Mungkinkah Anak Aku Kecacingan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Dua minggu yang lepas masa aku bawa anak aku pergi ambil ubat demam dekat klinik.. aku minta cik isteri ambilkan sekali ubat cacing dekat si comel kami tu.. usia dah setahun 6 bulan memang langsung tak pernah bagi lagi bagi makan ubat cacing ni.. so risau juga kalau-kalau dia kecacingan sebab memang selera makan dia langsung takda dekat rumah.. kalau makan pun satu atau dua suap dah tak nak makan dah.. berat badan pun bukan berat yang ideal untuk usia dia.. sekarang ni berat dia kurang dari 10kg.

Selamatlah kekadang pengasuh dia ada cakap hari ini harraz makan banyak.. so aku lega jugalah dengar.. mungkin juga dia makan selera dekat rumah pengasuh sebab ada anak-anak pengasuh makan sekali.

Ubat Cacing 1

Ubat Cacing VeMiZol yang katanya boleh membunuh 6 jenis cacing dalam perut.. emm geli pulak aku dengar nama-nama cacing dalam kotak tu.. hehehe

Ubat Cacing 2

Kalau mengikut sukatan usia anak aku tu.. doktor cakap makan separuh je atau 5ml sahaja.. sebab harraz masih tak cukup 2 tahun lebih.. mula-mula masa cik isteri cakap nak bagi makan ubat cacing doktor tu cakap tak payah dulu sebab biasanya budak yang usia 2 tahun baru bagi ubat cacing.

Jadi bila cik isteri cerita yang anak aku ni kurang selera makan baru dia nak bagi.. dan itulah pesan dia.. bagi makan 5ml sahaja.

Kalau ikutkan pengalaman korang yang dah pernah bagi anak makan ubat cacing ni.. usia berapa yang korang dah start bagi anak makan ubat cacing ni?

Walaupun dah 2 minggu aku ambil ubat cacing tu masih tak bagi makan lagi ubat cacing tu dekat harraz.. sebab mengikut petua orang tua aku dekat kampung.. kalau nak bagi budak makan ubat cacing tunggu waktu 15hb ke atas dalam kalender bulan islam.. antara sebabnya orang tua aku cakap.. pada tarikh 15hb ke bawah bulan islam cacing ni sedang mendogak ke atas.. so kalau budak-budak bagi makan ubat cacing biasanya cacing boleh keluar ikut mulut.. emmm.. geli aku dengar.. hehehe..

Tapi kalau bagi makan 15hb keatas cacing ni tengah tunduk kebawah.. so biasanya lepas bagi makan ubat cacing.. cacing ni kalau ada dalam perut budak-budak dia akan keluar ikut najis dia..

Samada betul atau tidak petua tu aku tak pastilah sebab itu orang-orang tua yang cakap.. hehehe.

Tu yang aku tunggu 15hb keatas baru nak bagi anak aku makan ubat cacing tu.. takut keluar dari mulut dia nanti.. hehehe.

Mengikut pengalaman korang macam mana.. ada ke korang pernah dengar petua-petua macam ni.. sebab ada adik aku dekat kampung dulu mak cakap cacing keluar ikut mulut lepas bagi makan ubat cacing.. huhu. yakkkkk…

Ulasan

  1. waktu dulu ingat lagi makan ubat cacing, terus cacing keluar ikut bontot.haha.geli tol.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak