Melawat Ladang Anggur Tasik Beris Sik Kedah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila dah lama tak menulis.. perasaan nak menulis semula ni dah jadi semakin malas.. tapi dek kenangkan blog kesayangan aku ni supaya tidak terus bersawang.. ada baiknya aku kongsikan sedikit gambar dan cerita masa aku hantar adik lelaki aku kawin dengan orang kota Aur, Sik Kedah.
Nak mula dari mana ni? Oklah kita mula dari tempat penginapan aku di Rumah Rehat Tasik Beris.
Rombongan family aku dari Johor dah sampai awal ke rumah rehat yang telah ditempah oleh keluarga pengantin perempuan.. manakala rombongan aku bersama keluarga mertua aku dari Penang bergerak lewat sedikit.. almaklum jelah dari Penang nak ke Sik tu tak lah jauh dalam 2 jam je jika dibandingkan dari johor.. (2 jam tu tak jauh ye.. hehehe).
Sebelum kita orang bergerak ke Sik ni.. memang aku dah buat survey dulu.. apa yang menarik dekat Sik ni.. sekali aku tengok antara tempat yang jadi tarikan pengunjung ke Sik adalah ladang anggur yang terletak di Tasik Beris.
credit foto dari website Ladang Anggur Tasik Beris
Lebih kurang jam 4.00 aku sampailah dekat kawasan rumah rehat Tasik Beris yang mana family aku dari Johor menginap dekat sini.. aku terus jumpa dengan penjaga kawasan rumah rehat tu dan ambil kunci-kunci bilik untuk family aku dari Penang.
Rombongan family aku dari Penang.. family dari Johor semua tak kelihatan mungkin dalam bilik keletihan agaknya.. mana tidaknya 12 jam perjalanan duduk dalam bus je. Dekat bangunan nilah family aku dari Johor menginap selama 1 malam.
Family aku dari Penang menginap dekat bangunan asing.. korang nampak rumah warna kuning dekat tepi tasik tu.. dekat situlah kami bermalam.. view dari atas bukit memang cantik tasik ni.. tetapi jangan tak tahu tasik ni ada ceritanya tersendiri.. korang boleh baca sejarah Tasik Beris..
Menurut sejarah.. tasik ni adalah tasik buatan dan kalau menurut ceritanya masa tasik ni dibuat banyak kubur telah dipindahkan dari tasik ni.. seram juga.. selamat aku dah lepas menginap baru aku tahu cerita tu.. hehehe
Kawasan Tasik Beris ni dikelilingi oleh bukit bukau.. kalau kaki pancing korang yang menginap dekat rumah rehat ni dibenarkan mancing dekat kawasan tasik ni.. tapi kalau orang luar kena minta kebenaran dulu dengan penjaga kawasan ni.
Bilik satu katil untuk family kalau bawa anak ramai kena siap-siap bawa toto.. hehehe
Nilah view bilik penginapan kami.. bilik ni ada sekali penghawa dingin.. bilik yang lain takda cuma ada kipas je.. kalau nak sewa kadar bilik yang ada aircond RM80 yang ada kipas je RM60 satu malam.
Habis je kami kemas-kemas barang dalam bilik terus siap-siap ke Ladang Anggur Tasik Beris.. Ladang Anggur ni memang tak jauhlah dari penginapan kami lebih kurang dalam 4KM perjalanan.. sebab rasanya macam sekejab sangat je dah sampai dekat ladang anggur tu.. hehehe..
Sekali lagi aku pinjam foto dari laman web ladang anggur.. aku pun boleh lupa nak ambil gambar dekat sini.. sebab masa aku sampai tu aku masuk ikut pintu belakang yang dekat dengan tasik beris.
Pemandang dari luar ladang anggur ni.. punyalah excited nak tengok macam mana anggur ni ditanam.. sebab yang aku tahu anggur ni hidup dekat negara yang suhunya sejuk.. boleh ke anggur hidup dekat cuaca negara kita ni? jawapannya nanti kita tengok ye.. hehehe
Dekat ladang ni macam biasalah ada sales Gallery.. mulanya ingat nak masuk tengok anggur free.. rupanya kena bayar.. okalah janji nak tengok anggur.. bayar jelah kan.. masa aku sampai tu ramai pulak pasangan pengantin tengah buat photo shot dekat kawasan ladang anggur dan tepi tasik tu..
Pandangan dari luar lagi.. rupanya anggur ni ditanam dalam rumah yang dipagar.. so kalau hujan memang anggur ni tak kena air hujan.. dalam bilik ni ada aircond ke? hehehe.. nanti kita tahu jawapannya.. hehehe
Nilah bangunan tempat korang nak beli cenderahati dan tiket untuk masuk ke ladang anggur.
Selamat Datang ke Ladang Anggur Tasik Beris..
Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket dengan beli cenderahati.. baru aku ingat masa nikan cuti sekolah patutlah ramai orang..
cik isteri tengah kira berapa ramai nak masuk dalam ladang tu.. kena bayar berapa ringgitlah tu.. hehehe.. takpe tokey Jubah belanja ini kali.. hehehe
Tu dia tiket dah beli.. untuk kanak-kanak RM2.00 dan untuk dewasa RM4.00.. rasanya lebih 10 orang kot nak masuk dalam ladang tu.. hehehe
Nilah antara cenderahati yang dijual dalam galeri ni..
Tak beli apa-apa cenderahati pun just tengok-tengok je.. sebab harga boleh tahan sebenarnya..
kalau teringin makan kek perisa anggur pun ada jual dalam galeri ni.. sepotong dalam RM5.50
Nilah dia anggur hitam yang dah dipetik sedia untuk dijual pada pelawat yang datang.. harga dekat label tu setiap paket RM15.00 untuk berat kalau tak silap 500g
dekat ladang ni ada dua jenis anggur kalau tak silap yang warna hijau dengan hitam.. yang hijau ni pulak ada dua saiz.. satu kecik dengan satu besar..
Antara family aku yang tak sabar nak masuk dalam ladang anggur ni.. ni semua adik-adik ipar dengan biras aku.. yang lain segam nak ambil ganbar ni.. hehehe
Maka bermulalah penjelajahan ke ladang anggur Tasik Beris.. jeng-jeng.. kita tengok apa yang ada didalam..
Rasanya macam panjang sangat je entri ni.. apa kata aku sambung next part boleh tak? hehehe.. ok korang tunggu ye sambungan gambar-gambar dalam ladang anggur pulak.. kasi suspent sikit.. hehehe
sonok pulak aku baca citer ko nie....lepas nie update pasal entry makan kat sana pulak yea...
BalasPadammemang seronok bro.. yang tak seronok dia kalau hang nak tahu dekat situ kurang coverage phone.. tempat aku menginap langsung takda coverage.. pencawang baru nak buat..huuhu..
PadamBab makan lagi sedih.. susah nak cari kedai makan sebab jauh dari pekan.. kalau nak makan adalah warung2 tepi jalan yang boleh buat lapis perut..
Selamat dekat rumah penginapan tu ada disediakan cafe.. cuma bayor jelah.. hehehe
tak sangka kan dekat Malaysia boleh tanam anggur kan
BalasPadamTulah saya pun mula2 tak percaya.. tapi bila dah tengok anggur tergantung2 baru percaya.. kata dekat malaysia ada 2 tempat satu lagi dekat perlis.. nama tempat tak pasti.. boleh google kot bro
Padamoo kat sana ada penginapan
BalasPadammemang ada.. atas sikit dari ladang anggur tu.. murah un murah ..
Padam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.