Kos Tukar Condenser Aircond Yang Bocor

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Nilah namanya malang tidak berbau… pagi sabtu nak keluar rumah dengan anak beli sarapan, macam biasa masuk kereta start engine dan onkan aircond.. sekali yang keluar angin panas je.. dalam hati aku pasal apa pulak ni.. baru 10 bulan aku repair semua komponen yang rosak ari tu (Baca sini).. takkan nak duit angpau tahun baru cina pulak..

Walaupun dalam hati dah risau.. tapi buat-buat muka relex je depan anak.. hehehe.. teruskan niat gi beli sarapan sambil mesin duit dalam kepala berjalan..

Sampai je dekat rumah lepas beli sarapan terus cakap dengan orang umah.. “sayang kereta macam ada masalah.. aircond tak berfungsi”.. aku dah agak dah.. confirm reaksi cik isteri tak happy punya.. almaklum jelah.. silap-silap kena pinjam duit dia nak repair aircond kali ni.. hehehe.

Pendekkan cerita masing-masing buat muka macam kereta takda masalah je.. petang tu keluar rumah gi taman layang-layang tanpa aircond.. kesian dekat anak sebab badan jenis cepat berpeluh kalau panas..

Petang sabtu tu juga aku bawa gi bengkel area umah check apa masalahnya.. mula-mula ingatkan masalah gas habis.. sampai bengkel memang betul gas habis.. tapi apa puncanya? sekali check mekanik tu tunjuklah dekat aku yang condenser dah bocor.. ada bekas minyak keluar.. katanya mungkin kena besi tulang depan kereta.. barai duit poket aku kata dalam hati..

Di sebabkan pengalaman yang lepas banyak mengajar aku bab-bab nak repair kereta ni.. so kali ni aku minta sebutharga dulu sebelum aku confirm nak buat dekat bengkel tu atau tidak.. lepas minta sebutharga dekat tokey kedai.. aku rasakan harga yang dia bagi tu macam buat poket seluar aku tak happy sebab agak mahal kos yang dia nak aku bayar.. so aku cakap takpe… esok kalau confirm nak tukar  saya datang bengkel semula..

Kalau nak tahu tu script untuk larikan diri dari buat dekat bengkel tu.. hahaha.. so apa yang perlu aku buat lepas tu.. hari ahad tu aku tak gi mana-manalah.. sebab kereta pun aircond tak berfungsi so duduk jelah dekat rumah dengan anak bini sambil masak-masak nasi arab.

Condenser Myvi 1

Hari isnin memulakan proses memburu bengkel aircond dan kedai spare part yang murah.. macam biasa panel kedai spare part jalan pekelilinglah jadi rujukan.. sampai bengkel spare part dia bagi aku 3 harga.. RM150, RM185 dan RM300 yang mahal sekali tu katanya original.. tapi aku sengaja ambil yang sedang-sedang RM185.. sebab kalau pakai ori sekalipun kalau dia nak rosak sekali lagi dia tak kenal ori tak ori.. hehehe.. lagi pun nak jimat sikit.

Dua bengkel aircond yang aku tanya.. semua harga barang sahaja paling murah 250 dan paling mahal 450.. so aku dah jimat berpuluh ringgit dekat situ..

Condenser Myvi 2

Condenser Myvi 3

Nilah dia condenser baru aku yang berharga RM185 jenama POKKA siap ada cop “For : Passo”.. macam pelik jekan jenamanya.. tak kisahlah bukan Denso pun takpe.. yang penting boleh tahan setahun dua pun dah syukur..

Condenser Myvi 4

Condenser dah dapat cari bengkel pulak minta pasang dengan isi gas.. aku hantar dekat area opis aku satu kedai aircond yang terletak dipulau hadapan menara Celcom.. sebelum buat aku dah deal harga dengan dia isi gas baru, upah pasang dengan upah potong besi semuanya RM120.. lepas aku setuju baru kerja-kerja buka condenser lama dan ganti condenser baru dibuat.

Condenser Myvi 5

nilah kawasan condenser lama yang telah bocor.. kawasan yang aku bulat dengan bulatan merah tu yang bocor dek gara-gara kena besi tulang rangka body hadapan. mungkin puncanya disebabkan oleh kesan hentakkan masa aku langgar kereta proton saga hujung tahun lepas.

Condenser Myvi 6

Besi rangka hadapan yang menyebabkan condenser aku bocor..

Condenser Myvi 7

so untuk elakkan kejadian macam ni berlaku lagi.. mekanik aircond tu minta aku potong besi yang rapat dengan condenser tu.. aku cakap kasi potong je banyak sikit.. :-)

Condenser Myvi 8

Alhamdulillah, satu jam juga aku tunggu kereta aku siap dipasang sepenuhnya dekat bengkel aircond ni..  Semoga kejadian buruk ni tak berlaku lagi pada kuda hitam aku di hari mendatang.. hujung minggu ni pun bolehlah balik ke utara dengan selesa..

Ulasan

  1. Salam, dah tak pelik jenama Passo tu sebab tu adalah nama kereta model Toyota Passo...rupanya dia pun lebih kurang sama dengan MyVi, sebenarnya Perodua ambil design Passo then jadikan MyVi dengan beberapa perubahan. Toyota kan pemegang saham terbesar Perodua...

    Kalo nak lagi selamat, setiap 2 tahun servis ekon dan cuci/check kondenser tu sebab kadang2 dia tersumbat, lama2 bleh bocor jugak...

    BalasPadam
  2. lebih sejuklah aircon kereta bro lepas ni, cuaca pun dah mula panas balik, wajib tukar dah.

    BalasPadam
  3. Hemm samalah nasib kereta kite ni ye...saya pon mende tu gak bocor so cik darling risau wife dia ni berpeluh + darling2 dia berpeluh sama so tukar mende tu... dah siap pasang rupanya...fan pon x berfungsi...so imidiate tukar gak ...total semuanya all in kipas labour semualah rm450. hemm sib baik dapat bonus so coverlag juga dengan duit itu =) now dah selesah dah...

    BalasPadam
  4. Bro macam mane performance pokka setakat nie?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak