Untungnya Jadi YB dekat Sarawak.. Gaji Naik 3 Kali Ganda

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kalaulah gaji aku tahun ni diumumkan naik 3 kali ganda sudah tentu masalah aircond kereta aku akan selesai.. hehehe.. Paling tidak cik isteri mesti tersenyum-senyum keriangan..  tapi apakan daya aku bukan YB atau Menteri so terima jelah gaji tahunan yang akan diberikan nanti…mungkin ada mungkin juga takda..huhu..

Aku sebenarnya tertarik dengan gaji menteri dengan Adun di negeri Sarawak yang baru diumumkan naik 3 kali ganda.. memang terbaiklah.. rasa-rasa YB dekat semenanjung ni naik gaji juga tak? hahaha..

Naik gaji

sumber foto : google

Maklumat lanjut korang baca berita sumber dari BERNAMA dekat bawah ni..

KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. -BERNAMA

Ulasan

  1. assalamualaikum. taniah, rezeki mereka kak. hehehehe kita sebagai rakyat mampu mendoakan yg terbaik je :D

    BalasPadam
  2. wah memang best lah sampai 3 kali ganda tu...hehe rezeki masing masing kan

    BalasPadam
  3. rezeki diorang. tapi jangan pula rakyat biasa sengsara sudah

    BalasPadam
  4. takperla bro, kita carije gaji kita sendiri..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak