Catatan

Majlis Perkahwinanku - Penang

Imej
Gambar sekitar majlis perkahwinanku di rumah isteri aku - Penang Ketibaan Pengantin Lelaki Pengantin Kelaparan ni.. Baca doa dulu sebelum makan..awat gelojoh sgt ni..hahaha Tunggu lampu hijau untuk makan.. hai makan pon kena tunggu signal ke... bab ni yang aku segan ni.. time suap menyuap.. ramai pulak tu org tengok.. balun je lah wah posing sorang2 ye.. cik abg mana g ni? Pegantin Perempuan bersama sepupu & saudara mara Pengantin lelaki nak tumpang glamor juga... Ahli keluarga baru Ibu, ayah, nisa, abg cik , aku n my wife ni dekat pantai Pulau Betung... first time datang ni dkt sini.. wah romantik gila ni.. ramai orang tengok dkt pantai ni.. gila kentang ah...

DI HARI PERNIKAHANKU

Imej
Alhamdulillah jam 2.59 ptg Jumaat 18/12/09 aku telah selamat di ijab kabulkan oleh bapa mertua aku sendiri disaksikan oleh jurunikah kawasan Balik Pulau.. walaupun pada awalnya timbul sedikit masalah diatas kelewatan aku sampai ke masjid tempat kami di nikahkan.. Majlis nikah ni kami buat sederhana je sbb yang hadir pon saudara mara terdekat aku je dengan saudara mara isteri aku, majlis kenduri kawin kami wat pada 20/12/09 yang ni kami jemput semua. Apa pon semua berjalan lancar di atas usaha keras bapa mertua aku mententeramkan tok imam. Pada awalnya kami berjanji akan bernikah pada jam 2.30 petang, almaklum jelah ari jumaatkan, so saudara2 aku yg lelaki ada yang g solat jumaat tu yang jadikan kami lewat sikit sampai sbb kena tunggu dia orang.. Tok Imam pulak ada temujanji nak menikahkan pasangan lain dkt kawasan tu..aku sampai je dkt masjid terus dia orang minta aku duduk depan tok imam..tengok muka tok imam senyum je..aku dah lega dah , walaupun dalam diam gemuruh juga.. dalam kead...

Menghitung Hari Pernikahanku

Imej
hai kawan2 semua sejak aku balik cuti dkt kg. jarang betul aku update blog aku ni, asik sebuk memanjang je.. ni pon update dpt guna 2 jari je ..sbb 3 jari aku baru lepas adik aku pakaikan inai. aku pakai sbb lagi sehari majlis pernikahan aku, bestnya tak sabar nak tukar status dari single kepada berkahwin..hahaha..1 muharram yang jatuh ari jumaat tulah tarikh pernikahan aku. ari ni je aku sebuk buat sendiri bekas hantaran, sehari dkt umah je..tak g mana2 pon..barang aku dah beli semua dkt nilai 3 so sampai kg.nilah aku baru hias. ingatkan adalah orang2 leh tlg buatkan..malang nasib aku sbb semua adik2 sebuk.. alhamdullilah aku bersyukur sbb aku berjaya hias sendiri 9 bekas hantaran tu..aku harap bakal isteri aku sukalah dengan tema yg aku guna tu hijau putih hitam.. jab lagi nak tido ah..esok pagi aku nak drive g penang terus..takpenah aku drive sejauh ni lagi..esok baru nak uji mental n fizikal..doakan aku selamat sampai n selamat semuanya.. abg akn datang ambil syg..tunggu abg ye syg...

ASNB Isytihar Agihan Pendapatan 7.30 Sen Seunit Bagi ASB

KUALA LUMPUR, 14 Dis(Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), telah mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2009. Tahun lepas, pengurus dana milik kerajaan itu mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.0 sen seunit dan bonus sebanyak 1.75 sen seunit. Mengumumkan dividen dan bonus tersebut hari ini, pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu akan membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion oleh ASNB, satu peningkatan 19.56 peratus daripada RM4.14 bilion yang dibayar pada 2008. Bahagian bonus pula akan membabitkan pembayaran sebanyak RM537.65 juta oleh PNB. Pembayaran ini akan memberi faedah kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini memegang lebih 70 bilion unit ASB. Walaupun jumlahnya (dividen dan bonus) kelihatan lebih rendah tahun ini pada 8.55 sen seunit berb...

Balik Kg Cuti Lama

ari ni hari pertama aku dekat kg, sampai je pagi tadi kul 5.30 pagi terus punggah barang2 dah tu ingat nak tido ..tunggu subuh dah tu lepas subuh dah tak mengantuk..terus sembang2 dengan adik..sampai pagi..pagi2 je saudara mara lelaki dah dtg nak tolong pasang balai sbb esok adik aku ada majlis nikah sebelah petang.. dari aku sampai pagi tadi bakal pengantin ni sebuk je..samapi sekarang, aku pulak pagi tolong kemas2 umah..dah tu petang g jumpa bos lama tempat keje aku. antar kad jemputan sekali. kalau korang nak tahu ni paling lama aku cuti.. sebulan beb..mula cuti 11/12/09 sampai 11/1/10..hahaha tak penah dibuat staff dekat opis cuti lama mcm ni..aku je yang berani buat apa pon tq kepada bos aku yang luluskan cuti aku.. bukan aku sorang je yang cuti lama tunang aku pon cuti sama pada tarikh yang sama dengan naik keje pon sama juga.. kenapa sama ni cuti..hahaha sbb kami berdua nak kawin 20hb ni..tu yang aku cuti lama..nak rehat dengan bakal isteri aku..hahaha..doakan majlis kami berjal...

Maskahwin Naik 200%

Imej
SHAH ALAM, 10 Dis - Kadar mas kahwin negeri Selangor dipinda kepada minima RM300 bermula Januari 2010 berbanding kadar asal iaitu hanya RM80 setelah diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar tersebut dinaikkan bagi memartabatkan wanita pada hari ini memandangkan kadar mas kahwin terdahulu terlalu rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak dahulu lagi. “Tidak mungkin kita menilai seorang isteri dengan nilai RM80 dan kadar RM300 ini adalah munasabah pada zaman ini bagi semua peringkat golongan masyarakat,” katanya. Menurutnya, kadar ditetapkan ini adalah jumlah minima dan menggalakkan mana-mana pasangan pengantin yang ingin membayar lebih. Khusrin berkata, pindaan ini masih belum menerima sebarang bantahan daripada orang ramai dan menyifatkan tindakan seumpama itu adalah tidak wajar dilakukan kerana niat memperisterikan seorang wanita harus dinilai daripada aspek positif bagi meninggikan martabat kaum itu sebagaimana dit...

Saman Oh Saman

huhu..hampir2 aku punya duit melayang malam tadi sbb nak kena saman emmm... sapa lagi POLIS lah..huhu.. cerita macam ni..time aku ontheway balik umah dari tempat koje aku..aku dah mula mengantuk masa tu aku msglah tunang aku kata abg mengantuk ni..biasanya kalau aku mengantuk tengah drive ni dialah yang jadi peneman aku time drive..sblm ni aku memang guna earphone..kebetulan aku punya tu rosak..so aku guna lah loudspeaker kan..tak lama lepas aku msg tunang aku dia pon call aku kata nak teman sampai aku sampai umah..risau dia aku mengantuk drive..kebetulan masa kita orang tengah sembang aku tengoklah sorang mamat ni kena tahan dgn POLIS peronda ni..aku kata mesti dia kena saman pasal ckp guna telefon ni.. aku abaikan jelah POLIS tepi jalan tu..tak lama lepas tu aku tengok POLIS peronda tadi follow aku ..aku wat saja je lah drive macam biasakan , nak takut apakan bukan aku bawa pistol atau dadahkan..haha..tak lama lepas tu dia hidupkan lampu atas bumbung kelip2 tu..apa nama ntah benda tu...