Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Majlis Perkahwinanku - Penang

Imej
Gambar sekitar majlis perkahwinanku di rumah isteri aku - Penang Ketibaan Pengantin Lelaki Pengantin Kelaparan ni.. Baca doa dulu sebelum makan..awat gelojoh sgt ni..hahaha Tunggu lampu hijau untuk makan.. hai makan pon kena tunggu signal ke... bab ni yang aku segan ni.. time suap menyuap.. ramai pulak tu org tengok.. balun je lah wah posing sorang2 ye.. cik abg mana g ni? Pegantin Perempuan bersama sepupu & saudara mara Pengantin lelaki nak tumpang glamor juga... Ahli keluarga baru Ibu, ayah, nisa, abg cik , aku n my wife ni dekat pantai Pulau Betung... first time datang ni dkt sini.. wah romantik gila ni.. ramai orang tengok dkt pantai ni.. gila kentang ah...

DI HARI PERNIKAHANKU

Imej
Alhamdulillah jam 2.59 ptg Jumaat 18/12/09 aku telah selamat di ijab kabulkan oleh bapa mertua aku sendiri disaksikan oleh jurunikah kawasan Balik Pulau.. walaupun pada awalnya timbul sedikit masalah diatas kelewatan aku sampai ke masjid tempat kami di nikahkan.. Majlis nikah ni kami buat sederhana je sbb yang hadir pon saudara mara terdekat aku je dengan saudara mara isteri aku, majlis kenduri kawin kami wat pada 20/12/09 yang ni kami jemput semua. Apa pon semua berjalan lancar di atas usaha keras bapa mertua aku mententeramkan tok imam. Pada awalnya kami berjanji akan bernikah pada jam 2.30 petang, almaklum jelah ari jumaatkan, so saudara2 aku yg lelaki ada yang g solat jumaat tu yang jadikan kami lewat sikit sampai sbb kena tunggu dia orang.. Tok Imam pulak ada temujanji nak menikahkan pasangan lain dkt kawasan tu..aku sampai je dkt masjid terus dia orang minta aku duduk depan tok imam..tengok muka tok imam senyum je..aku dah lega dah , walaupun dalam diam gemuruh juga.. dalam kead...

Menghitung Hari Pernikahanku

Imej
hai kawan2 semua sejak aku balik cuti dkt kg. jarang betul aku update blog aku ni, asik sebuk memanjang je.. ni pon update dpt guna 2 jari je ..sbb 3 jari aku baru lepas adik aku pakaikan inai. aku pakai sbb lagi sehari majlis pernikahan aku, bestnya tak sabar nak tukar status dari single kepada berkahwin..hahaha..1 muharram yang jatuh ari jumaat tulah tarikh pernikahan aku. ari ni je aku sebuk buat sendiri bekas hantaran, sehari dkt umah je..tak g mana2 pon..barang aku dah beli semua dkt nilai 3 so sampai kg.nilah aku baru hias. ingatkan adalah orang2 leh tlg buatkan..malang nasib aku sbb semua adik2 sebuk.. alhamdullilah aku bersyukur sbb aku berjaya hias sendiri 9 bekas hantaran tu..aku harap bakal isteri aku sukalah dengan tema yg aku guna tu hijau putih hitam.. jab lagi nak tido ah..esok pagi aku nak drive g penang terus..takpenah aku drive sejauh ni lagi..esok baru nak uji mental n fizikal..doakan aku selamat sampai n selamat semuanya.. abg akn datang ambil syg..tunggu abg ye syg...

ASNB Isytihar Agihan Pendapatan 7.30 Sen Seunit Bagi ASB

KUALA LUMPUR, 14 Dis(Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), telah mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2009. Tahun lepas, pengurus dana milik kerajaan itu mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.0 sen seunit dan bonus sebanyak 1.75 sen seunit. Mengumumkan dividen dan bonus tersebut hari ini, pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu akan membabitkan pembayaran sebanyak RM4.95 bilion oleh ASNB, satu peningkatan 19.56 peratus daripada RM4.14 bilion yang dibayar pada 2008. Bahagian bonus pula akan membabitkan pembayaran sebanyak RM537.65 juta oleh PNB. Pembayaran ini akan memberi faedah kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini memegang lebih 70 bilion unit ASB. Walaupun jumlahnya (dividen dan bonus) kelihatan lebih rendah tahun ini pada 8.55 sen seunit berb...

Balik Kg Cuti Lama

ari ni hari pertama aku dekat kg, sampai je pagi tadi kul 5.30 pagi terus punggah barang2 dah tu ingat nak tido ..tunggu subuh dah tu lepas subuh dah tak mengantuk..terus sembang2 dengan adik..sampai pagi..pagi2 je saudara mara lelaki dah dtg nak tolong pasang balai sbb esok adik aku ada majlis nikah sebelah petang.. dari aku sampai pagi tadi bakal pengantin ni sebuk je..samapi sekarang, aku pulak pagi tolong kemas2 umah..dah tu petang g jumpa bos lama tempat keje aku. antar kad jemputan sekali. kalau korang nak tahu ni paling lama aku cuti.. sebulan beb..mula cuti 11/12/09 sampai 11/1/10..hahaha tak penah dibuat staff dekat opis cuti lama mcm ni..aku je yang berani buat apa pon tq kepada bos aku yang luluskan cuti aku.. bukan aku sorang je yang cuti lama tunang aku pon cuti sama pada tarikh yang sama dengan naik keje pon sama juga.. kenapa sama ni cuti..hahaha sbb kami berdua nak kawin 20hb ni..tu yang aku cuti lama..nak rehat dengan bakal isteri aku..hahaha..doakan majlis kami berjal...

Maskahwin Naik 200%

Imej
SHAH ALAM, 10 Dis - Kadar mas kahwin negeri Selangor dipinda kepada minima RM300 bermula Januari 2010 berbanding kadar asal iaitu hanya RM80 setelah diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar tersebut dinaikkan bagi memartabatkan wanita pada hari ini memandangkan kadar mas kahwin terdahulu terlalu rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak dahulu lagi. “Tidak mungkin kita menilai seorang isteri dengan nilai RM80 dan kadar RM300 ini adalah munasabah pada zaman ini bagi semua peringkat golongan masyarakat,” katanya. Menurutnya, kadar ditetapkan ini adalah jumlah minima dan menggalakkan mana-mana pasangan pengantin yang ingin membayar lebih. Khusrin berkata, pindaan ini masih belum menerima sebarang bantahan daripada orang ramai dan menyifatkan tindakan seumpama itu adalah tidak wajar dilakukan kerana niat memperisterikan seorang wanita harus dinilai daripada aspek positif bagi meninggikan martabat kaum itu sebagaimana dit...

Saman Oh Saman

huhu..hampir2 aku punya duit melayang malam tadi sbb nak kena saman emmm... sapa lagi POLIS lah..huhu.. cerita macam ni..time aku ontheway balik umah dari tempat koje aku..aku dah mula mengantuk masa tu aku msglah tunang aku kata abg mengantuk ni..biasanya kalau aku mengantuk tengah drive ni dialah yang jadi peneman aku time drive..sblm ni aku memang guna earphone..kebetulan aku punya tu rosak..so aku guna lah loudspeaker kan..tak lama lepas aku msg tunang aku dia pon call aku kata nak teman sampai aku sampai umah..risau dia aku mengantuk drive..kebetulan masa kita orang tengah sembang aku tengoklah sorang mamat ni kena tahan dgn POLIS peronda ni..aku kata mesti dia kena saman pasal ckp guna telefon ni.. aku abaikan jelah POLIS tepi jalan tu..tak lama lepas tu aku tengok POLIS peronda tadi follow aku ..aku wat saja je lah drive macam biasakan , nak takut apakan bukan aku bawa pistol atau dadahkan..haha..tak lama lepas tu dia hidupkan lampu atas bumbung kelip2 tu..apa nama ntah benda tu...

Bercinta Sebelum Kawin @ Selepas Kawin

Imej
hahaha.. tajuk mencabar minda ni, saja aku buat story pasal kawin ni maklum jelah bulan2 orang kawin sekarang nikan..saja nak kongsi pengalaman orang2 lama dkt luar sana. Dari apa yg aku dengar, baca, pengalaman kawan2 semua kata nikmat masa bercinta dengan selepas kawin berbeza. ada yang kata sblm kawin leh pulak pegang2 tangan, sapai tak nak lepas tu masa g jalan2, bila dah sah jadi suami isteri yang halal segan pulak nak pegang tangan..tak begitu kawan2 n otai2 luar sana. sendiri pikirlah kenapa jadi macam ni. rata2 mana yg dah lama bercinta sebelum kawin n lepas tu kawin semua kata pasangan dah tak romantik macam masa mula2 hangat bercinta dulu..kenapa leh jagi macam ni ye? ikut pandangan peribadi aku mungkin sbb dah lama sangat korang berkepit kehulu kehilir lama2 bila dah kawin dah takda apa yang istimewa lepas kawinkan..itu pandangan aku je..yang tak setuju leh komen dkt bawah ye..hahaha bagi diri aku ni memang peluang untuk merasai mcm mana rasa pasangan keluar berdua2an memang...

Yong Tau Foo - Kg. Pandan

Imej
Ari ni aku g makan tengahari dekat kedai " Yong Tau Foo Kg Pandan ". Dah lama aku tak g sini lebih kurang setengah tahun juga baru aku sampai sini. amacam banyak tak aku ambil ikutkan selera memang je aku nak ambil semua makan tu..yong tau foo dkt atas tu berharga RM9.60 ni yang paling aku takut ni air kelapa gergasi harga RM2.50 dia punya besar mcam jak airlah, mula2 sampai aku termenung tengok air ni..boleh ke aku habiskan..sembang punya sembang dgn member opis, tengok2 dah tinggal suku ..hahaha perut dah mcm nak pecah ni..aku nak bangun angkat kaki dkt kedai pon dah tak larat. Apa pon alhamdulillah dgn apa yg aku makan tengari ni..memang best & kenyang terlampau..kalau ada sapa2 nak merasa g lah cari "yong tau foo kg. pandan" ye.. nescaya pegi sekali mesti nak ajak kawan2 g lagi..hahaha..minta belanja dkt kawan2 ye..

KENAPA JALAN TUN RAZAK JAM PAGI NI?

huhu..aku ingatkan aku boleh sampai opis awal..rupanya lewat lagi..dah 2 hari aku lewat, aku rasa aku dah keluarumah dah tapi tup2 je sampai Jalan tun razak menghala ke arah Sg. Besi jam se jamnya.. aku masih tertanya2 apa punyanya..mau kebas kaki aku tekan kelas brek dgn kelas..huhu..sabor je aku pagi ni.. kawan n member2 kasi info sikit apa pasal ah jam teruk pagi ni....   

HARI YG LEWAT

Ari ni je aku lewat bangun, lewat solat, lewat sampai opis, lewat sarapan, jalan jam macam2 lagi ari ni..huhu..mungkin penat sangat kot smlm aku g nilai 3 cari barang sorang2 bertemankan tunang aku secara online je. Semua gara2 bangun lewat semua benda aku buat ari ni jadi lewat. dah lah malam tadi aku tertido sampai pagi baru sedar. memang tido mati kata orang ni..kalau ada ular masuk dalam umah pon tak sedar..tau2 bangun dah dalam perut ular..huhuh..moga dijauhkan.. sblm aku tertido tu ada juga aku call tunang aku , tengah2 sembang kawan dia datang kata ada perbincangan unutk exam besok pagi, so aku kata takpelah cyg, cyg siap2 dululah..n dia pesan nanti kalau abg tak tido abg call ye dalam 11.45.. sedar2 je pukul 7.15 pg baru aku call..huhuhu..dgr dari suara dia mcm dia merajuk2 dkt aku..tapi takpe aku dah faham dia sekejab je tu..akulah yg kena main peranan pujukkan .. nak gerak g keje je aku dah call dia rupanya dia sambung tido..oklah aku kasi dia tido lagi..sampai opis je aku ca...

Friendster berwajah baru..ye ke?

Imej
Punya lama aku tak masuk dalam friendster aku ni..sampaikan dah berubah wajah baru aku tak tahu..maklum je lah masing2 sebuk asik leka update blog je..sampaikan rakan di friendster di lupakan..opsss..bukan lupa ye..ingat ...sbb dlm friendster nilah aku banyak sejarah hidup aku dgn tunang aku.. korang ni suka sgt tanya bila aku kata ada rahsialah, sejarahlah boleh tak kasi aku releks2 tanpa di bagi soalan..hahaha..biar aku dgn tunang aku je yg tahu apa sejarah kami dalam ni.. lepas tunang aku kata friendster dah berubah wajah, aku terus je buka, mula2 aku termangu2 memang lain dari yang lain kata orang tu menariklah sikit seingat aku dah kali ke3 dia berubah wajah sejak aku joint tahun berapa entah..tapi bukan tahun gajah ye..hahaha.. Best gak tengok friendster ni, perkara pertama aku buat aku tengok orang umah akulah..itu yang first sbb dalam hidup aku dia yang first dalam segalanya..dulu dia rajin upload gambar2 dalam tu.. sekarang ni dah jarang2 mungkin dia sebuk kot..sebuk ye cyg..m...

G Beli Barang...

huhu.. mengecewakan sbb ari ni dgn harapan aku keluar rumah nak g beli barang2 aku untuk barang hantran aku, tak jumpa.. dah lah aku kena g cari sorang2..takda sapa nak temankan..takpelah badan sabar ye esok kita g cari lagi ye..nak tulis pon takda moodd..huhuhu

SEJARAH MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Imej
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996. Perbandingan dengan bangunan tinggi lain Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil ...

Tidor je.....

Imej
Tajuk dkt atas je semua org minat n kalau ada yg tak buat benda tu memang x normal hidup ni. Tapi aku ari ni memang over tidor..."tido mati kata org".. minggu memang aku letih sikit sbb minggu ni aku ke shif malam balik pagi..orang semua sedap tidor peluk bantal dkt umah dgn peluk bini..aku pulak tidor peluk monitor dgn keybord..huhuhu..takpa sabar tunpunya badan ye..tahun depan ada orang leh tolong urut-urutkn kalau penat ..heheh sapa ye orgnya..emm biarlah rahsia.. Balik topik aku tidor mati tu..balik je aku dari opis aku singgah beli nasi lemak dkt Kg. baru dkt sebelah HKL, nasi lemak kukus + telur goreng + daging * 2...hahaha ni orang ke makan @ hantu makan ni..hahaha..ala perut aku, aku punya pasallah kan.. aku selalu beli makan 2 tapi yang makan dua2 aku lah sbb aku selalu teringat orang yang aku syg tu yang beli 2 tu..ok habis je aku beli sarapan aku terus balik umah. Smpai dkt umah aku tak naik umah lagi aku g bank dulu sbb ada urusan dgn bank maklumlah ada urusan j...

Bila nak membesar daaaa....

Imej
Sekarang giliran aku pulak bekebun ni...kalau korang nak tahu aku baru je sebulan belajar2 menam pokok dalam umah aku..dah nak d katakan mcam zoo dah. Harimau ngan gajah je takda lagi.hahaha.. yg dkt gambar ni anak benih cili padi. aku cuba semai dalam pasu dulu bila dah besar sikit baru rancang beli pasu besar sikit sbb kalau x pindahkan mau bantut cili aku ni.. Tujuan utama aku tanam ni lain tak bukan nak cili mulut korang yang jahat ni.. takdalah saja je..nak buat apa lagi nak makan lah cili ni..aku tanam khusus untuk bakal isteri aku nanti sbb dia kuat makan cili..tapi aku memang x boleh makan cili @ benda2 yang pedas. cuma hobi aku je yang memang suka menanam dari kecik lagi, insyallah apa je yg aku tanam biasanya tak mengecewakan, biasanya hiduplah. Tapi untuk kali ni aku pelik sikit benih cili aku ni dah dekat sebulan tapi daun masih 2 helai je, aku rasa macam lama sgt nak membesar ni, setiap pagi aku dah siram kecuali time2 aku balik kampung je. Takpe aku sabar je dulu menunggu...

Kejadian Senapang Patah Ter.......?????

TNB minta penjelasan isu senapang meletup Dec 2, 09 11:25am Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meminta syarikat kawalan keselamatan terbabit memberi keterangan susulan kejadian senjata api pengawal meletup mengakibatkan dua kanak-kanak cedera di sebuah Kedai Tenaga Bedford milik agensi itu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini. Menurut kenyataan TNB malam ini, tindakan sewajarnya juga akan diambil ke atas syarikat tersebut." Kami telah mengarahkan kakitangan kami untuk berada di hospital bagi memberikan apa jua kemudahan yang diperlukan mangsa," kata kenyataan itu. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang, dua kanak-kanak berusia 12 tahun cedera parah di kaki kanan akibat terkena serpihan peluru daripada selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan yang terjatuh dan meletup. Ahmad Faiz Roslan, 12, dilaporkan cedera teruk di ibu jari kanan manakala sepupunya Muhamad Faris Abdullah, 12, cedera di tapak kaki kanan. Ketika kejadian, dua kanak-kanak itu sedang d...