Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Di Shazana Pau Shop & Cafe

 

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua,

Hari sabtu lepas dapat jemputan dari blogger ciklilyputih untuk sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Shazana Pau Shop & Cafe, Kg. Baru. Kebetulan masa dia panggil tu kami bertiga free so aku terimalah jemputan rakan blogger tu..

Shazana Pau 1

First time sebenarnya datang ke restoran Shazana Pau Shop & Cafe walaupun nak dikatakan hampir setiap minggu juga lalu dan makan kawasan Kg. Baru tu.. Untuk sepanjang bulan ramadan ni juga Shazana Pau Shop & Cafe ada menyediakan Set buffet ramadan untuk umat islam berbuka puasa di sana..

“Senarai Menu bergambar untuk Set buffet ramadan di Shazana Pau Shop & Cafe”

Anak-anak yatim 1

Anak-anak yatim 2

nilah sebagaian anak-anak yatim dari subang yang dijemput bersama untuk berbuka puasa 

Blogger yang turut hadir

Antara blogger yang hadir dimajlis berbuka puasa ni (ciklilyputih , ruby, yana yassin dan 2 lagi blogger lelaki tu lupa tanya url blog dia.. hahaha ).. ada yang selalu aku jumpa dan ada yang first time aku jumpa.. time nilah pentingnya kad perniagaan yang macam Shakiddo cakap tu.. hehehe

pencuci mulut DSCN0028 DSCN0029 DSCN0030 DSCN0031

Antara juadah dan lauk yang dihidangkan semasa majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim

 

Nasi Beriani plus

Yang ni aku  punya. nasi beriani pelbagai lauk.. kongsi berdua dengan cik isteri.. bulan puasa ni selera nafsu je yang besar.. tapi bila nak makan tak banyak mana pun yang mampu dihabiskan.. tu yang kongsi berdua.. ni pun berpeluh nak habiskan.. hehehe

Spageti plus

Yang ni cik isteri punya.. spageti + daging black paper.. selamat takda kambing bakar kalau tak cik isteri mesti tak nak balik.. hehehe

Kuih muih DSCN0039

Antara pencuci mulut yang sempat kami ambil.. bukan apa ambil banyak-banyak pun bukan habis.. hehehe

Duit Raya anak yatim

Rezeki anak yatim.. dia orang tengah beratur terima duit raya dari artis yang dijemput..

Blogger

Bukan main seronok ye dia orang ni dapat bergambar dengan retis.. hahaha.. cer teka sapa artis tu?

Terima kasih juga kami ucapkan kepada blogger ciklilyputih dan Shazana Pau Shop & Cafe kerana sudi menjemput kami untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Subang ni.

Kepada yang ingin mencuba resepi masakan dan set juadah buffet ramadan di Shazana Pau Shop & Cafe ni.. bolehlah datang berkunjung ke lokasi dibawah ni..

SHAZANA PAU SHOP & CAFE (001691237-M)

Wisma Yayasan Terengganu

77E-GF, Jalan Raja Alang

50300, Kuala Lumpur

Tel : 03-2602 1026

www.shazanapau.blogspot.com

www.facebook.com/ShazanaPau

Harga buffet ramadhan di Shazana Pau & Cafe ni adalah

RM35.00 nett untuk dewasa

RM18.00 nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun)

Ulasan

  1. sentap dah tak ajak aku skang ekkk
    ahahahahahahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun cik lily yang ajak.. huhu.. jgn sentap bro.. hehehe

      Padam
  2. Tak dapat join sebab keje aritu... kalau tak boleh la gua jumpa awek dan retis cun tu....ekekeke.... p/s : Lama gak kita tak jumpa yea...

    BalasPadam
  3. Sekali - sekala makan ngan kengkawan. best jugak . Ada anak yatim ngan retis, berpuasa dan beramal. Bagus.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak