Lahirnya Harraz Dream Enterprise
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Pejam celik hari ni 8hb Mei genap usia anak comel aku setahun 5 bulan.. semakin hari semakin berakal dan cerdik.. sekarang kalau merajuk dah pandai menyorok belakang pintu.. yang ni ikut perangai mama dia kot.. hahaha.. kalau marah pulak.. dah pandai pukul-pukul manja dan tepuk-tepuk badan aku.. hehehe.
Wajah ceria selepas baik dari demam.. alhamdulillah demamnya pun dah beransur pulih, 2 hari jugalah di merengek-rengek semua serba tak kena.
Bersempena juga dengan usia si comel aku ni setahun 5 bulan.. aku dah buatkan satu pendaftaran syarikat atas nama si comel aku ni “Harraz Dream Enterprise”.. lepas ni bolehlah kami berniaga kecil-kecilan laksa tepi rumah… hehehe
Sebenarnya company ni di daftarkan untuk perniagaan Cik isteri yang tengah berjinak-jinak dalam perniagaan online..
Diharapkan lepas ni.. rezeki kami sekeluarga akan terus bertambah.. amin.. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.. kalau tidak dicuba perniagaan ni.. mana kita tahu asam garamnya..
Kepada yang berminat dengan pakain muslimah bolehlah terjah blog Harraz dream untuk mendapatkan jubah dengan harga yang berpatutan.. buat masa sekarang ni.. blog ni masih dalam pembangunan dan penambahbaikkan.. sebarang cadangan atau komen boleh diberikan pada pihak admin..
Kalau orang lain boleh berjaya dalam perniagaan kenapa tidak kepada kami.. betul tak?
Tahnihh tuan...
BalasPadamTahniah abam n wife. Goodluck.
BalasPadamTahniah! Alhamdulillah..dah ad business sendiri. Semoga berjaya!
BalasPadamTahniah bro.. Moga terus sukses..
BalasPadamtahniah mid
BalasPadamLangkah yang bagus bro.... semoga lebih sukses....
BalasPadamterbaik bro.. semoga apa yang diusahakan berjaya.. amin..
BalasPadam