Gara-gara Tertidur Dapur Hampir Terbakar

Allahuakbar... semua kerana kecuaian aku sendiri.. rumah hampir terbakar... syukur alhamdulillah Allah masih sayangkan kami sekeluarga..

Beberapa jam tadi aku gi rebus telur masin untuk buat juadah bersahur dengan cik isteri.. macam biasa lepas rebus aku gi baring-baring sementara tunggu telur masak.. tup-tup aku terlelap terus..

Tetiba masa aku terjaga dari tidur.. aku perasan kenapa rumah penuh dengan asap dengan bau hangit.. aku baru teringat yang aku ada rebus telur sejam yang lalu.. terus berlari ke dapur untuk tengok apa terjadi dengan telur masin tadi.. sekali tengok.. Allahuakbar dah rentung kedua-dua telurnya.. periuk pun dah hampir nak cair dek gara-gara panas sangat.. terus matikan api dapur dan jirus dengan air periuk yang rentung tadi..

Pengajaran buat diri sendiri.. jangan gi baring bila masak sesuatu.. hampir-hampir satu insiden berlaku tadi..

Ulasan

  1. Allahuakbar.. alhmdlh slmt. klu x, menyesal seumur hdp. huhu. slmt berpuasa :-)

    BalasPadam
  2. Bahaya, Syukur tidak ada kemalangan yang berlaku.

    BalasPadam
  3. tu dia. telur bakar jadinya. haha..

    hati-hati lenkali.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak