Nasi Mandy Kambing Yaman Home Made

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Ekoran dari percubaan kali pertama memasak Nasi Arab Ayam Mandy berjaya minggu lepas.. kali ni Nasi Arab Kambing Mandy pulak kami cuba..

Bermula dengan pencarian kambing di kedai-kedai sekitar rumah gagal.. so kami cari kambing yang telah dipotong nipis di Tesco.. daripada takda potong nipis pun takpe janji kambing..

Seperti biasa proses pertama dimulakan dengan merebus kambing terlebih dahulu sehingga lembut..

Nasi Arab Mandy Kambing 3

Rebus kambing tanpa meletakkan garam, rebus sehingga lembut.

Nasi Arab Mandy Kambing 1

Rempah Nasi arab Kambing home made sesuai untuk hidangan 5 orang

Nasi Arab Mandy Kambing 4

Tidak perlu risau bagaimana cara untuk memasaknya sebab semuanya diterangkan dengan lengkap dibelakang kotak rempah home made tadi

Nasi Arab Mandy Kambing 5

Bahan-bahan yang terdapat dalam kotak rempah arab home made tadi, terdiri dari beras basmati bermutu tinggi, rempah nasi arab, dan rempah ratus

Nasi Arab Mandy Kambing 6

Bahan tambahan yang perlu disediakan 2-3 ulas lada hijau, bawang putih dan bawah besar

Nasi Arab Mandy Kambing 7

Beras basmati tadi perlu direndam terlebih dahulu selama 15 minit atau lebih, selepas itu perlu ditoskan sebelum dimasukkan kedalam periuk nasi.

Nasi Arab Mandy Kambing 8

rempah ratus yang dibekalkan tadi perlu ditumis terlebih dahulu

Nasi Arab Mandy Kambing 9

dicampurkan bersama hirisan bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga garing dan campurkan dengan kesemua rempah arab yang dibekalkan tadi.. setelah sebati matikan api..

Nasi Arab Mandy Kambing 10

Masukkan beras yang telah di tos tadi beserta tumisan rempah arab dan beberapa batang lada hijau.

Nasi Arab Mandy Kambing 11

Masukkan kambing yang telah rebes tadi kedalam periuk nasi

Nasi Arab Mandy Kambing 12

Masukkan air rebusan kambing kedalam peruk nasi sebanyak 600ml

Nasi Arab Mandy Kambing 13

begini rupanya setelah semua bahan-bahan dimasukkan kedalam periuk nasi.

Nasi Arab Mandy Kambing 14

Masak menggunakan periuk nasi elektrik, setelah masakkan hampir masak 80% kacau sedikit nasi didalam periuk.

Nasi Arab Mandy Kambing 15

sementara menunggu nasi masak.. boleh sediakan sos dan salad untuk penyedap selera.. panduan untuk membuat sos dan salad ada ditunjukkan pada bahagian kotak rempah mandy tadi

Nasi Arab Mandy Kambing 16

Keadaan nasi mandy kambing yang telah masak.. sekiranya mahukan warna nasi sedikit kuning boleh ditambahkan sedikit pewarna kuning telur semasa mencampurkan nasi dengan rempah yang telah ditumis tadi.

Nasi Arab Mandy Kambing 17

Sedia untuk dimakan.. Nasi Mandy kambing Yaman

Nasi Arab Mandy Kambing 18

Lebih sedap dimakan bersama dengan salad dan sos yang telah dibuat tadi.. bagi saya tanpa sos dan salad pun dah cukup membuatkan saya menambah 2 pinggan untuk hidangan hari ini,

Rempah Arab Nasi Mandy Home Made

Stok nasi arab untuk dijual

Nasi Arab

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri msakan nasi arab ni.. bolehlah membuat tempahan disini dengan harga RM15 satu kotak untuk hidangan 5 orang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak