Sesi Terjah Nasi Arab SAM Hadramawt Petaling Jaya

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Cuti hari buruh untuk kali ini kami sekeluarga tidak habiskan masa cuti tu untuk berehat dirumah.. tapi kami habiskan untuk ronda-ronda sekitar KL dan waktu tengahari kami terjah satu restoran nasi arab di kawasan Petaling Jaya.

Untuk kali ini restoran yang kami terjah adalah restoran SAM Hadramawt di Jalan SS6/12 Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Kebetulan cik isteri pernah sekali makan direstoran ni.. jadi ini kali aku pulak yang nak rasa sendiri masakan arab dekat restoran ni. Kalau di Penang kami pernah terjah restoran Hira’a.. dan bagaimana pula rasanya restoran SAM Hadramawt ni..

Sempat juga aku ambil beberapa keping gambar sebelum handphone kehabisan bateri.

Restoran SAM Hadramawt 1 Jom kita tengok apa yang ada dalam menu SAM Hadramawt ni..

Restoran SAM Hadramawt 2

Kalau tengok menu.. sama seperti dekat restoran arab yang lain.. disebabkan aku ni dah selalu makan Chicken Mandy.. kali ini aku nak rasa pulak Chicken Haneeth dan cik isteri mencuba Lamb Haneeth..

Restoran SAM Hadramawt 3

Harga macam biasalah kalau dah namannya restoran arab.. mesti lebih dari RM10 satu menu.. takpe.. janji sedap kita bayor je.. hehehe

Restoran SAM Hadramawt 4

Nampak dari gambar macam menarik..  menu yang cik isteri pesan adalah E3.. aku punya E4 tapi pelik juga dalam menu ni takda gambar..

Restoran SAM Hadramawt 5

Masa kami tengah order tu.. adalah beberapa keluarga tengah makan dekat kedai ni.. aku suka kedai ni sebab dia betul-betul jaga kebersihan.. kalau ada nasi atau lauk terjatuh atas lantai mesti dia sapu.. macam biasalah Harraz memang rajin buang makan kalau makan so memang bersepah makanan dekat lantai tempat dia duduk tu..

Restoran SAM Hadramawt 6

Sesuatu yang aku suka dekat restoran ni adalah kuah kari dalca tu.. memang kena dengan selera aku.. dua mangkuk kecik tu aku je yang habiskan.. supnya juga boleh tahan.. cuma sambal tomato tu aku tak berapa suka.. so yg tu cik isteri yang habiskan.

Restoran SAM Hadramawt 7

Nampak macam biasa je.. tapi rasanya sangat luar biasa.. Lamb Haneeth juadah buat isteri.. daging kambingnya sangat lembut dan lengkap rasa dengan herba-herba.. kalau sebut kambing cik isteri sangat suka..

Restoran SAM Hadramawt 9

Si cilik ni hanya mampu makan carrot je.. cian dia.. sebab tak mau makan nasi.. so bagi carrot je lah.. selamat dah ada gigi.. kalau tak jenuh dia nak kunyah carrot mentah ni.. hehehe

Restoran SAM Hadramawt 8

Yang sudah semestinya aku punya.. Chicken Haneeth.. cuma sangat sayang tak sempat nak ambil foto ayam dalam bungkusan tu.. sebab handphone telah kehabisan bateri.. serius ayam ni pun sedap dan lembut..

Rasanya kalau ada yang mecuba masakan arab.. aku boleh cadangkan kedai ni sebagai lokasinya.. insyaallah rasanya next time boleh terjah lagi restoran ni..

 

Maklumat lanjut tentang restoran SAM Hadramawt boleh layari website mereka di Samhadramawt

Ulasan

  1. Hehe.. Belum pernah makan,
    teringin nak cuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebulan sekali boleh makanlah..kalau hari2 boleh bengkok kocek.. hehehe

      Padam
  2. saya pernah rasa kat jln ampang. wadi hadramaut.. kita pun suka kambing. best!! hehe. nasi arab mmg lembut, daging dia sumelah.. portion besar.. leh share dua orang mkn sepinggan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang wadi hadramaut tu saya pun pernah makan .. masa tu bos-bos belanja.. :-)

      Padam
  3. Macam tiru aku je ni...semalam pun baru lepas terjah restoran arab pekena nasi arab juga..hik3

    P.s : Apsal tetiba blog ko ada word verification ni....Ni yang buat nak kasi cakar harimau sebijik dua ni...Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku geram dengan pakcik anon tu asik masuk dalam blog je.. tu yg aku bubuh word verification tu.. hahhaa.. nak tengok maklum balas dari pembaca pulak.. suka atau tidak dengan word verification tu.. kalau tak suka aku buang lagi.. hehehe

      Padam
  4. Aku nie... kalau kat restoran makanan arab je boleh makan kambing tanpa was-was...sebab diorang pandai cara masaknya...dan sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2 bro... Aku setuju apa hang ckp tu..

      Padam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak