Isu-Isu Hangat Minggu Ini Semua Berkaitan DUIT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni baru masuk keje lepas 4 hari bercuti bermula dari sabtu sambung isnin dengan selasa.. kena pulak tu dalam 2 hari isnin dengan selasa langsung takda bekalan internet memang duduk macam dalam gua jelah.. selamat ada TV dekat rumah bolehlah update sikit-sikit berita yang tengah hot sekarang ni..

Ikutkan jadual asalnya isnin dengan selasa tu aku ikut cik isteri ke Terengganu.. tapi last minit cancel so cik isteri je yang pergi dengan member opis dia.. aku duduk umah jaga si comel tu sehari.. sehari lagi aku hantar dekat rumah pengasuh..

Harraz Nak Kawan

internet takde pun takpelah janji ada si comel ni teman dekat rumah pun dah ok…

Minggu ni memang sangat panas pasal cerita PINJAM DUIT.. semua cerita berkaitan dengan dengan PINJAMAN.. kalau bulan lepas sebelum ni panas dengan syarat baru pinjaman peribadi maximum 10 tahun je dengan pinjaman rumah maximum 35 tahun.. minggu ni hot pulak dengan pinjaman PTPTN yang akan dimasukkan dalam senarai CCRIS dan pinjaman kereta juga mungkin akan di kurang dari 9 tahun ke 7 tahun sahaja dengan duit muka 20%.. kan aku dah cakap tadi semua berkaitan dengan PINJAMAN..

Rasanya aku tak naklah ulas panjang pasal isu hot ni.. sebab dah banyak rakan blogger yang tulis pasal isu PTPTN ni.. boleh baca dekat link-link bawah ni… aku celok dari blog eyriqazz

Rekod PTPTN di Dalam CCRIS – Apa Tindakan Anda -  Abang Ensem -
Tak Boleh Beli Kereta Kalau tak Bayar PTPTN - AriffShah
Isu Hutang PTPTN dan CCRIS  - Mr Titan
Hutang PTPTN Disenarai Dalam CCRIS - Pakdi.net

Walaupun aku takda kena mengena dengan PTPTN ni.. tapi wife aku adalah salah seorang dari peminjam PTPTN.. so bau-bau taik kucing ada tempias jugakan.. hehehe..

Apa pun yang aku nak cakap dekat sini.. hutang tetap hutang.. lari masuk dalam lobang cacing mana pun tetap kena bayar.. kalau korang lari dari hutang masa sekarang ni.. tapi dekat akhirat confirm tak boleh larikan.. bagi aku bayarlah sikit-sikit dari korang tak bayar langsungkan..

** Setuju tak korang, kalau pinjaman Courts Mammoth pun akan dimasukkan ke dalam CCRIS lepas ni… itu cadangan dari Abang Ensem ye.. hehehe

Ulasan

  1. pasal 20% adalah romours je bro dan telah disahkan oleh BNM... tapi masalah duit memang sentiasa ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hope rumours lah.. takut tahun depan dah tak romours.. sebelum jadi kenyataan kena beli dari sekaranglah.. hehehe

      Padam
  2. dah rumors pun.. so belilah kereta macam biasa.. Myvi tu nak tukar kan? hehehehe

    BalasPadam
  3. betul..ada hutang..mestilah bayar kann..kann..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak