Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Mudahnya Bengkel Tayar Buat Duit Dengan Menipu

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ni aku nak share sikit pengalaman aku gi buat alignment tayar depan.. untuk pengetahuan korang myvi ni kalau nak buat alignment hanya untuk tayar depan je.. tayar belakang takda alignment ye.. :-). Sebulan yang lalu aku ada pergi ke bengkel tayar area umah untuk check punca myvi aku bergegar bila bawa pada kelajuan tertentu .. mula-mula aku gi buat alignment.. sekali masa buat alignment tu mekanik cina tu cakap “ u punya chamber sudah rosak tak boleh mau adjust lagi ”.. aku tanyalah dengan mekanik tu.. “ satu chamber berapa harga ” dia cakap dengan aku.. “ satu batang RM40 ” kalau myvi confirm-confirmnya kena beli 2 batang untuk kiri dan kanan.. di sebabkan masa tu budget untuk tukar chamber takda lagi.. aku cakap dengan mekanik tu.. “ u kasi adjust je sebaik yang boleh.. itu chamber nanti saya tukar  bila mau tukar tayar baru bulan depan ”.. (alasan tak nak beli chamber dekat bengkel tu ).. mekanik tu kata ok takda masalah.. ...

Panduan Semak Akaun Tabung Haji Online Di Maybank2u

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan semangat untuk berkongsi sedikit panduan menyemak akaun Tabung Haji secara online melalui maybank2u .. mungkin juga ada yang dah tahu caranya.. tapi disini aku nak bagi panduan untuk yang belum mengetahui caranya.. rata-rata kebanyakkan orang ada mempunyai akuan maybank2u dan kenapa kita tidak gunakan perkhidmatan yang diberikan sebaiknya.. Dengan kaedah ini .. korang dapat menjimatkan masa untuk pergi ke pejabat tahun haji untuk membuat semakan akaun, pendaftaran tabung haji dan pindahan duit ke akaun tabung haji. Langkah pertama.. sebelum korang menggunakan perkhidmatan ini korang perlu mengaktifkan akaun tabung haji korang melalui kad maybank korang di mesin ATM Maybank.. panduan untuk aktifkan akaun tabung haji di mesin ATM rujuk pnaduan yang telah dibuat oleh sahabat blogger kita di SINI .. Langkah seterusnya korang perlu login terlebih dahulu kedalam akaun maybank2u korang selep...

Main Sorang-Sorang

Imej
Kesian anak aku ni.. Main sorang-sorang je.. Rasanya lepas ni dah boleh carikan kawan.. Hehehe. posted from Bloggeroid

Tonton Movie Di Mana-mana Dengan ESCAPE

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Saya percaya ramai pengguna internet diluar sana suka menonton movie secara online betul atau tidak? Selepas ini anda boleh ceriakan lagi hidup anda dengan menonton movie secara online di Tablet, PC, Laptop dan Smartphone pada bila-bila masa. Berita baik ini ingin saya kongsikan kepada semua yang telah menjadi pelanggan celcom pada masa kini. Jadi kepada yang belum menjadi pelanggan celcom bolehlah menjadi pelanggan celcom pada masa sekarang. Sekiranya anda perasan beberapa hari yang lalu terdapat satu iklan dikaca TV anda yang tertera perkataan ESCAPE .. perasan atau tidak? Jika tidak balik rumah nanti cuba anda perasan-perasankan.. ESCAPE sebenarnya adalah satu ruangan hiburan buat anda semua yang mana selagi anda disambungkan kepada internet anda boleh menghiburkan diri anda dimana-mana sahaja. Dan yang menariknya didalam escape ni adanya fungsi “Pause & Play”, anda pause dilaptop atau PC anda boleh sambung re...

Dulu-dulu Kami Menderita Sekarang Alhamdulilah

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sebelum teruskan baca entri dekat bawah ni jom layan dulu lagu ni.. lagu yang tengah hot dicorong-corong radio dan youtube.. kisah seorang budak yang dulu-dulunya hidup susah.. sekarang kehidupannya dah berubah. Cerita kesusahan budak tu mengingatkan aku dengan kesusahan kami adik beradik dikampung dulu.. kehidupan 15 tahun dahulu sangat berbeza dengan sekarang.. kalau dulu kami semua adik beradik susah sekarang alhamdulillah.. ok lupakan kisah sedih keluarga aku ni.. Semalam adik ada hantar beberapa keping gambar rumah dekat kampung yang dah siap renovate.. memang 2 minggu lepas masa call mak.. mak ada cakap adik nak repair sikit rumah… katanya dia orang ada rezeki lebih.. aku ada juga bergurau dengan mak.. aku kata.. sapa pulak nak kawin ni.. hehehe.. mak kata tahun depan adik engkau ada lagi nak kawin kot.. hehehe.. Biasanya kalau sebuk-sebuk nak repair umah ni..mesti ada nak buat kenduri kawin je.. almaklum jelah.. adik aku ada ...

Punca Myvi Bergegar Pada Kelajuan 60-80 kmj | Tips Jimatkan Kos Repair Kenderaan

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sesiapa sekali pun kalau guna kereta pasti takkan terlepas dari menghadapi masalah-masalah yang tidak dijangka.. kecualilah korang beli kereta baru.. insyallah dalam tempoh 5 tahun tu.. jarang-jarang berlaku kerosakan.. kecuali korang kemalangan. Tapi andai kata kereta korang tu dah berusia lebih dari 5 tahun korang bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan yang kecil atau besar. Dan sebab tu jugalah banyak orang yang tak nak keluarkan belanja repair berkali-kali dia orang akan trade-in kereta lama tu dengan kereta baru bila usia kereta dah 5 tahun..( niat dah ada tapi mungkin belum lagi kot.. hehehe )  Macam kereta aku yang usia dah hampir 6 tahun memang dah banyak part-part asal yang telah ditukar akibat rosak ( bukan saja-saja tukar nak racing ye.. hehehe ).. sebelum ni aku dah pernah tukar absober belakang , dah pernah repair aircond yang dah rosak teruk, dah pernah tukar bateri sel kering dan sel basah dan m...

Gurau Ganas Dengan Harraz

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah pejam celik genap sudah anak aku usianya hari ini 1 tahun 9 bulan 1 hari.. dua tiga hari lepas kena demam panas memang dah boleh agak dah setiap kali nak masuk bulan baru paling tidak 2 atau 3 bulan sekali mesti si comel ni akan demam.. Syukur jugalah demamnya biasa tak lama paling lama pun 2 hari.. cuma kali ni demam + batuk dapat pakej batuk sekali .. batuknya je yang lambat sikit baik.. tapi sekarang alhamdulillah semua dah ok.. Masa gi klinik ambilkan ambilkan ubat demam mintak doktor timbang sekali.. sekali timbang aku memang dah agak mesti berat dia dibawah berat normal dengan usia dia.. sepatutnya dengan usia satu tahun 9 bulan anak aku mesti berat dah lebih 10kg.. tapi malangnya bila timbang berat dia cuma 9kg je.. huhu.. risau juga sebab berat tak normalkan.. Tapi doktor ada cakap.. selagi anak aktif dan tak sakit takpelah.. yang penting anak tu ceria dan ok.. kekadang katanya budak ni memang susah nak...