Pengalaman Menaiki MRT Sungai Buloh Kajang (SBK)


Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami 3 beranak merasa naik train MRT yang baru ni di hari kedua dibuka kepada orang ramai.. kebetulan masa kami naik ni PM (Perdana Menteri) bagi percuma selama sebulan merasai sendiri train MRT ni


Kami parking kereta di stesen pertama Sungai Buloh


Ada sembilan tingkat parking disediakan di stesen MRT Sungai Buloh


Kaedah bayaran parking tidak menggunakan tunai.. hanya terima bayaran melalui Touch NGo.. sekali masuk bayaran saya lupa dalam lingkungan RM4-RM5 sekali masuk. Kalau takda Touch NGo boleh beli masa nak masuk parking tu.. ada pengawal yang jual kad TNG




Untuk ke stesen MRT kena turun ke G sbb tiada sambungan ditingkat atas parking ke stesen MRT


Deretan bus perantara MRT yang digunakan untuk membawa penumpang ke destinasi pilihan




Tinggi juga tangga bergerak ni..


Sudah ada kedai serbaneka yang dibuka...


Deretan mesin untuk membeli tiket yang akan dibuka pada 17hb Jan 2017


Nampak tu dia tulis free sekarang ni sampai 16hb Jan 2017


Pintu access ke train MRT ... kalau dah ada tiket nanti kena scan situ


Naik tangga bergerak lagi...




Kalau ikutkan jadual perjalanan di screen lebih kurang 5 minit sekali akan ada train



Kelebihan yang ada di stesen MRT ni adalah pintu keselamatan di tepi laluan MRT.. pintu akan dibuka bila train sampai.. so takdalah pengguna yang akan turun ke landasan laluan nanti





Selfie dulu... hehehe.. aku ni jarang selfie..


Akhirnya train MRT baru dah sampai.. beratur dulu.. teruja nak tengok dalam train ni


Alhamdulillah sekarang dah ada dalam train  memang diakui ruangan dalaman yang sangat luas jika dibandingkan dengan train komuter, lrt dan monorail yang pernah aku naik sebelum ni..


Skrin infomasi semua menggunakan skrin digital... jelas dan terang.. mudah difahami


Pemandangan dari dalam train ke luar sekitar stesen pertama Sungai Buloh


Selfie lagi... hahaha


Tiba di stesen kedua kawasan sungai buloh lagi


Train berenti.. pinti train dibuka serentak dengan pintu ruangan menunggu diluar dibuka..


Selfie 3 beranak...


Penumpang ramai yang teruja...



Anak pun happy.. tak nak duduk diam dalam train ni



Jangan risau tentang keselamatan banyak cctv dalam train ni untuk pantau keselamatan penumpang



Anak sejuk katanya... memang sejuk dalam train baru ni...



Sampai sudah distesen Semantan... semua kena turun sbb train nak berpatah balik ke stesen Sungai Buloh.. Bulan Julai 2017 baru semua laluan akan dibuka sehingga ke Kajang.. kiranya buat masa sekarang tak dapat rasa nak lalu dalam terowong lagi.




Setiap stesen ada kemudahan tandas dan surau untuk lelaki dan perempuan..



Ruang solat lelaki yang berhawa dingin




Ruangan meletakkan kasut


12 stesen je yang dibuka buat masa sekarang ni...





Jom patah balik dan singgah ke stesen seterusnya


Digital skrin menunjukkan lokasi semasa ada..


Bila train bertemu train.. ramai yang teruja.. landasan untuk train ni pun besar....






Panduan sekiranya berlaku kecemasan


Jangan buat perkara diatas didalam train...






Sampai dah di stesen bandar utama.. dari sini nampak bangunan media prima





Di sebabkan kami bawak stroller kena guna lif untuk keselamatan...











Senarai penuh stesen laluan SBK ni..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak