Belajar Berenang | The Club Bukit Utama


Assalamualaikum sahabat semua,

Lama juga tak mencoret dalam blog ni, Alhamdulillah tahun ni rezeki ada lebih sikit so boleh keluarkan baget untuk anak pergi kelas belajar berenang di The Club Bukit Utama. Sebenarnya banyak je tempat nak belajar berenang sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, cuma bab pemilihan tempat dan kos jadi keutamaan.. lepas servey dua tiga tempat termasuk club area kami tinggal.. last kami pilih The Club.

Saiz kolam renang adalah standard Olympic kolam renang


Tahun lepas kami masukkan dia di kelas Taekwondo dekat sekolah tadika dia, setahun belajar bolehlah nampak pandai sikit menumbuk dengan menendang.. yang jadi mangsa daddy dengan mama dialah hehehe. tahun ni masih sambung lagi kelas taekwondo dia dekat sekolah sampai hujung tahun.


hahaha.. hari pertama kelas berenang muka monyok je.. sebab dia ingatkan nak gi mandi-mandi dekat kolam kanak-kanak.. rupanya kena belajar berenanag dulu dengan teacher.. hehehe


tu dia seronok main air budak-budak ni.. sekali toleh kiri kanan semua bangsa cina je yang ramai.. orang melayu harraz sorang je... takpe.. yang penting lepas ni boleh pandai berenang


kene rendam dalam air sambil pegang tebing kolam renang tu.. hehehe


hari pertama so rasa takut-takut pun ada .. yang takut daddy dengan mama sebenarnya.. sebab takut anak tu lemas.. sebab bila teacher ajar sorang-sorang di tak nampak dah yang lain.. so mak ayah kena perhatilah anak masing-masing.


hari pertama ni.. teacher ajar teknik tahan nafas.. tahan nafas dalam 5 saat dalam air.. 


tu dia budak kepenatan.. satu sesi belajar selama 1 jam dan ada 8 sesi kena habiskan semua.. yuran RM315.00.. waktu belajar hujung minggu sahaja.. boleh pilih dalam tempoh 3 bulan.

lepas habis belajar berenang macam biasalah kami bagilah dia main dekat kolam kanak-kanak yang ada dekat situ.. kasi dia lepas geram nak gi mandi sangat...

Semoga Harraz cepat belajar dan pandai.. lepas ni boleh ajar daddy dengan mama pulak.. hehehe.. jimat sikit duit yuran.. kalau tak lepas ni daddy dengan mama pulak gi kelas renang.



  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak