Pengalaman Hari Pertama Hantar Anak Ke Tadika

 

Alhamdulillah selamat sudah menghantar anak ke tadika dihari pertama hari ini selepas seminggu persekolahan ditangguhkan..

Paling teruja nak hantar Harraz ke sekolah mama dialah.. semua barang-barang kelengkapan dah disiapkan sehari sebelumnya lagi.. macam nak masuk sekolah darjah satu je.. hehehe.. apa pun memang tak boleh tanding isteri punya kecekapan mengurus anak.. memang terbaik..

Harraz Tadika Caliphs

Selalunya kalau duduk taska.. jam 6.30 pagi atau 6.45 pagi baru kejut bangun.. tak pun angkut je time tidur masuk kereta.. tapi sekarang dah tak boleh… pukul 6.00 pagi je harraz dah kena bangun mandi dan gosok gigi..

Nampaknya hari pertama tak menghadapi kesukaran untuk kejut dia bangun.. sebab harraz sendiri yang teruja nak ke sekolah.. hehehe.. mula-mula tu tak nak juga mandi.. tapi pujuk punya punya nak juga.. sebab bagi mandi air suam.. kalau air sejuk memang teriaklah dia dalam bilik air.. hehehe.

Harraz Tadika Caliphs 1

Dah siap pakai baju dengan kopiah.. bersedia untuk kesekolah… tapi yang tak boleh tahan tu.. bantal busuk tu kena bawak juga.. aduhai.. hehehe.. yang tak tahulah macam mana cara nak kasi dia lupa dengan bantal busuk tu..

Harraz Tadika Caliphs 3

Teruja sampai disekolah terus nak gi punggah semua mainan.. semua nak main.. tapi aku biar je bagi dia selesa dulu dengan sekolah baru ni.. kawan-kawan pun ramai.. tapi macam biasalah hari pertama ramai yang nangis tak nak kena tinggal.. hehehe.. tak terkecuali si Harraz juga..

Harraz Tadika Caliphs 4

Alhamdulillah setengah jam tunggu dekat sekolah.. aku dengan cik isteri beransur seorang demi seorang.. mula-mula aku yang keluar dari sekolah tu.. supaya dia tak rasa sangat macam kena tinggal.. lepas tu 15 minit kemudian cik isteri pulak beransur keluar.. sempat tanya dengan cik isteri macam mana harraz dekat atas tadi.. dia kata masa nak kena tinggal tu cebik sikit lah muka dia.. hehehe

Takpe insyallah lama-lama oklah tu… sekolah baru ni memang tak bagi mak ayah tunggu anak .. paling lama pun sejam sahaja.. sebab tak nak biasakan anak nak kena teman..

Balik petang nanti kita interview harraz macam mana suasana sekolah baru dia.. seronok atau tidak.. hehehe

Ulasan

  1. HIHIHI...takpe, utk sehari dua je tu, insyaallah lepas ni dengan bantal busuk pon dia lupa. HIHIHI yerlah biasa anak2 ni kalau kawan2 ejek or kawan2 x de bantal busuk automatik dia pon jadi malu nak bawa sana sini =), boleh boleh pupuk dengan pujian and some reward kalau dia tinggal bantal busuk kat rumha =)

    BalasPadam
  2. kaknoor singgah dah follow sini wah bantal busyuk!! anak kaknoor sampai belajar oversea masih bawa bantai busyuk..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak