Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Earning Nuffnang Jadi Kosong Tiba-tiba

Imej
"Earning jadi RM 0.00" Salam semua, ohhhhhh tidak... itu yang boleh aku katakan bila aku tengok semalam adalah beberapa ringgit earning dalam akaun nuffnang aku tapi tiba-tiba hari ini semua dah jadi RM 0.00 .. kenapaaaaaaaaaaa jadi macam ni... Mesti semua tertanya-tanya adalah aku salah seorang yang ditarik balik earning selama ini kerana melakukan Clik Fraud pada iklan-iklan nuffnang.. jawabnya TIDAK .... tapi kenapa semua earning aku hilang dalam sekelip mata. jawapannya dekat bawah ni.... Memandangkan hari ini adalah hari last untuk bulan september 2010, so aku membuat keputusan untuk membuat cash-out pendapatan yang ada walaupun tak banyak macam korang punya. setakat nak bayar bulanan langganan iDigi 88 tu lepaslah.. hehehe Bulan lepas aku dah claim sekali dan cek tak sampai lagi, dan ni masuk kali ke 3 aku claim cek nuffnang sepanjang aku berblog dan join nuffnang. cek pertama aku dah rasa.. sekarang harap-harap semua cek yang aku claim ni tidak ada apa-apa masalah ...

Alliance Debit Card Contest

Imej
Salam semua, selalunya setiap pagi bila aku buka blog jarang aku jumpa iklan keluar dari widget nuffnang mungkin sebab semua dah keluar subuh-subuh atau tengah malam so bila pagi semua dah tido. itu aku tak kisah pon kalau ada iklan baru mesti aku klik nak tahu apa yang menarik.. tapi bukan buat penipuan klik tau.. hehehe. Tapi pagi ni tengah aku buka blog tengok komen-komen dan chat box tu tiba-tiba terpandang satu iklan macam dekat atas tu dari Alliance Bank so aku kliklah sebab sebelum ni iklan ni tak pernah keluar dalam blog aku. Bila aku buka je rupanya-rupanya Alliance bank tengah buat contest untuk semua pengguna debit kad yang ada akaun Alliance bank. dekat bawah ni ada sedikit print skrin yang aku ambil dari website utama Allience bank . So kalau korang adalah pengguna kad debit Alliance bank apa lagi ni lah peluang korang nak dapat hadiah sambil swipe. sapa tahu untung nasib badan boleh menang hadiah RM13,000 . Contest ni berakhir pada 30 November 2010 .. cepat g swipe sekur...

Duit Kutu Haram Ke

Imej
Salam pagi semua, pagi ni kecoh semua satu malaysia bila ramai yang tak sedar rupa-rupanya ada akta dibawah Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971. Selama ni aku pon main juga dengan rakan2 opis dengan tujuan untuk bayar duit road tax kereta aku setiap tahun. Radio Hot.Fm pon hari ni bincang isu yang sama dan rata-rata hampir 100% pemanggil dan penghantar sms tidak setuju duit kutu diharamkan. Aku sendiri pon berpandangan peribadi juga tidak setuju diharamkan sebab duit kutu yang aku mainkan selama ini tidak mendapat apa2 keuntungan dari duit yang kita kumpul tu. Sebagai contoh aku main 12 orang dan setiap bulan setiap seorang membayar RM100 kepada ketua kutu dan jumlah RM1200 yang dikumpul akan diberikan kepada nama yang telah diundi sebelum ini mengikut bulan. Permainan kutu aku ni dalam setahun tu list nama setiap bulan yang dapat dah disenaraikan dan tak perlu nak undi sapa dapat setiap kali duit dikumpulkan. Biasanya setiap hujung tahun pada bulan 11 @ 12 kita orang dah bincang sapa nak...

Nuffnang Bagi Amaran Keras Pada Blogger

Imej
Salam malam semua, malam ni aku tak nak cerita panjang pasal benda ni sebab dah berulang-ulang kali blogger tulis. Apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah nota pesana dari pihak nuffnang untuk semua blogger yang berdaftar dibawah nuffnang. "Nota pesanan untuk semua blogger .. maklumat lanjut KLIK SINI " Amaran keras telah dikeluarkan hari ini oleh pihak majikan kita nuffnang kepada semua tentang wujudnya sebilangan blogger dikalangan kita yang membuat penipuan klik dari iklan-iklan nuffnang yang dipaparkan diblog. Tindakan keras menanti anda semua .... Baca memo amaran penuh di website nuffnang sekarang!! kepada yang terlibat ubah kelakuan anda sekarang. Tagged as : Amaran dari nuffnang tentang penipuan klik

Salah Pilih Cinta

Imej
Salam pagi semua, pagi ni aku tersentuh hati sikit bila aku dengar kisah seorang pemanggil dalam radio Hot.Fm yang menceritakan kisah cinta beliau. Pagi ni isu dekat Hot adalah pasal hubungan cinta dengan orang yang tak sepatutnya. Maksudnya bercinta dengan pakcik ke @ saudara mara terdekat yang kalau dikirakan boleh berkahwin tapi seelok2 dijauhkanlah perkahwinan tu berlaku... so itu isu panas pagi tadi. Macam-macam pemanggil yang aku dengar.. ada yang bercinta dengan bapa saudara dan berkahwin, ada yang bercinta dengan mak kawan sendiri, ada yang bercinta dengan guru disiplin dan ada pulak yang bercinta dengan laki orang dan bini orang tu bercinta pulak dengan laki dia.. so kira macam tukar binilah.. opssss aku tak boleh terima betul perangai pelik manusia ni. Tapi sorang pemanggil ni yang membuat aku tersentuh hati sikitlah, apa yang berlaku pemanggil tersebut memaklumkan bahawa dia telah bertunang selama setahun dan baru-baru ini baru dia mengetahui yang tunangnya itu seorang penag...

Yang Mana Idaman Kalbu 2011

Imej
Salam semua, setiap insan yang hidup dimuka bumi ni semua ada keinginan dan kehendak masing-masing. sama seperti aku juga ada keingin nak berkeluarga, berkereta dan memiliki sebuah rumah sendiri dan tinggal bersama dengan orang tersayang. Adakah impian aku itu telah tercapai? Impian aku untuk berkeluarga telah aku capai pada hujung tahun lepas 2009 dengan memperisterikan blogger malarang-kak.blogspot.com .. hehehe syg sangat dekat wife aku ni.. so bila impian pertama dah tercapai tentunya aku nak merialisasikan impian kedua dan ketiga aku ni.. so aku kenalah buat pilihan yang mana aku nak pilih dan dahulukan dulu. 2 impian aku yang berjalan serentak adalah ingin memiliki rumah sendiri dan memiliki sebuah kereta impian. korang tengok dekat bawah ni impian yang aku akan pilih tahun 2011 ni.. bagi pandangan korang yang telah lama atau baru hidup dimuka bumi ni .. pilihan mana yang korang akan pilih jika diminta membuat salah satu di bawah ni.. SD Apartment II berharga RM121,000 Seunit Mit...

DiGi iPhone 4 Life

Imej
Salam semua rakan-rakan blogger. Hari ini merupakan hari ke-4 untuk cabaran merebut sebuah iPhone 4 dari Digi. Mana tidaknya pemenang hanya seorang dan penyertaan beribu-ribu, so persaingan semakin hebat dan kali ini tugasan terakhir yang hendak dibuat adalah memasukkan gambar diri kita sendiri kedalam iPhone frames yang telah disediakan oleh pihak nuffnang. Cabaran kali ini adalah menguji sebijak mana anda memasukkan gambar yang menggambar anda benar-benar nak kan iPhone dari Digi tu. oklah kali ni aku mempertaruhkan gambar aku dibawah ni sebagai penyertaan untuk entri hari ke-4 bagi merebut iPhone 4 dari digi. " Habis idea dah ni aku belasah je " Harapan memang setinggi gunung untuk mendapatkan iPhone 4 ni.. tapi kalau bukan rezeki aku, aku masih tetap bersama nuffnang dan komuniti Digi dari masa ke semasa.. kepada semua peserta cabaran merebut iPhone ni good luck untuk korang semua.. Tak lupa aku uncapkan terima kasih kepada jurugambar aku.. En. Khafiz .. member satu opis ...

Rumah Terbuka lagi

Imej
Salam malam semua rakan-rakan ku. Entri aku malam ni nak cerita pasal pengalaman aku gi majlis rumah terbuka kawan kepada sayang aku. Raya tahun ni memang seronok sangat aku rasa sebab tahun-tahun sebelum ni jarang aku gi umah terbuka sebab aku kalau nak gi sorang-sorang ni malas sikit, tapi tahun ni dah berdua mana-mana pegi mesti berteman je.. best wooo.. hehehehe.. Semalam syg aku dapat jemputan masjlis rumah terbuka kawan kolej masa dia belajar dulu yang mana kebetulan orang tu pon sekampung dengan syg aku ni. Macam biasa aku kalau nak gi mana-mana tempat yang aku tak pernah sampai aku akan gunakan pakcik google untuk mencari maklumat lokasi. Cari punya cari aku jumpalah tempat tu dekat area Bangi. So aku tulislah semua info yang ada dalam pakcik google dalam nota aku.. aku pon pergilah ke majlis rumah terbuka tu dengan adik ipar aku sekali, nak jadikan cerita sampai je dekat lokasi yang pakcik google tunjuk tu.. no. jalan yang aku tulis dalam nota tadi tak sama dengan no. jalan y...

DiGi iPhone 4 Real

Imej
Salam hujung minggu semua, memasuki fasa ke-3 atau hari ke-3 contest Digi iPhone 4 berjalan dan kini tiba tugasan untuk hari ke-3 yang meminta blogger menceritakan pilihan pakej pelan mana yang paling digemari pada Digi iPhone 4 ni . " Pelan bagi iDigi Postpaid " Dengan iPhone 4 keluaran Digi kita boleh memilih 3 pakej yang aku kira berbaloi sehingga serendah bayaran RM58 sebulan. Jom ikuti sedikit keterangan pakej pelan iDigi Postpaid untuk iPhone 4 ------------------------ "Pelan iDiGi 88" ------------------------ Bayaran bulanan - RM58 (setelah melanggan Auto Billing) - RM 63 (sebelum melanggan Auto Billing) - RM 88 Kadar Caj Normal Percuma - Panggilan suara ( 200 minit ) - SMS ( 200 ) - MMS ( 20 ) - Internet ( 1GB ) Kadar setelah tamat penggunaan percuma - Panggilan suara ( 15 sen /minit ) - SMS...

Mesej Buat Mertua : Kemaafan Yang Tertangguh

Imej
Salam pagi semua, aku dengan tersyg aku baru je lepas habis tengok drama yang penuh menyentuh perasaan buat sesiapa sahaja yang menonton tadi. Percaya tidak tentu ramai yang mengalirkan air matakan.. huhu .. Mana tidaknya jalan cerita tersebut menceritakan kisah seorang ibu mertua yang aku kira tegas tak bertempat dengan memaksa semua menantu lelaki & perempuan untuk beraya setiap tahun bersamanya tanpa membenarkan menantunya beraya bersama ibubapa sendiri. Sampaikan punya kejam aku kira seorang menantu perempuannya telah beraya bersamanya selama 10 tahun dan tidak membenarkan menantunya beraya bersama ibunya yang tinggal seorang dikampung. Ibu mertua tu sanggup berbohong kepada anak dan menantu perempuannya dengan merahsiakan ibu kepada menantu perempuannya yang ibunya telah meninggal dunia. Apabila anak perempuannya sampai ke kampung didapati ibunya telah meninggal dunia akibat jatuh ketika menunggunya pulang berhari raya pada hari raya pertama. Mertua yang jahat itu telah datang...

Apa itu iTunes Store pada iPhone 4

Imej
Heboh diperkatakan disana sini berkenaan gadget terbaru iPhone 4 yang baru beberapa hari dilancarkan, dan tahukah anda salah satu program yang terdapat dalam iPhone 4 yang menarik iaitu " Aplikasi iTunes Store ". Semua sedia maklum aplikasi iTunes adalah aplikasi digital palayer yang dibina oleh Apple untuk pengguna MAC dan Pc. Aplikasi iTunes membolehkan anda memainkan muzik dan video digital pada komputer dan kini semua aplikasi yang dibina didalam iTunes bukan sahaja boleh disimpan didalam komputer tetapi ianya juga boleh disimpan didalam iPod touch, iPhone, iPad, dan Apple TV. "wajah Aplikasi iTunes di iPhones 4" Untuk itu jika anda memiliki iPhone 4 ditangan anda boleh mendownload semua muzik dan video yang disambungkan ke internet melalui aplikasi iTunes Store di dalam iPhone 4 anda bila-bila masa sahaja. Kalau anda tanya saya apakah aplikasi yang paling saya gemari didalam iTunes Store?. jawabnya adalah saya akan memilih aplikasi movie di iTunes Store. Walau...

DiGi iPhone 4 Play

Imej
Salam semua, bertemu lagi kita semua di entri hari kedua contest dari digi iPhone 4 . Kali ini apa yang hendak didedahkan adalah aplikasi menarik yang terdapat didalam iPhone 4. Walaupun anda semua sedia maklum iPhone ni memang mempunyai aplikasi yang banyak sekali sehingga tidak tertanggung jari jemari nak memilih aplikasi mana yang nak digunakan dulu. Kalau diikutkan memang tak terlarat kita nak guna semua aplikasi yang ada dalam iPhone 4 ni. Bayangkan jelah dalam satu gadget yang kecil dan nipis dipenuhi dengan aplikasi yang sangat berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Dalam banyak-banyak aplikasi didalam iPhone 4 ni satu aplikasi yang berjaya menarik perhatian aku adalah " Aplikasi untuk mengira masa berjoging dan berlari " @ dikenali sebagai Couch to 5K pada bahagian "Apps for Working Out" . Apa dia aplikasi Couch to 5k ni? Aplikasi ni secara ringkasnya membolehkan kita membuat latihan larian dan joging secara berdisplin seolah-olah kita berlatih dengan ju...