Tools Untuk Memudahkan Anda Membuat Keputusan Kewangan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

iMoney1

Mula-mula aku dengan nama iMoney.my aku sendiri tertanya-tanya apakah dia? Jadi bila aku dah masuk dalam laman sesawang tu baru aku tahu yang iMoney.my merupakan satu laman sesawang yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membuat perbandingan dan pilihan yang terbaik dari segi menguruskan kewangan mereka.

iMoney

Sebagai contoh korang nak membeli satu unit rumah dan pastinya perkara yang perlu korang kena kaji dan selidik terlebih dahulu adalah institusi perbankan mana yang sesuai untuk  memberikan pinjaman kepada korang.

Jadi kebiasaanya korang terpaksa pergi ke setiap bank untuk mendapatkan tawaran interest atau faedah yang rendah.

Tetapi dengan tools yang telah disediakan oleh iMoney.my korang hanya perlu masukkan jumlah pinjaman yang ingin dipohon dan tempoh pinjaman tersebut seterusnya tools dari iMoney.my yang akan kirakan untuk anda.

iMoney2

Langkah seterusnya klik pada bank pilihan korang untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri dan faedahnya. Setelah korang membuat pilihan, klik pada butang "Pohon" untuk memulakan proses permohonan.

Mudah bukan.. bukannya setakat mudah.. ia juga menjimatkan masa korang untuk pergi ke setiap institusi kewangan tersebut.

Memandangkan aku dalam proses mengintai-ngintai untuk membuat refinance rumah aku.. jadi rasanya tools yang ada didalam iMoney.my sangat sesuai aku gunakan nanti.

iMoney3

Mungkin juga korang sedang tercari-cari satu kad kredit untuk kegunaan kecemasan pada masa akan datang.. dan tidak tahu nak pilih kad kredit mana yang sesuai untuk kegunaan korang nanti.. dengan iMoney.my korang boleh pilih kad kredit yang terbaik untuk kegunaan korang.

korang boleh pilih samada nak kad kredit yang memberikan rebat tunai atau ganjaran mata atau kadar faedah rendah atau Manfaat petrol.. pilihan ditangan korang.

Jadi untuk menjimatkan masa dan tenaga korang dalam membuat keputusan dalam pemilihan kad kredit, pemilihan bank untuk pinjaman perumahan atau peribadi.. korang layarilah laman sesawang iMoney.my.. diharapkan dengan tools yang disediakan dapat membantu urusan korang.

Ulasan

  1. bagus tools ni, mudah sangat nak compare dengan 1 laman web.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak