Serba Salah Dengan Pengasuh Harraz

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. perasaan serba salah mula bermain-main difikiran kami sekeluarga.. Sejak dari  kes pengasuh merajuk sampailah pengasuh nak pindah ikut suami.. dari tahun lepas lagi kami sememangnya dah cuba apply taska dekat opis cik isteri.. disebabkan terlalu ramai permohonan so kenalah tunggu giliran.. itu kata cik isterilah.

Sememangnya anak dah membesar dekat rumah pengasuh sejak usia 3 bulan sampailah sekarang dah nak masuk setahun 9 bulan.. keakrapan anak-anak pengasuh dengan harraz pun dah macam adik beradik.. kekadang kalau seminggu tak hantar harraz sebab balik kg. anak pengasuh dah nangis-nagis rindu dekat harraz.. nikan pula kami nak pisahkan mereka.. huhu..

Gaya Harraz Tidur

nilah gaya tidur setelah penat bermain..

2 hari lepas masa cik isteri dekat Terengganu penjaga taska dekat opis dia ada call yang kami dah berjaya  dapat tempat untuk hantar anak ke taska opis cik isteri tu.. bayangkan lebih setahun mohon baru sekarang dapat.. kalau tak silap harraz tak lahir lagi cik isteri apply taska tu..

Jadi bila dah dapat ni sayang pulak nak tolak.. sebab kalau tolak.. tak tahulah berapa tahun lagi anak boleh dapat semula tempat dekat situ..

Memang sekarang ni.. takda masalah dah harraz duduk dekat rumah pengasuh.. semua ok.. cuma takut-takut kalau-kalau suami pengasuh tu buat hal lagi.. tak bagi isteri dia mengasuh budak macam sebelum-sebelum ni.. yang kami risaukan.. last-last minit ni nak cari pengasuh bukan senangkan..

Jadi setelah kami berfikir panjang sebaiknya ada baiknya kami hantarlah harraz ke taska baru dekat opis cik isteri tu.. senang cik isteri nak gi tengok nanti kalau-kalau aku terbalik lewat atau sampai lewat untuk jemput dia orangkan.

Semalam masa cik isteri nak sampaikan hasrat untuk minta izin harraz dihantar ke taska baru tu.. macam biasalah semua air mata bercucuran.. kecuali aku sebab aku tunggu dalam kereta je.. cik isteri je yang naik jumpa pengasuh.. paling sedih anak pengasuh yang no. 3 sebab yang tu paling rapat dengan harraz…

Sebelum cik isteri naik jumpa pengasuh tu.. aku dah pesan dekat cik isteri.. untuk kita berlaku adil dan tidak terus putuskan hubungan antara pengasuh dan anak-anak dia orang dengan harraz.. aku minta cik isteri cadangkan dengan penggasuh yang  kami bersetuju untuk hantar harraz ke rumah dia orang seminggu dua kali atau sekali.. supaya dia orang taklah rasa sangat yang ketiadaan harraz nanti.. jadinya kami bersetuju bayar sejumlah sedikit duit upah jaga harraz untuk tempoh seminggulah..

Cik isteri pulak sedih sangat sebab seolah-olah kami ni tarik rezeki pengasuh tu.. sebab kalau kami dah tak hantar harraz dekat dia orang lagi.. dia orang dah takda sumber pendapatan sampingan lagi..

Dan sebab itu aku cadangkan dengan cik isteri untuk hantar harraz seminggu sekali atau dua kali dekat pengasuh lama tu.. jadi adalah sikit duit pengasuh yang dia orang boleh terima..

Sememangnya kalau nak dikirakan tentang kos kami akan jimat terlalu banyak bila hantar Harraz ke taska baru nanti.. tapi setelah dikira-kira.. kalau kami bayar sedikit jumlah pada pengasuh lama untuk tempoh seminggu 2 kali atau sekali kami masih jimat lagi.

Alhamdulillah cadangan yang aku minta cik isteri sampaikan pada pengasuh tu mereka boleh terima.. dan dia minta supaya kami start hantar harraz ke taska baru start bulan oktober.. sebab dia orang masih nak jaga harraz satu bulan lagi…  walaupun ikutkan sepatutnya taska tu dah boleh terima harraz pada awal september nanti..

Memang kekadang tu nak buat satu keputusan yang sama-sama adil dan puaskan hati semua orang memang payah.. apa pun harapan kami sekeluarga hubungan harraz dengan keluarga pengasuh lama tidak akan kami putuskan.. tersangat banyak jasa-jasa pengasuh harraz tu kepada kami..

Harapnya lepas ni harraz boleh sesuaikan diri dekat tempat baru dan kawan baru..

** Sedih memang sedih.. tapi keputusan yang terbaik harus dibuat juga.. semoga ini adalah keputusan terbaik buat kami sekeluarga..

Ulasan

  1. tarik rambut dlm tepung , tepung jgn berterabur . jaga silaturrahim . kepentingan keluarga juga perlu diambil kira ...

    BalasPadam
  2. pernah alami pengalaman macam ni, ssh juga anak nak biasakan diri duk kat taska...tapi lama2 OK...janji hubungan yg sedia baik dengan pengasuh tu masih rapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah sebab tu saya nak hantar anak seminggu 2 kali dekat pengasuh lama.. sekurang2nya hubungan tak renggang..

      Padam
  3. Kalau saya jadi bro, saya masih teruskan dengan pengasuh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju dgn eyriqazz.
      Taska selalunya kena jaga ramai budak, tak boleh nak tumpukan perhatian sangat... Tapi kalau dah besar mcm harraz consider ok juga laa...
      Cuma maybe perhatian kurang kepada dia, macam pengasuh skrg ini jaga...

      Padam
    2. memang dekat taska tu wife aku dah check.. satu pengasuh akan jaga 5 org sahaja.. tak boleh lebih.. lagi satu aku akan hantar juga dekat rumah pengasuh lama berselang2 supaya hubungan tidak terputus.. memang boleh je aku terus hantar dekat pengasuh cuma risau kalau-kalau suami pengasuh buat perangai semula tak bagi bini dia mengasuh budak.. sebab kami dah kena 2 kali suami dia buat perangai.. aku terpaksa pulak pujuk laki dia kata bagi tempoh sebulan cari pengasuh baru.. bila dah dekat2 sebulan suami dia ok balik.. (suami pengasuh ni bro.. ada 3 cawangan.. kalau mood tak ok atau bisness tak cun tu yang balik rumah marahkan isteri ke-2 (yang jadi pengasuh harraz tu).. suami dia ada angin kus-kus sikit.. heheh)

      Padam
    3. Bukan 2x tp dh 3x kena kejutan bila tiba dia msg dh blh jg harraz sbb husband dia tak kasi..kelam kabut jdnya kitaorg...

      Padam
  4. Saya pernah terpaksa tukar hantar anak ke taska sebab nak jimat. Memang sedih masa tu sebab pengasuh jaga anak dari umur 3 bulan. Tapi, macam tu lah hidup, kadang2 kita terpaksa adjust kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara sebab saya nak hantar ke taska juga sebab nak jimat selain backup kalau-kalau pengasuh taknak jaga anak saya lagi.. sekarang ni dekat pengasuh saya bayar RM350 sebulan.. dekat taska pejabat cik isteri bayar RM80 sahaja (sebab ada subsidi dari syarikat)..

      apa pun saya tetap akan hantar anak bergilir antara rumah pengasuh dan taska.. kami dah kira-kira still kami dah jimat dah

      Padam
  5. aku rasa elok bro buat camtu.. sebab suaminya ada 3 cawangan. dan dua kali dah jadi camtu.. aku dapat rasakan macam mana anak2 pengasuh tu sayang sangat kat harraz. sebab ia dari kecil lagi. diorang membesar bersama2. but bro.. jangan putuskan silaturrahim dengan pengasuh tu.. keep in touch dengan diorang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak