Punca Myvi Bergegar Pada Kelajuan 60-80 kmj | Tips Jimatkan Kos Repair Kenderaan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sesiapa sekali pun kalau guna kereta pasti takkan terlepas dari menghadapi masalah-masalah yang tidak dijangka.. kecualilah korang beli kereta baru.. insyallah dalam tempoh 5 tahun tu.. jarang-jarang berlaku kerosakan.. kecuali korang kemalangan. Tapi andai kata kereta korang tu dah berusia lebih dari 5 tahun korang bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan yang kecil atau besar. Dan sebab tu jugalah banyak orang yang tak nak keluarkan belanja repair berkali-kali dia orang akan trade-in kereta lama tu dengan kereta baru bila usia kereta dah 5 tahun..(niat dah ada tapi mungkin belum lagi kot.. hehehe

Macam kereta aku yang usia dah hampir 6 tahun memang dah banyak part-part asal yang telah ditukar akibat rosak (bukan saja-saja tukar nak racing ye.. hehehe).. sebelum ni aku dah pernah tukar absober belakang, dah pernah repair aircond yang dah rosak teruk, dah pernah tukar bateri sel kering dan sel basah dan macam-macam lagi..

Yang terbaru semalam baru aku tukar mounting absober sebab kereta aku bergegar pada kelajuan 60-80 km/j. bukan setakat rosak mounting sahaja.. aku dapat kesan satu lagi kerosakan pada bearing tayar belakang setelah buat pemeriksaan dibengkel tayar..

myvi mounting absober daihatsu

inilah dia punca kereta aku bergegar.. mounting absober baru dari jenama daihatsu (ori katanya)

myvi bearing tayar dengan ABS

Yang ni pulak bearing tayar dengan fungsi ABS (ori atau tidak tak surelah).. untuk tayar belakang.. kalau bearing ni rosak.. korang akan dengan bungi bergengung dan bising masa bawa kereta pada keadaan perlahan atau laju.

Pada asalnya aku sangkakan yang rosak adalah drive shaft.. sebab ada rakan-rakan yang cadangkan pergi buat pemeriksaan pada drive shaft dan dalam forum-forum pun banyak yang ada tanda-tanda kereta bergegar ni berpunca dari drive shaft yang rosak.. tapi bagi kereta aku ni punya bukan dari drive shaft sebab aku minta mekanik check sekali drive shaft aku dia kata takda masalah.

Untuk masalah bergegar ni juga ada yang cadangkan aku gi buat Alignment dan balancing tayar.. memang aku dah gi buat semuanya tu.. tapi masalah masih tidak selesai.

Mungkin juga cara gegeran kereta sama tapi punca kerosakan berbeza.. itu perkara biasa.. cuma kena pandai buat pemeriksaan dulu sebelum ambil keputusan repair bahagian yang mekanik tu kata rosak.. belajar dari kesilapan yang lalu so sekarang ni setiap kali aku nak repair kereta aku mesti berhati-hati.. supaya tak jadi mangsa kepada mekanik atau bengkel yang nak kaut untung semata-mata… kekadang benda tu boleh repair tapi dia orang kata kena tukar baru.. dah harga yang di charge memang gila-gila..

Jadi untuk kali ini aku sangat berhati-hati dalam proses nak repair kerosakan pada kereta.. dan pastinya seboleh-bolehnya aku mesti nak jimatkan kos repair kereta aku.

Ekoran dari langkah berhati-hati aku kali ini . aku berjaya jimatkan kos repair kereta aku sebanyak hampir RM200 ringgit. (lepas duit tol dengan minyak aku balik penang petang ni..) nak tahu aku buat macam mana? kalau nak tahu dan larat lagi baca entri ni teruskan baca dekat bawah ni..

“Tips untuk berjimat dalam membaiki kerosakan kereta anda”

Pertamanya aku gi buat check dekat bengkel tayar area gombak (atas recommend member opis aku).. dekat bawah ni aku ada bagi alamatnya kalau korang nak check masalah tayar, bearing, absober dan sebagainya.. sebab bengkel tu walaupun kecik tapi cara dia buat test pada tayar adalah menggunakan mesin tertentu.. yang mana tak semua bengkel tayar akan buat checking macam tu..

Bengkel tayar-1

Bengkel tayar-2

Dekat bengkel ni.. semua dia check.. mula-mula aku suruh chek punca berdengung masa kereta bergerak.. aku cakap boleh check bearing tayar tak.. dia kata boleh.. mula-mula dia check tayar depan.. kiri dan kanan.. dia kata takda masalah.. lepas tu dia angkat tayar depan kiri dengan kanan terus dia cakap “you punca mounting absober sudah rosaklah”.. lepas tu dia tunjukkan dekat aku perbezaan mouting absober yang rosak dengan yang tak rosak.. ok dekat situ aku dah faham.. memang confirm mounting absober dah rosak kiri dan kanan.. harga aku tak tanya lagi..

Part kedua dia pergi belakang pulak check tayar kanan lepas tu kiri.. masa dia check tayar kiri terus dia panggil aku dia kata “you pegang ini absober belakang i kasi pusing tayar”.. memang aku ada rasa bergetar dekat absober tu dan bunyi nyaring dekat bahagian tayar.. dia kata “itu tandanya you punya bearing sebelah kiri sudah rosak”.. boleh pakai lagi tapi kalau lama-lama boleh jem.. kata pomen tu.. dengar jem je aku dah risau.. harga tak tanya lagi berapa kosnya.. lepas tu dia panggil aku buat benda yang sama pada tayar sebelah kana pulak.. memang berbeza.. dekat sebelah kanan takda bunyi nyaring dah absober tak bergegar..

So confirm 2 benda dah dikesan rosak.. sebelum tu aku minta dia check drive shaft aku samada getah dah koyak ke dah goyang ke.. tapi lepas dia check dia kata drive shaft takda masalah.. dia cakap punca gegar mungkin dari mounting absober yang dah rosak.

Lepas tu baru aku minta sebut harga kalau nak tukar sekali dengan kos upah dan lain-lain. ni sebut harga yang dia bagi dekat aku..

Mounting absober 1 unit RM90 (ori daihatsu) x 2 = RM180

Bearing tayar sekali ABS belakang (ori) = RM280

bearing tayar sekali ABS belakang (tak ori) = RM180

Upah buka & pasang = RM60

Buat alignment tayar = RM50

Disebabkan aku kata aku pilih bearing tayar yang tak ori jumlah yang aku kena sediakan RM470 semuanya..

Terus aku cakap dengan mekanik tu.. “ok macam ni bos.. hari ni kalau i nak buat maybe tak sempat.. so kalau i free esok.. i cuba datang esoklah.. apa-apa kalau i mau datang i call u dulu.. kalau kereta tak banyak u repair i hantarlah ye bos” itu script yang aku guna untuk elakkan aku repair dekat bengkel tu.. sebenarnya aku nak confirmkan apa yang rosak je dan nak dapatkan berapa kos nak repair sebenarnya..

Bila aku dah tahu apa yang rosak .. aku terus gi dekat kedai spare part area Jalan Pekeliling Lama, KL.. dekat situ memang banyak kedai spare part. korang kena survey harga mana yang nak bagi murah.. macam aku aku dah biasa ambil dekat kedai ni.. so aku terus gi kedai apek ni..

harga mounting absober dan bearing tayar

Aku terus tanya berapa harga untuk mounting absober dengan bearing tayar belakang untuk kereta myvi.. korang tengok harga dekat atas tu.. aku dapat separuh dari harga yang bengkel tayar bagi dekat aku tu.. so dekat situ aku dah jimat banyak..

Tak mau cerita banyak aku terus beli barang-barang tu dan cari satu bengkel dekat area kedai spare part tu.. dekat  area Jalan Pekeliling Lama tu banyak kedai bengkel yang ambil upah untuk pasang barang-barang kereta ni.. orang KL biasanya panggil bengkel bawah pokok.. hehehe

Lepas aku deal dengan satu tokey ni dia sanggup pasang dengan upah RM65 sahaja.. so kos aku beli barang dengan upah baru RM285 sahaja kalau dibandingkan dengan kedai tayar tadi RM470.

Tukar bearing tayar dengan ABS-myvi-1 Tukar bearing tayar dengan ABS-myvi-2 Tukar bearing tayar dengan ABS-myvi-3 Tukar bearing tayar dengan ABS-myvi-4 Tukar bearing tayar dengan ABS-myvi-5Tukar bearing tayar dengan ABS-myvi-6

proses menukar bearing tayar yang ada ABS..

Walaupun pendatang asing bangla yang buat kereta aku.. tapi kerja-kerja dia aku pantau sepanjang masa.. kerja memang macam orang pro.. kalau warga asing boleh buat kerja macam ni.. kenapa eh orang melayu kita tak nak kerja macam ni.. mungkin satu hari nanti bangla ni pulak yang balik negara dia orang jadi tokey..

Tukar Mounting absober myvi-1 Tukar Mounting absober myvi-2 Tukar Mounting absober myvi-3 Tukar Mounting absober myvi-4

Proses kerja-kerja menukar mounting absober pulak.. yang ni 3 orang kerjakan..

Alhamdulillah masa yang diambil 1 jam 30 minit untuk tukar barang-barang yang rosak tu.. so far cara kerja apek bengkel tu pon oklah.. mungkin lepas ni kalau ada problem lagi kereta aku.. aku akan gunakan tips berjimat aku sekali lagi dekat atas tu..

Jadi kepada yang kurang berkemampuan nak repair kereta tu.. boleh gunakan tips aku tu untuk jimatkan wang poket korang yang akan keluar nanti..

Ulasan

  1. teringat masa zaman sekolah dulu , ada pakcik sebelah kg yg sentiasa ride motor baru sbb trade in ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu motor dia sentiasa baru.. Asik trade in ye.. He3

      Padam
  2. Waah, tips yang sangat bagus, sebab kete kita pun ada kes yg sama,.. memory sungguh pekeliling.. rumah lama situ,. tempat jatuh lagi kan di kenang.

    BalasPadam
  3. kalau nak tukar timing belt, ade tak 'bengkel bawah pokok' ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bos.. Semua benda dia buat.. Nak beli dgn dia pun boleh.. Nk beli sendiri baru minta upah pasang pun boleh

      Padam
  4. Kalau nak tukar timing belt, ada tak 'bengkel bawah pokok'ni?
    hehe

    BalasPadam
  5. Salam Myvitrd bro, sye ni nubis sye pun mengalami kes yg sama dgn bro pasal kete myvi ku gegar pd 70-80km/h. Minta bantuan bro mcm nk cari kedai pomen yg bawah pokok tu? Terima kasih bro.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum ,
    Dua hari lepas baru tukar absorber mounting , brand yang sama , packaging sama jugak . tapi taktau lah , saya beli RM80 Sepasang (dua bijik) . upah pasang RM50 .
    Ni esok nak pergi sevice aircond , aircond tengah hari kurang sejuk , blower bunyi dah macam moto GP . Hopefully cuci and kembali seperti asal

    BalasPadam
  7. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak