Kadar Bayaran Tol Jambatan kedua Pulau Pinang @ Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

 

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat balik ke kampung mertua di Penang selama 2 hari.. bertolak balik dari KL malam sabtu dan Ahad petang kembali semula ke KL.

Kepulangan kami kali ini sempat menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang kedua yang baru dibuka awal Mac yang lalu dan kebetulan masa kami lalu tu tol masih percuma lagi.

Jambatan Pulau Pinang Kedua

Sunyi sahaja Jambatan Kedua ni.. masa kami lalu ni jam 2.30 pagi..

Tetapi kalau anda melalui Jambatan Pulau Pinang kedua bermula hari ini anda sudah mula dikenakan bayaran tol seperti dibawah ni.

kadar tol jambatan pulau pinang kedua

Berikut adalah kadar  Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang mulai 1 April 2014

  • Motosikal (kelas 0): RM1.70
  • Kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1): RM8.50
  • Kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2):  RM30.50
  • Kenderaan kelas 3: RM70.10
  • Teksi (kelas 4): RM8.50
  • Bas (kelas 5): RM26.20

Info lanjut boleh layari http://www.jambatankedua.com.my

Beberapa keping gambar diatas jambatan yang sempat kami ambil dari dalam kereta.. walaupun ramai juga yang berhenti di bahu jalan untuk ambil gambar.. kami tak berhentilah sebab risau pasal keselamatan..

Jambatan Pulau Pinang Kedua 1-1

Jambatan Pulau Pinang Kedua 1-2

Jambatan Pulau Pinang Kedua 1-3

Tol Jambatan Pulau Pinang Kedua 1

Untuk info detail tentang pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua ni boleh baca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Jambatan_Sultan_Abdul_Halim_Muadzam_Shah

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak