab-sebab kurang sesuai dengan kandungan blog aku..
Tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada Tn Denaihati sebab rasanya aku boleh dikatakan hampir setiap bulan di tahun lepas aku dapat insentif tunai untuk top referrer di blog beliau.. selain dari tu ada juga menang beberapa contest yang beliau anjurkan.. pendek kata memang banyak aku dapat site income dari blog beliau…. alhamdulillah. di harapkan tahun 2013 ni ada lagi peluang rezeki dari beliau nanti.
Masih tidak berpeluang untuk berjumpa beliau lagi walaupun pada hujung minggu ni beliau akan mengadakan program sepetang bersama blogger.. rasanya kalau nak jumpa time nilah boleh kenal-kenal beliau tapi malangnya aku masih bercuti sakit di Penang.. takda rezeki nak jumpa lagi. Harapnya suatu hari nanti dapat jumpa beliau… banyak ilmu blogging nak korek dari beliau ni.. hehehe.
Terima kasih juga dengan majikan lama aku Nuffnang sebab dah hujung-hujung bulan ni.. baru pertama kali dia bagi aku satu Buffered Earning untuk tahun 2013 ni… mungkin awal-awal tahun ni tak banyak lagi pengiklan yang beriklan dengan nuffnang sebab tu nampak macam kurang sikit BE awal-awal tahun ni.. diharapkan adalah juga nanti tersangkut rezeki Sponsored Post dari nuffnang ni.. sebab kalau tahun lepas boleh dapat lebih kurang 5 SP takkan tahun ni satu pun tak sangkutkan.. hehehe.
Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki tak kira dari sudut mana sekali pun datangnya yang penting sentiasa bersyukur dengan rezeki dan pemberian darinya.. sikit atau banyak pastikan sentiasa bersyukur… kalau ada lebih-lebih tu hulurkanlah pada yang memerlukan… insyaallah rezekinya akan ditambahkan lagi dari masa kesemasa..
terbaik mid merangkap sifu aku...hehehe
BalasPadamwah..murah rezeki..alhamdulillah...
BalasPadamFOLLOWER KE 1527
Dah ada pun kira cukup baik dah.
BalasPadamAlhamdulillah.. semoga pintu rezeki bro sekeluarga akan terus terbuka luas selepas ini.. amin...
BalasPadamalhamdulliah..memang jika kita berblog dengan penuh komitment..insyallah akan dapat rezeki..dari suka menaip akhirnya mendatangkan hasil.
BalasPadamakak pun nak ucap ribuan terima kasih kepada tuan denaihati ..ralat gak tak dapat join event hari sabtu ni.
Banyaknyer...kite ada xsampai seploh hinggit pon tapi happy gak. ahaks =)
BalasPadamDH mmg mntap..leh bagi side income pd blogger lain..selalu jugak join contest anjuran beliau yg mana layakla..hehe..
BalasPadamnuffnang baik hati dgn blog saya... wpun xaktif sgt sjk last year tp byk jugak bg be..rezeki..alhmadulillah
bila kita buat sesuatu dgn 'passion' bak kata org putih...mst akan dapat hasilnya....tak mcm deqdeq nih...dah lama tinggal dunia blogging...rindu tapi tak dpt nk bagi komitmen (alasan jer...huhuhu)
BalasPadamterbaeekkk laaaa amid!! jom cendol..!!!
BalasPadamSaya berminat juga nak buat duit dari berblog ni,tapi macam mana?harap kekawan sudi beri info yg jelas...
BalasPadamtakpe. nanti lama-lama banyaakklah dapat..hehe
BalasPadam