Kunjungan Pertama Ke KLIA2

 

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu,

Alhamdulillah cik isteri dah selamat pulang semula ke tanahair pagi tadi jam 1.00 pagi.. walaupun jadual tiba sepatutnya lebih awal.. biasalah masalah flight Delay ni memang tak boleh dielakkan.. masa nak terbang di KLIA2 pun dah delay 30 minit.. balik pun 30 minit juga.. apa pun yang penting dah selamat sampai ke rumah.

Rasanya kalau tak hantar cik isteri ke airport masa hari Jumaat tu, tentu-tentunya aku takkan sampai ke KLIA2 lagi .. airport ni baru dibuka beberapa minggu lepas.

Ingat ye lepas ni kalau nak naik AirAsia semua dekat KLIA2 dah takda dekat LCCT..

Kepada yang first time datang tu jangan risau papan tanda arah ke airport ada disediakan, follow papan tanda je arah ke KLIA2..

klia_2 1

Ruangan parking bertingkay memang banyak.. kena datang awal supaya tak parking jauh sangat dari lif.. kalau tak letih berjalan..

klia_2 2

Masa aku datang tu terus parking dekat CP7.. sebab masuk-masuk je terus jumpa level ni..

klia_2 2a

Sebelum masuk lif tu ada banner yang mengatakan tempat ketibaan dan berlepas berada di CP4.. jadinya tekan je butang CP4 dalam lif tu..

klia_2 2b

Pastikan korang tidak lupa dekat mana korang parking kereta.. sebab kalau lupa tingkat berapa memang jenuhlah nak mencari

klia_2 3

Pandangan dari ruangan parking.. boleh tengok kapal terbang AirAsia tengah load penumpang dan bagasi.

 klia_2 4

klia_2 5 klia_2 6

klia_2 7

Aksi harraz bila nak kena tinggal dengan mama dia.. bulan ni je si kecik ni dah round 2 airport, dekat subang dengan KLIA2.. bila mama nak bawa harraz naik kapal terbang ni..

klia_2 8

Bila sampai airport perkara pertama kena buat adalah tengok jadual penerbangan ada ke takda.. kalau fligt delay pun akan dipaparkan dekat big screen ni. AK0522 tu adalah kapal yang cik isteri naik masa nak ke Ho Chi Minh City..

klia_2 9

Kali ni ambil gambar tak cantik sebab anak buat perangai nak turun.. hehehe

klia_2 10

Rombongan cik kiah tengah membuat daftar masuk bagasi..

klia_2 11

Dalam hati Harraz apa yang orang- orang ni buat beratur panjang dekat sini..

klia_2 12

Pandangan dari dalam bangunan KLIA2.. boleh tengok kapal terbang tanpa halangan pintu kaca..

klia_2 13

Waktu ni panas terik.. nak tengok kapal punya pasal buat muka macam tak panas je..

klia_2 14

Sebelum berlepas kenalah check passport dulu… sebab tu kena datang 2-3 jam awal sebelum berlepas.. sebab kalau tak kena beratur panjanglah nanti..

klia_2 15

Sementara tunggu cik isteri terbang layan tengok kapal mendarat dengan anak..

klia_2 16

Masa kami datang tu masih ada sikit-sikit lagi sekeliling bangunan tengah di fix.. macam lantai ada setengah tu baru pasang jubin dekat luar

klia_2 17

Paling seronok tengok kapal anaklah..

klia_2 18

Yang ni pulak pandangan dari tepi jalan atas fly over tempat menurunkan penumpang.. masa ni tengah tunggu nak tengok kapal cik isteri terbang..

klia_2 19

Sempat tangkap gambar kapal yang bawa cik isteri dengan kawan-kawan dia pergi Vietnam.. untuk makluman dekat atas fly over ni tak boleh parking lama sebab akan ada polis peronda akan halau kalau kereta parking tepi jalan ni..

klia_2 Map

Sumber rujukan foto : https://www.facebook.com/klia2.info

Masa dekat KLIA2 tu aku tak tahu sebenarnya dekat mana keduduk KLIA2 dari pandangan atas, bila balik rumah aku google.. baru aku tahu rupanya sebelah sahaja dengan KLIA.. kalau korang check dalam google maps memang tak wujud lagi KLIA2 ni..

Apa pun nampak tempat baru ni.. memang kelas lah.. canggih dan menarik.. hope satu hari nanti dapat datang lagi sini sebagai penumpang salah satu kapal dekat situ.. :-)

Ulasan

  1. Weekend lepas sempat singgah..quite nice dan besar KLIA 2 ni..

    BalasPadam
  2. tak pernah sampai lagi ni klia 2...lama dah tak naik kapalterbang ni..teringin gak ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak