Derita Penyakit Sinus @ Sinusitis

Allah sahaja dan tuan badan yang tahu sakitnya macam mana... Aku sendiri tak tahu sejak bila aku kena sinus ni.. Selama ni aku dok tahu selsema sahaja.. Hidung berair, sumbat kekadang nak sujud masa solat dahi letak dekat sejadah sakit.. Rupanya itulah symptoms sinus yang jika tidak dirawat awal akan menjadi teruk.. Macam yang aku alami 2 minggu yang lalu.. 

Aku jenis kurang suka jumpa Dr. Bila bab sakit. Sebab dari kecik dan sebelum kawin lagi kalau sakit jarang makan ubat dan biasa kalau sakit akan baik sendiri.. Masa arwah ayah ada kalau sakit je biasa arwah ayah doa2  dan tiup2 sikit bahagian sakit insyallah baik... Semuanya kuasa Allah. 

Tapi sejak kawin kalau sakit memang isterilah yg ambik berat dulu dan terlebih risau... So memang akan kena paksa pergi klinik ambik ubat dan makan ubat... So kita ikut je arahan big boss.. Hehehhe.. 

Sepanjang hayat hanya sekali baru warded di Hospital itu pun sebab pembedahan buang batu karang 6 ke 7 tahun lalu. Sebelum tu memang tak pernah pun tidur hospital atau buat apa2 pembedahan.. 

Tapi nampak gayanya kali ni sekali lagi kena checkin di Hospital yang sama untuk buat prosedur pembedahan sinus pulak... Masa aku tulis cerita ni belum lagi prosedur tu di buat so lepas buat nanti aku cerita detail... Sekarang nak cerita 2 minggu yang lepas.. 

2 minggu lepas memang kena serangan sakit kepala yang teruk masa dekat opis.. Dia punya sakit tu atas kening sebelah kiri rasa denyut + Sakit kepala... Kalau sebelum ni sakit hanya bila ditekan atau atas dahi tu tertekan masa sujud.. Tapi kali ni sakit dia berterusan dari pagi sampai teangahari.. Dan mula kurang sehingga petang. 

Jadi 2 minggu lepas tu balik je dari kerja terus singgah klinik area rumah ambik ubat. Alhamdulillah dapat MC sehari.. dan esok2 nya alhamdulillah kurang dan tak sakit lagi.. Cuma masa tu Dr. Bagi ubat spray hidung, ubat tahan sakit n beberapa jenis ubat lagi.. Cuma takda bagi antibiotic macam kebiasaannya. 

Benda ni berlaku seminggu.. Masuk minggu seterusnya isnin pagi aku pergi kerja tu mula rasa lain macam semula sakit kembali datang tempat sama.. Kali ni lepas balik kerja aku return balik ke Klinik asal aku pergi request ubat baru.. N kali ni dia bagi antibiotics sekali.. Macam biasa MC sehari lagi.. N esoknya alhamdulillah kembali baik seperti biasa. 

Bila jentik2 area atas kening tu tak sakit dah.. So confident sakit dah baik. Alasbab dari makan antibiotic.. Nak jadi cerita masuk hari ke 6 pergi kerja aku terlupa pagi tu makan ubat antibiotics dan ubat radang sebelah pagi... Sampai dekat opis je pagi memang dah rasa lain macam dari sebelum2 ni.. 

Dalam jam 9.00 pagi lebih dah start sakit... Aku cuba buat2 kerja lain untuk lupakan sakit tu.. Tapi macam makin sakit je bila aku buat kerja.. Cuba baring tak kena, tidur sekejab tak kena.. Segala benda tak kena... Dari pagi sampailah petang mamang tak boleh buat kerja apa... Handphone nk belek2 pun tak larat.. Sampaikan nak balik naik MRT tak larat terpaksa minta tolong wife datang ambik.. Dalam kesebukkan dia uruskan kerja sendiri dan uruskan anak2 dekat sekolah.. Dia gagah juga datang ambik dekat opis.. Sbb memang nk balik naik grab pun tak larat dah.. 

Lepas wife datang jemput balik terus gi klinik ambik surat refferal letter ke Hospital untuk pemeriksa susulan... So memang tak tangguh lama ke hospital.. Esok paginya terus jumpa dr bahagian ENT untuk pemeriksaan... 

Maka bermulalah di hari pertama buat pemeriksaan dihospital dengan pelbagai ujian saringan dibuat termasuk CT-Scan di bahagian kepala.. Dan keputusan hasil dari CT-Scan Menunjukkan Sah sebelah muka bahagian kiri yang selalu sakit tu dr kata dah penuh dengan nanah dan perlukan prosedur pembedahan untuk buang nanah dibagian2 sinus dimuka.. 

Tanya juga dengan dr. Takda cara lain ke selain pembedahan.. Bagi ubat dia kering sendiri ke nanah tu.. Dr. Kata takda.. Sbb nanah dalam tu takkan keluar dah kecuali kena sedut dan cuci.. Huhu.. Dr. Risau nanah dibahagian atas kening area kepala dah penuh dan hampir ke otak yang boleh sebabkan banyak perkara berisiko boleh berlaku jika lewat dibersihkan dan disedut keluar... Paling bahaya bila dah masuk ke otak boleh menyebabkan kematian... Huhu... So sinus tidak boleh dipandang remeh sebenarnya... Kalau dah ada symptoms awal jumpa je Dr. check tahap keseriusan macam mana.. Macam kes aku dah tahap serius dan tiada option kecuali pembedahan sebab dengan ubat dan antibiotics semua dah tak berkesan.. 

So kita doa2lah hope lepas prosedur sinus nanti semuanya akan kembali seperti biasa semula.... Insyallah kalau aku masih diberi peluang lagi dan panjang umur aku share situasi selepas prosedur sinus nanti.. Insyallah... Aamin.. 

Terima kasih Cik Isteri yang banyak bantu uruskan bab hospital ni.. dan uruskan anak2.... tq2 sentiasa doakan Daddy waktu kurang sihat ni... Love u you. You all.. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak