Projek Homestay : Survey Jenis Homestay

Alhamdulilah agak lama tak menulis di blog ni... memandangan beberapa kekangan kerja hakiki yang perlu diutamakan.

Beberapa bulan yang lalu sewaktu kami pulang ke kampung di Pulau Pinang, tanpa dirancang kami berdua ada bersembang tetang projek homestay di kampung mertua.

Kebetulan ibu mertua memang ada mengusahakan 1 unit homestay sejak beberapa tahun lepas sebelum PKP lagi.

Memandangkan permintaan homestay di Pulau Pinang sangat memberangsangkan.. jadi kami bercadang untuk membina sebuah unit kediamaan untuk dijadikan homestay ditapak tanah kosong family mertua.

Jadi banyaklah design-design yang kami survey bermula dari jenis kontena, besi pasang siap dan binaan batu

Dekat bawah ni antara jenis pasang siap yang kami survey di sekitar negeri Perak



konsep mini house @ tiny house


keluasan rumah 10 x 20 kaki


rumah bertiang




rumah dipasang siap dikilang dan akan dibawa munggunakan lori ke lokasi




design rumah yang pelbagai siap dengan beranda


ni antara unit yang menarik, nampak mcm rumah kayu


siap dengan tandas dan bilik air


bilik dilengkapi dengan kipas dan lampu serata sambungan penghawa dingin


ruang tamu juga dilengkapi dengan lampu dan kipas


dapur siap dengan kipas dan mini table top dan sinki serta kepala paip

Nilah antara contoh-contoh yang kami survey sebelum ni.. dan harga unit kecil ni bermula dari RM35,000 ribu ke RM70,000 ribu bergantung jenis besi, design dan size.

Semua rumah jenis mini ni hanya 1 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 bilik air dan satu dapur.

Pada asalnya kami bercadang nak beli 2 unit yang mana setiap satunya berharga dalam RM45,000 tidak termasuk kos pengangkutan.

Tapi selepas kami fikir semula kami tidak jadi ambil konsep rumah jenis 1 bilik ni.. sebab permintaan di kawasan kampung mertua kebanyakkan mahukan rumah 2 atau 3 bilik untuk diduduki 1 family.

Jadi selepas berfikir panjang kami memutuskan untuk membina seunit rumah 3 bilik dan 2 bilik air dengan size 22 x 31 kaki ditapak kosong tanah mertua.


Tapak tanah kosong yang dah lama family mertua tambak dari tahun 2014 lagi


Ceo homestay tengah tengok dari jarak jauh.. hehehe

Insyallah doakan kami sekelurga berjaya membuat 1 binaan ditapak ini nanti... tunggu update selepas ni perkembangan projek homestay Penang











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak