Pengalaman Berniaga Di Mega Bazaar 2014 MAEPS, Serdang

 

Alhamdulillah selesai sudah Mega Bazaar 2014 di MAEPS, Serdang yang berakhir jam 10 malam semalam, Pastinya ada yang pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan hasil jualan di Mega Bazaar tersebut, tak kurangnya juga yang pulang dengan tangan kosong, hampa, kepenatan dan hasil jualan yang tidak memberangsangkan.. Takpe itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T..

Mega Bazaar MAEPS

Rezeki ada dimana-mana mungkin rezeki tiada di Mega Bazaar ni.. tapi mungkin ada menunggu diluar sana.. terutama peniaga online seperti kami.

Bagi kami sendiri, banyak pengalaman yang kami dapat lepas kami sertai Mega Bazaar ni.. ada yang pahit dan ada yang manis.

Mega Bazaar MAEPS 5 Mega Bazaar MAEPS 2 Mega Bazaar MAEPS 3 Mega Bazaar MAEPS 4

Kalau ikutkan ni pengalaman kedua kami menyertai bazaar ni.. tapi untuk Mega Bazaar sebesar ni yang mengumpulkan lebih 1000 peniaga online dan offline ni merupakan pengalaman pertama kami.

Kekadang kita tengok orang keluar pagi balik malam.. usung semua anak pergi berniaga pasar malam atau bazar-bazar macam senangkan.. bila kami dah lalui sendiri baru kami tahu macam mana susahnya orang yang bersumberkan pendapatan dengan berniaga seperti ini mencari rezeki..

Mega Bazaar MAEPS 15

2 hari anak berkampung di MAEPS

Belum kerenah anak lagi yang tak nak duduk diam dekat booth.. nak berlari sahaja dibuatnya.. hehehe.. itu semua satu pengalaman… tapi atas dasar minat berniaga kesulitan itu diletakkan ditepi dahulu.

Mega Bazaar MAEPS 8

Semoga success dengan biz yang diceburi sekarang brother..

Paling tidak disangka di Mega Bazaar ni jugalah aku terjumpa semula rakan serumah aku 15 tahun yang lalu masa aku masih study dulu.. kalau dulu semuanya kurus-kurus belaka.. sekarang semua perut dah maju.. :-).. rasanya kalau aku dengan cik isteri tak join bazaar ni.. tidak mungkin boleh jumpa rakan lama aku ni..

Mega Bazaar MAEPS 9 artis

Paling menarik Mega Bazaar kali ni.. turut disertai oleh lebih dari 50 orang artis tanahair.. masing-masing datang jual produk keluaran mereka.. ada yang datang sebagai Duta produk dan ada yang datang jual sendiri produk mereka..

Mega Bazaar MAEPS 10

Pengunjung dan peniaga juga di hiburkan oleh beberapa persembahan artis tempatan sepanjang berlangsungnya 2 hari bazaar tersebut. tidak cukup dengan itu setiap jam diadakan acara dan pertandingan yang membolehkan pengunjung dan peniaga mendapat hadiah saguhati.

Mega Bazaar MAEPS 11

Diluar dewan bazaar juga tidak kurang meriahnya dengan kehadiran agen-agen radio Suria.fm dengan memberikan cenderhati dan hadiah kepada pengunjung sepanjang dua hari.

Mega Bazaar MAEPS 12 Mega Bazaar MAEPS 13 

Bagi kanak-kanak pulak disediakan taman permainan untuk mereka berhibur.. so taklah budak-budak boring datang ke Bazaar ni.

Tidak dinafikan masih banyak kekurang yang pihak penganjur perlu perbaiki untuk sesi Mega Bazaar akan datang.. bagi memastikan semua peniaga pulang dengan hati yang gembira.. tanpa perlu ada cakap-cakap kurang senang dibelakang.

Apa pun Tahniah kepada penganjur Mega Bazaar 2014 yang telah berjaya menyediakan platform untuk membantu golongan bumiputera khasnya untuk mempromosikan dan menjual produk-produk mereka.

Sebenarnya bukan mudah untuk menjayakan satu program besar seperti ini tanpa ada kerjasama yang baik dari pihak peniaga dan penaja program.. setiap teguran dan pandangan dari peniaga perlu diambil perhatian serius untuk membolehkan kejayaan lebih besar pada masa akan datang bila dianjurkan lagi program seperti ini.

** Bagi yang tidak berkesempatan datang ke booth kami pada Mega Bazaar lepas.. anda masih boleh mendapatkan produk kami dengan melayari facebook page di : https://www.facebook.com/HarrazShoppe **

Ulasan

  1. ermm tak sempat nak main-main dengan Harraz hari tuh.. all the best to korang berdua ye...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak