Kunjungan Pertama Ke Pantai Bagan Lalang

 

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah setelah lebih 2 tahun berangan-angan nak gi makan ikan bakar dekat Bagan Lalang akhirnya semalam kami berjaya juga sampai, dengan perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit dari Shah Alam terus ke Bagan Lalan melalui Sepang.

Masa pergi tu terasa macam jauh juga.. tapi bila dah balik rasanya taklah jauh sangat Bagan Lalang ni. patutlah mamat ni, rajin makan dekat sini.

Pantai Bagan Lalang 14010113

Pertama kali berkunjung ke pantai Bagan Lalang ni.. pemandangan yang cantik dan meriah dengan pengunjung bermain di tepi pantai.

Pantai Bagan Lalang 14010120

Kelihatan dari jauh Golden Palm Tree Resort, Sepang .. kalau tak silap resort bertaraf 5 bintang tu.. dapat bermalam satu malam dekat situ rasanya memang menyeronokkan.

Pantai Bagan Lalang 14010121

Harraz termenung jarang-jarang tengok pantai katanya.. dalam hati dia mesti nak berlari tepi pantai tu..

Pantai Bagan Lalang 14010122

Habis lepak pantai Bagan Lalang terus terjah kedai Ikan Bakar HM SRI BAGAN yang dikatakan sedap diantara kedai-kedai ikan bakar disekitarnya.. jom kita tengok betul ke sedap?

Pantai Bagan Lalang 14010123

Ikutkan waktu operasi.. kedai ni buka jam 6 petang sampai 1 pagi.. sampai-sampai terus cari meja selamat ada yang kosong meja lain semua dah ditempah. lepas pilih tempat dan ambil order terus gi pilih ikan apa yang dimakan..

Pantai Bagan Lalang 14010124

Punya ramai pengunjung, maih ada yang tengah tunggu pesanan.. masa kami order tu tukang masak dah cakap paling cepat 1 jam masa untuk masak.. memang logik pun sebab ramai gila orang.

Pantai Bagan Lalang 14010125

Sementara tunggu makanan sampai anak belasah ais krim dulu.. kasi dia tenang.. kalau tak asik nak berlari je dekat situ.. selamat dia bagi kerepek sebagai pembuka selera sementara tunggu menu sampai.

Pantai Bagan Lalang 14010126

Azan berkumandang terus gi solat magrib dulu.. jangan risau nak solat surau ada disediakan.. sakit perut ada toilet juga.. hehehe

Pantai Bagan Lalang 14010114

Lepas habis solat tengok-tengok air dah sampai dulu..

Pantai Bagan Lalang 14010127

Ikan caru bakar aku pun dah sampai juga.. tapi yang lain tak sampai lagi.. tengok jelah dulu ikan bakar ni.. hehehe

Pantai Bagan Lalang 14010115

Lepas 30 minit lepas ikan caru tu sampai baru semua menu yang diorder sampai satu persatu.. bermula dari telur dadar, dan  sotong goreng tepung. sotong goreng tepung dia memang terbaik.. sedap gila.. berbaloi dengan harganya yang RM25.50.. hehehe

Pantai Bagan Lalang 14010118

Kailan ikan masin wajib ada untuk kasi mulut masin-masin.. hehehe

Pantai Bagan Lalang 14010116

Yang ni pertama kali aku makan dengan cik isteri.. pepahat namanya.. rasanya manis.. aku rasa ni spesis siput kot…

Pantai Bagan Lalang 14010117

Yang ni ikan siakap masak stim pilihan cik isteri.. cuma cik isteri kata rasanya kurang sikit.. entahlah.. bagi aku oklah.. next time datang kita cuba 3 rasa pulak

Pantai Bagan Lalang 14010119

Total harga semua untuk menu dekat atas adalah RM87.15.. rasanya oklah berbaloi dengan rasanya.. insyallah kena return sekali lagi dekat sini nanti.. tapi macam nak bermalam pulak dekat mana-mana chelet yang ada dekat Pantai Bagan Lalang tu.

Terima kasih kepada cik isteri sebab belanja kami anak beranak makan katanya sempena Hari ulang tua aku.. hehehe

Ulasan

  1. x pnh plak jmpa caru bkr kt kdai seafood.. tp nmpk sdap kt gmbr tu :=)

    BalasPadam
  2. tuuuuu dia... makan sedap yea bro sekeluarga.. dah besar anak hang... =)

    BalasPadam
  3. Dah lama tak pi sini. Rasa kat sini lebih kurang aroma ikan bakar kuala selangor

    BalasPadam
  4. tempat femes mesti ramai orang macam ni, pepahat tu sedap cuma isinya agak kurang...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak