Cili Sakata 461 - Semaian Kali Kedua


Selepas percubaan semaian cili Sakata 461 kali pertama nampaknya berjaya.. dengan menggunakan bekas telur 10 lubang..

Kali ini tuan tanah mencuba semai cili untuk kali kedua dengan menggunakan tray semaian 12 lubang yang dibeli secara online di Lazada pula..

Dengan kekangan masa dan tuntutan kerja wajib yang ada.. maka masa terluang tengah malam nilah kita buat kerja-kerja kebun ni.. menyahut cabaran kerajaan untuk membuat kerja night farming.. hehehe

Jom kira tengok gambar yang telah saya ambil tadi..








Seperti biasa cili yg dah siap semai disiram medianya dah dibungkus dengan plastik hitam selama 5 hari bermula hari ini 13hb Jun 2019..

Lebih kurang 14hb nanti kita akan buka pembungkus beg plastik hitam untuk memeriksa samada semua anak benih dah bercambah atau belum..

Seperti pengalaman semaian kali pertama.. selepas 5 hari semua benih mula bercambah dengan kadar pertumbuhan 80%.. dan untuk hari berikutnya Alhamdulilah semua 10 lobang telah bercambah.. dan masa untuk mendedahkan benih dengan cahaya matahari pun bermula... untuk proses pindah benih ke dalam pasu atau polibag.. perlu pastikan anak benih hendaklah telah keluar 8 helai daun atau usia telah menjangkau 25 hari selepas semai..

Sehingga berjumpa lagi di lain episod.. sekian terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak