Nasi Arab Mandy Home Made

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Sebut sahaja Nasi Arab pastinya sudah tidak asing bagi warga kota Kuala Lumpur dan sekitarnya.. mana tidaknya kalau anda ke Jalan Bukit Bintang sahaja semua restoran yang ada di kiri kanan jalan adalah restoran Nasi Arab.. sekali pandang dah macam dekat Negeri Arab pun ada.. hehehe.

Harga tak perlu dibincangkanlah sebab ada yang mahal dan ada yang murah.. buat masa ni yang paling murah pernah aku jumpa Nasi Mandy Ayam RM6..

Jadinya semalam aku dengan cik isteri kebetulan masing-masing dah kerja hujung minggu kami pun planlah nak buat Nasi Arab Mandy Home Made.. Mula-mula tak confident juga.. samada boleh jadi atau tidak.. tapi kata orang kalau tak cuba tak tahukan.. so kami follow jelah panduan yang diberikan dalam kotak Nasi Mandy Home Made tu..

Nasi Arab Mandy Home Made 1

Nasi Mandy Ayam Saudi berharga RM15 satu kotak

Nasi Arab Mandy Home Made 2

Ayam separuh potong 8 yang telah diperap dengan rempah Nasi Arab

Nasi Arab Mandy Home Made 3

Proses panggang ayam selama 1 jam dengan suhu 180

Nasi Arab Mandy Home Made 4

Ni pulak beras basmati yang telah direndam selama 20 minit

Nasi Arab Mandy Home Made 5

rempah yang telah ditumis bersama bawang besar, bawang putih dan rempah ratus.. tunggu sehingga mendidih

Nasi Arab Mandy Home Made 6

Setelah rempah ratus tadi mendidih di masukkan ke dalam periuk nasi yang ada beras basmati tadi.. seterusnya masak beras tadi seperti biasa

Nasi Arab Mandy Home Made 7

Setelah ayam panggang tadi separuh masak.. keluarkan sedikit minyak yang ada pada bekas ayam tu dan masukkan sedikit didalam nasi tadi.

Nasi Arab Mandy Home Made 8

Alhamdulillah lebih kurang 15 minit je nasi arab dah siap.. bau memang semerbak..

Nasi Arab Mandy Home Made 9

Ayam panggang pun dah siap juga setelah 1 jam dipanggang..

Nasi Arab Mandy Home Made 10

Sedia untuk dihidangkan.. Alhamdulillah percubaan kali pertama memasak Nasi Arab bersama cik isteri boleh dikatakan berjaya.. untuk satu kotak Nasi Arab diatas tadi boleh dimakan 5-6 orang..

Insyallah lepas ni kita cuba masak Nasi Arab Kambing Mandy…

Ulasan

  1. nak cuba cari kat tempat akak le pulak..harap2 ada...nampak sedap

    BalasPadam
  2. kat mane nak beli bende ni?
    nak jugak.. this is m fav!

    Sepagi di JUSCO..

    BalasPadam
  3. Perasan jugak benda nie dah dijual .... lepas nie dah tahu la nak jamu kengkawan bila datang umah bro kan.... hehehhee

    BalasPadam
  4. macam pernah nampak. kat pasaraya mana yek ada jual..

    BalasPadam
  5. Wow...meriahnya. Besar gak portion dia eh. Hemm..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak