Sesi Terjah Mee Ketam Kuala Lumpur Cawangan Keramat

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dah lama plan nak terjah Mee Ketam Kuala Lumpur cawangan Keramat.. tapi baru hari ini berkesempatan untuk singgah.. kebetulan minggu ni aku kerja so bawa siap-siap anak bini ke pejabat.. sebab senang nak bawa keluar makan nanti.. hehehe

Habis je waktu pejabat jam 4.00 petang terus menuju kelokasi yang dimaksudkan.. ini merupakan kali pertama aku singgah di restoran mee ketam Kuala Lumpur cawangan keramat sejak dibuka tahun lepas.. kalau dekat seksyen 7 Shah Alam rasanya dah 2 ke 3 kali aku pergi.. tak ingat berapa kali sebenarnya… hehehe.

Mee Ketam KL Cawangan Keramat 1

Hiasan pada dinding kedai sama seperti di Seksyen 7 Shah Alam.. penuh dengan gambar ketam yang menaikkan selera.. hehehe.. paling bagus kedai sentiasa bersih..

Mee Ketam KL Cawangan Keramat 2

Paling aku suka restoran Mee Ketam Kuala Lumpur ni adalah semua menu ditulis pada board hitam siap sekali dengan harga.. so korang dah boleh nak burged berapa ringgit korang nak makan.. hehehe

Mee Ketam KL Cawangan Keramat 3

Tengok dekat dinding je punyalah banyak cerita pasal mee ketam kuala lumpur ni keluar dekat paper.. paling best jalan-jalan cari makan pun dah terjah kedai ni..

Mee Ketam KL Cawangan Keramat 4

Tak sampai 15 minit lepas menu dipesan.. maka hidaangan pun sampai dimeja.. cium bau je dah naikkan nafsu makan.. emmmm.. nyummm… nyummm

Mee Ketam KL Cawangan Keramat 5

Kami berdua macam biasalah mesti order Mee Ketam.. huhu.. time buat entri ni teringat macam ada ketam dalam mulut aku.. hehehe.. kuah yang pekat dan rasa yang tidak boleh gambarnya seolah-olah macam nak suruh aku order dua mangkuk untuk aku sorang je.. hahaha

Mee Ketam KL Cawangan Keramat 6

Macam biasa habiskan mee ketam dulu baru makan ketamnya.. kali ini ketam yang diberikan tersangatlah fresh.. penuh dengan isi dan kulit tak berapa keras.. terbaiklah…

Harga untuk 2 mangkuk mee ketam dan 2 cawan air bernilai RM19… Harga bersesuaian dengan rasa.. lepas ni insyaallah akan diterjah lagi..

Jadi kalau korang ingin mencari kelainan rasa untuk makan apa kata korang terjah je Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur cawangan Keramat.. kedudukan restoran adalah disebelah masjid Al Akram.

Alamat : 75A/4 Jalan Keramat, Dato Keramat,
54000 Kuala Lumpur
(bersebelahan masjid Al Akram , pasar keramat)
Operation Hour
SELASA-AHAD : 12.30tghari - 10.00 malam
ISNIN : CUTI

Rujuk : Facebook Mee Ketam Kuala Lumpur

** Kalau korang datang berkunjung ke Restoran Mee Ketam ni korang boleh parking kereta dikawasan masjid.. sebab dihadapan restoran tidak banyak parking.. kalau parking tepi jalan takut mengganggu laluan lalulintas.. tak pasal-pasal nanti kena saman pulak.

Ulasan

  1. Pergh ! Sedapnya mee ketam :)
    Besar ketam tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedapnya tidak dpt d nafikan.. Sekali kena nk lg ulang2.. He3

      Padam
  2. oh myyyyyyyyyyyyyyyyyy...sedapnye ketam...lapo jdnye tgh2 mlm gni...haishhhhh kena serang gak nanti....

    BalasPadam
  3. huhuhu.apsal tak ajak kami sekali?dekat je dengan rumah kami tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. He3.. Aku lupalah dkt hang... Kalau tahu suruh hang belanja td.. He3

      Padam
  4. Kalau makan mee ketam, 10 minit untuk habiskan mee, 30 minit ketam. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 tu.. heheeh.. 30 minit kira paling cepatlah tu.. hehehe

      Padam
  5. Menarik.. Aku nak p try la nnti..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Memang sedap.. kecuali yg datang makan tu demam memang tak rasalah.. hehehe

      Padam
  7. Seriusss... nampak sedap gila!!... Tak pernah try langsung mee ketam ke, megi ketam ke... dengar org cerite je tentang kesedapan mi ni... tah bile la sy nak gi try lak kat mane2.. haiishh

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali cuba test.. hq dekat seksyen 7 shah alam belakang unisel

      Padam
  8. Adess...next time kita pakat makan ramai2x kat sini la bro...nanti aku suruh si KID belanja yea...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu memang aku setuju.. bila lagi dia bagi2 rasa komisen Unifikan.. hahaha

      Padam
  9. Terbaik ni! Kalau kat Seksyen 7 Shah Alam tu belah mana bro? Tak tahu plak ada kat situ walhal Ofis tak lah jauh sangat dengan Seksyen 7..

    BalasPadam
  10. rasa nak makan lagi pula hari ini. hehe

    BalasPadam
  11. wah, gua jadi lapar ketam pula ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak