Perbaharui Lesen Dan Tukar Kad Pengenalan Di Mini UTC Sentul KL

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dua hari lepas sempat menyinggahkan diri di Mini UTC Sentul KL ni untuk membuat urusan memperbaharuai lesen dan kad pengenalan..

First time datang ke Mini UTC ni.. selama ni aku dengar je nama UTC dengan kemudahan yang ada dalam tu.. tapi lepas aku sendiri yang datang dan buat beberapa urusan memang betul.. segala urusan boleh dibuat disatu tempat ni sahaja..

UTC Sentul

Di KL ni kalau tak silap aku ada dua sahaja UTC ni  satu di Sentul (Mini UTC) dan satu lagi di PUDU

UTC Sentul 1

Di Mini UTC Sentul ni ada kemudahan Pejabat Pos, JPJ, JPN dan Imigresen, Klinik Gigi, Balai Polis dan macam- macam lagi. Apa yang menarik disini waktu operasinya 7 hari seminggu

UTC Sentul 2

Bagi urusan JPJ seperti tukar hak milik kenderaan semua boleh dibuat sini..

UTC Sentul 3

Urusan pertama aku disini ada perbaharui lesen..

UTC Sentul 4

Lama juga tunggu baru sampai giliran.. kebetulan hari tu ramai pulak yang berurusan dengan JPJ ni.

UTC Sentul renew lesen

Alhamdulillah lesen kenderaan siap pada hari yang sama.. tidak sampai 15 minit lepas jumpa kaunter terus siap lesen baru ni.. lesen baru sekarang dah takda slip macam sebelum ni.. semua menggunakan kad kualiti seperti IC.. so kalau next time lesen mati dia akan ambil gambar baru dan dapat lesen baru yanga da gambar lagi.

UTC Sentul 5

Habis urusan di JPJ terus ke JPN pulak untuk tukar IC, sebab aku tukar IC ni sebab aku nak tukar alamat baru dekat IC tu.. kiranya lepas ni nak jadi penggundi dekat KL katanya..  urusan dekat JPN ni pun tak lama.. tak sampai 20 minit..

UTC Sentul 6

Sampai-sampai je tunggu giliran ke-3.. tukar IC baru dikenakan bayaran RM10 sahaja.

Kad Pengenalan Lama

IC lama dalam kenangan pegawai JPN ambil terus untuk dihapuskan katanya..

Kad Pengenalan Baru

Untuk urusan IC baru ni.. kita tak dapat pada hari yang sama, kena gi ambil hari esoknya.. takpelah kebetulan pejabat dengan Mini UTC ni dekat so hari esoknya aku datang ambil IC baru yang dah siap..

Cuma kekurangan yang aku nampak dekat mini UTC ni adalah tempat duduk menunggu di beberapa kauter seperti pejabat POS sangat sikit.. ada pelanggan yang dah berusia tu terpaksa berdiri lama untuk asmpai giliran.. diharapkan masa-masa akan datang dapat diperbaiki beberapa kekurangan yang ada di Mini UTC ni..

Apa pun kemudahan yang ada dimini UTC ni dapat menjimat masa dan urusan pelanggan.

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak