KAEDAH MAKAN BUAH ZURIAT

Salam,

Sapa yang perasan entri aku sebelum ni "Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat" yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara nak memakan buat zuriat ni.

Pagi ni kalau korang nak tahu aku baru je selesai mengerjakan 2 biji buah zuriat ni.. kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yang sangat keras ni.

Bentuk Buah Zuriat

Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT  (kredit dari blog Serumpun kasih)
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)



Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi

Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon

kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut

Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta

nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.

konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.

korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..

akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama

nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi

hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..

nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.

tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.

Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin

Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..





online counter


Tagged as : Cara penyediaan Buah Zuriat, Panduan memakan Buah Zuriat, Doa untuk mendapat zuriat
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. tak pernah tgk buah ni ....... mana yer leh dapat buah niiii

    BalasPadam
  2. buah aper tue ekk?? nampak pelik jerrr...

    BalasPadam
  3. buah zuriat? tak pernah dengar.. doa untuk dapat zuriat.. bagus untuk kesuburan ke camne? hehe

    BalasPadam
  4. @Jery_Alid Misyahzniirf : buah ni memang takda dekat malaysia.. tapi boleh dibeli dari Mekah atau kirim dengan orang yang pegi haji.. beli dekat sana.. aku dapat pon sebab ada kawan isteri yang balik dari Mekah bagi 2 biji

    @far_east : ni dalam bahasa melayu dipanggil buah zuriat.. aku mula-mula tengok pon pelik.. tapi sekarang dok lagi

    @Izzat Aziz : ya nama buah zuriat orang panggil.. cuba cari dekat google banyak info dalam tu.. first aku dapat tahu dari BEN ASHAARI.. Doa untuk dapat zuriat tu bagus diamalkan untuk dapat cahaya mata.. kita cuma berusaha je.. tuhan yang menentukan semua

    BalasPadam
  5. Semoga cepat dapat zuriat ya ;) Amin~

    BalasPadam
  6. gudluck bro..hehe..cpt2 timang anak. mesti comel anak ko nt..

    BalasPadam
  7. @mrsdjones : tq..doa2lah ye..kita usaha je..

    @Suffer8zine : buah ni dekat mekah je bro.. tu yg jarang nampak dekat malaysia

    @Darkbatman : tq..insyaallah kalau ada rezeki.. kita usaha je.. hang jgn lama2 tunggu.. tak baik membujang lama2.. nanti aku carikan buah untuk orang bujang ye..hahaha

    BalasPadam
  8. sy tgh mncuba buah zuriat ni jg...mmg mencabar nk dptkan biji dlmnya tu..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. br tau n br dpt 2 biji tp rsnya buah yg kt gmbr atas lg besar. Belah buah zuriat ni rs cam belah kayu api pun ada gak.. pape pun tengkiu ats panduan cara mkn buah zuriat.

    BalasPadam
  11. first time tengok buah Zuriat nih uhuhuhu

    BalasPadam
  12. Salam saudara, saya sendiri yang belah buah ni... ternyata Allah Azzawajalla nak uji kesabaran kita dalam mencapai apa yang kita impikan... saper yg bukak dengan penuh kesabaran akan merasa nikmatnya lepas tgk hasil usaha sendiri...

    BalasPadam
  13. mcm mana lepas try buah zuriat ni bro? ada kesan positif ke? saya n wife baru nak try nih...

    BalasPadam
  14. Alhamdulilah bulan ni wife saya disahkan mengandung anak pertama.. sama ada kesan dari pernah memakan buah zuriat ni atau tidak.. saya tak dapat nak pastikan.. sebab yg penting kita usaha...

    Rasanya saya minum air zuriat ni bulan 12.. doktor kata sekarang dah hamil 7 minggu..

    Doakan semoga anak yg dikandung oleh wife saya selamat dan sihat sentiasa termasuk wife saya..

    Jangan putus berusaha.. insyaallah tuhan maha mengetahui apa yg diberikan kepada hambanya

    BalasPadam
  15. Myvitrd, tahniah!!! Teman kene usaha lebih sikit nih!!!

    BalasPadam
  16. thanks tnjuk cara mkn buah zuriat tu walaupun entri tu dh lama..heheh..saya pn bru nk cuba buah tu lpas ayah bli di mekah..
    tp saya nk tnya,isteri awk sblum dpt tau pregnant 7 mnggu tu takde rsa pape ke?cm demam ke tak sihat ke..anyway congrats

    BalasPadam
  17. @wak sate : takpe pelan2 kayuh wak.. yg penting jgn berenti berusaha ya..

    @ tq2.. kita orang memang tak tahu sebelum ni yg dah pregnant 7 minggu.. cuma dapat suspect lepas lewat sangat period tak tak datang.. sebab sebelumni pernah juga lewat tapi keputusan check negetif.. rsanya dia sampai sekarang takda apa2 alahan.. dan sebelum ni pun cuma ada rasa macam penat2 tu je..

    BalasPadam
  18. sy baru stat amal,smlm dh ketok pkai skru..mudah-mudahan la..sy ni dulu dh pregnant tp ade mslh,so sy nk usaha dgn jln ni pulak :)

    BalasPadam
  19. yaallah susah sgt nk dpt kn hasil buah ni...selain dari dpt zuriat ni ape lg ek hasiatnya...

    BalasPadam
  20. salam...
    selain mengamalkan minum air rebusan buah ini, elok jika isteri mengambil suplement evening primrose oil.
    saya telah mencuba kedua duanya dan alhamdulillah setelah 8 tahun kahwin kini saya hamil anak pertama 4 bulan...doa yang paling penting...

    BalasPadam
  21. @myra mustapha : insyaallah semoga berhasil

    @anon : Memang susah nak dapat, hanya ada ditanah suci Mekkah je.. sepanjang pengetahuan saya khasiat buah ni untuk mendapatkan zuriat.. selain dari tu tak surelah.

    @Nor Klang : alhamdulillah sama-sama kita berusaha.. yang penting ada usaha ada jalannya.. amin

    BalasPadam
  22. saya ada jual buah ni..rm5/biji.. jom pakat beli..contact baraka_gel@yahoo.com. LIMITED TIME ONLY. saya bawak dari mesir

    BalasPadam
  23. kuasa Allah.....maybe ada logikanya....seadventure mana kita nak kuarkan isi buah nih...sebesar mana usaha kita....

    BalasPadam
  24. Salam,,
    thanks sbb share cara nak pecahkan buah nie...sbb sya bru je dpt buah nie...thanks ;)

    BalasPadam
  25. as-salam, mohon share di blog saya, ye. nanti saya creditkan ke blog ni :)

    BalasPadam
  26. Salam...

    10 biji buah zuriat = RM 60
    1 kotak serbuk debunga kurma = RM 38

    PAKEJ JIMAT!

    1 kotak serbuk debunga kurma + 6 biji buah zuriat = RM 60 sahaja

    Semua harga SUDAH termasuk pos laju..

    Lawati http://herbazuriat.blogspot.com

    BalasPadam
  27. Mudah-mudahan en myvirtd dan isteri dipermudahkan utk mendapa zuriat2 yg soleh dan solehah....aminnn

    BalasPadam
  28. penantian akhirnya berakhir tak sangka.. syukur ke hadrat Illahi.. ^_^

    BalasPadam
  29. mak mertua saya ada bawa balik buah zuriat yang serbuk punye...agak2 nk guna macamane ye?

    BalasPadam
  30. @ummi : boleh rujuk sini http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/2010/05/produk-nur-ainun.html

    BalasPadam
  31. trima kasih ats perkongsian ilmu yg berguna..baru2 ni dpt buah ni dr abg yg baru pulang dr tanah suci tp x tau nak buat mcmana..nasib x rebus dgn kulit2 sume...smoga lps ni rezeki sy pula..AMIN.

    BalasPadam
  32. Pn CT : salam ukhwah buat semua...
    bru hari ni sy t'baca tentang buah zuriat ni..

    baru nk mencari buah ni..hrp dpt doakan utk sy & suami skali yer ;-)

    t.kasih pd owner page sbb sudi kongsi ilmu

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah..akhirnya jumpa gak cara nk mkn buah zuriat ni. mmg keras kebatun buah ni..hehe

    BalasPadam
  34. salam...mcm mne nk dptkn buah zuriat nie ek?tlg bg thu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni saya dapat dari rakan isteri yang balik dari Mekah.. tapi rasanya ada orang jual kot melalui blog kalau tak silap boleh rujuk di

      http://www.myvitrd.com/2011/07/saya-ada-jual-buah-zuriat-stok-buah.html

      Padam
  35. salam buat semua saya puan fatimah,seiapa yang sedang mencari buah zuriat -debunga kurma dn juga madu asli dan ada juga minyak asli alhabbatusawda... sila emil saya di buahzuriat@yahoo.com segera harga sangat berpatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kak...saya dari s'pore dan nak sgt buah zuriat ni.

      Padam
  36. Alhamdulillah, air rebusan buah zuriat rasanya sedap dan harum juga.

    BalasPadam
  37. salam..maaf ya tumpang promosi...

    sy ada menjual buah zuriat ini..boleh beli sebiji...jika berminat boleh email sy di honeyyus@gmail.com..terima kasih

    BalasPadam
  38. assalamualaikum saya puan fatimah
    stok buah zuriat dah sampai siapa yang berminat sila sms saya segera ye013-2737078
    my emil buahzuriat@yahoo.com

    BalasPadam
  39. Mksud nya klu isi buah dh dpotong kecil2, kena rebus semua skali ke? Sukatan air rebusan utk dmnum satu kali atau bole simpan dan minum berhari2?

    BalasPadam
  40. slm sume...alhamdulillah smlm adik ipar blek dri tanah suci n bli kn sy buah zuriat n serbuk bunga kurma..harap sume dpt doa kn sy berhasil kali ni..amin..

    BalasPadam
  41. Thanks for sharing this gud info..sy pun pnh blah buah ni dgn gergaji..tp tklah smpi nmpk isi mcm dishare ni...br tau rp2 nye kn blh smpi nmpk isi..sbiji mcm isi klp kan..ada jg family n kwn blkan d mkh..insyaALlah nk buat bnda yg sm...tq pd yg shre..doakan sy pun dpt zuriat jg.....amin..

    BalasPadam
  42. thanks.....sy baru dpt buah ni...shabat pergi mekah..dia belikn...

    BalasPadam
  43. saya baru je dapat buah zuriat ni... kirim daripada sepupu isteri yang pergi umrah baru-baru ni...
    insya ALLAH, mudah-mudahan kita dianugerahkan anak-anak yang sholih sholihah yang sempurna sifat dan fizikal.... amin :-)

    BalasPadam
  44. asslmkm wrwb

    bisa bantu bgmn cara mendapatkan buah dzuriat ini ke indonesia ?
    salam, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh rujuk entri ni.. sebab rakan blogger ni ada jual.. dah urusan pos ke indonesia boleh tanya dia..

      http://www.myvitrd.com/2011/07/saya-ada-jual-buah-zuriat-stok-buah.html

      Padam
  45. terima kasih utk entri ni, ada org nk bg buah ni. sy pon x tahu nk buat mcm mana..moga doa kita di makbulkan..insyaAllah

    BalasPadam
  46. terima kasih utk info ni...kami suami isteri br nk cuba..doakan kami smoga berjaya beroleh anak yg soleh&solehah...insyaallah..=)

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum...sbnarnya sy dan suami dh 2 hari dh minum air rebusan zureat ni..um mase nk kupas tu mcm2 cara sy buat..smpi msuk blender..hihi teramat la pyh..alhmdulillah berkat kesabaran dpt jgek membukanya..sekrg ni sy follow je..mudh2 an ada rezeki..doa n tawakal bersama..

    BalasPadam
  48. As Salam, saya pun baru dapat buah zuriat (panggilan buah adam) diberi oleh akak di opis saya. Saya diberitahu cara nak makan buah zuriat ni perlulah dilakukan oleh si isteri. Nak pecahkan dan ambil isinya pun si isteri tu kene wat sendiri dan tak boleh dipecahkan oleh si suami. Dan kemudian baru rebus utk minum airnya oleh si isteri. Betul ken si suami tak leh tolong pecahkan dan minum air buah zuriat ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu macam takyol je... hari tu saya punya saya yg pecahkan sendiri.. sebab memang keras.. rasanya wanita tak l arat nak pecahkan sorang.. kan baik buat sama2.. hehehe

      Padam
  49. Itu la yang tak tahu tu. Kalau si suami leh tlg mmg lagi bagus la. Sbb tgh pk gak tu kalau susah benor cara nak pecahkan caner kan.

    BalasPadam
  50. Lagi satu ni, Buah adam dan hawa tu ada beza ke? Baca blog http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/2010/05/produk-nur-ainun.html tunjuk ada dua. Ada beza ke dua tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya benda yang sama.. cuba ada panggil buah zuriat, ada panggil buah adam & hawa.. tapi kalau serbuk bunga kurma tu lain kot.. sbb dari pokok kurma..

      Padam
  51. saya pun baru dapat....ada yg utk nk dapatkan anak kembar....buahnya mcm 2 biji yg bercantum...subhanallah....kuasa tuhan

    BalasPadam
  52. apa rasa buah zuriat ni yer..kalo mkn ni campur ubt hospital xpe ke? waktu yg sesuai minum bile ek?

    BalasPadam
  53. apa rasa buah zuriat ni yer..kalo mkn ni campur ubt hospital xpe ke? waktu yg sesuai minum bile ek?

    BalasPadam
  54. Air rebusan ni utk diminum oleh suami isteri atau isteri sahaja? Nak minum berapa kali sehari ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suami & isteri boleh minum bersama... berapa x sehari tu tak kisah.. sehari 2 x pun boleh..

      Padam
  55. Memang bagus buah nie, mohon pada Allah.. ana jugak pun dah khwn 3 tahun.. baru semalam minum air rebusan Buah Zuriat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dipermudahkan apa yang dihajatinya.. amin

      Padam
  56. salam..leh tanya x..minum air rebusan ni selama brape jam ye..mnum suam2 ke sejuk pun boleh? saya baru je order online buah ni..waktu period xleh amalkan ke kena teruskan jugak..

    BalasPadam
  57. Nak tanya sape yg pernah rebus buah ni..buah ni boleh rebus banyak kalikan..setiap kali rebus kena keringkan ker pastu sambung esoknye..tolong yerk kwn2 bg info..

    BalasPadam
  58. Salam..nak tanya buah ni boleh sekali rebus atau bnyk kali rebus ye?air rebusan tu banyak mana...kena rebus blk setiap hari ke utk 44 hari tu? Tq...

    BalasPadam
  59. salam...mencari buah zuriat dan serbuk debunga kurma yg murah?boleh tgk kt page kami, Faraway Shoppe di fb.. kami jual buah zuriat 10biji dgn harga rm40 sahaja...pakej jimat kami, 10buah zuriat+1kotak srbuk debunga kurma hanya dgn rm60 sahaja! emel kpd kami di farawayshoppe@gmail.com utk sebarang pertanyaan...insyaAllah kami akan cuba membantu sebaik mungkin.. =) salam...

    BalasPadam
  60. Terima kasih banyak2!!!! Semoga mr myvitrd diberkati.... Info yg sgt brguna utk semua....

    BalasPadam
  61. assalamu alaikum.....saya puan fatemah saya juga ada jual buah zuriat& serbuk debunga kurma harganya sangat berpatutan siapa yang minat sila sms saya 013-2737078 segera ini juga my emil buahzuriat@yahoo.com
    ini juga blog saya...
    http://fatemah-abdullah.blogspot.com
    promosi hebat menungu anda!!

    siapa yang berminat cepat2 ye
    stoknya terhad .tq

    BalasPadam
  62. assalamu alaikum.....
    saya puan fatemah saya juga ada jual buah zuriat& serbuk debunga kurma harganya sangat berpatutan siapa yang minat sila sms saya 013-2737078 segera ini juga my emil buahzuriat@yahoo.com
    ini juga blog saya...
    http://fatemah-abdullah.blogspot.com
    promosi hebat menungu anda!!

    siapa yang berminat cepat2 ye
    stoknya terhad .tq

    BalasPadam

  63. Assalamualaikum...saya menetap di madinah almunawarah saudi arabia..pembekal buah zuriat dan serbuk kurma jantan 100% terus dari madinah...boleh di poskan ke malaysia...siap berminat..boleh inbox saya..email/ FB : sufie_r@yahoo.com

    BalasPadam
  64. Senang je nak belah buah ni. Gunakan pisau daging, tapi jangan tetak, nanti melantun. Acu pisau atas buah, pastu ketuk blkg pisau dgn tukul besi. Senang je terbelah!

    BalasPadam
  65. Salam.... sy minta izin copy cara2 nak masak & minum buah ni yer, saya ada dpt, tapi sebelum ni tak tau cara, men rebus jer. Upanya kene belah lagi sampai nampak isi, terima kasih atas entri ini..

    BalasPadam
  66. assalamualaikum. alhamdullilah. rezeki dapat harraz kan. sheila baru je dapat buah zuriat ni. doakan kami ya :D

    BalasPadam
  67. salam..time period leh minum tak air die?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti pulak.. rasanya takda masalah.. tapi boleh cuba google dulu

      Padam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak