Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Pemeriksaan Kereta Percuma dari Perodua Tweckbot

Imej
  Salam semua, Penjagaan dan pemeriksaan kenderaan berkala adalah satu kemestian bagi setiap pemilik kenderaan, ini bagi menjamin keselamat anda semasa anda berada diperjalanan menuju kedestinasi pilihan sentiasa terjamin. Kini dengan Perodua Tweckbot semua pemilik kenderaan perodua boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada 15 poin utama pada kenderaan anda. Bagaimana untuk mendapat pemeriksaan percuma ini? 1) Ikut di Twitter @MYPerodua untuk mengetahui dimanakah lokasi Tweckbot 2) Apabila Tweckbot berapa berdekatan anda, Tweet alamat dan nombor telefon anda 3) Pasukan Tweckbot akan membalas dan sahkan waktu ketibaan 4) Tunggu di alamat yang anda Tweet dan dapatkan pemeriksaan 15 poin dengan percuma 5) Servis ini terbuka hanya kepada pemilik kenderaan Perodua sahaja. Dimana Lokasi Tweckbot akan berada?   Jadi kalau anda berada dilokasi dimana Tweckbot berada.. tweet sekarang untuk mendapatkan perkhidmatan servis percuma. Rujuk

Durian D24 vs Durian Big Apple

Imej
  Salam semua, Mengidam durian punya pasal RM10 sekilo pon sanggup beli… betul tak? entah kenapa 2 tiga hari ni tekak asik nak makan durian je.. kebetulan balik dari Mid Valley tadi lalu tepi jalan dekat area umah aku ada mamat jual durian terus singgah beli sebiji. Mula-mula tanya berapa harga sekila? mamat tu kata harga durian ni ikut hari.. aku kata pulak macam tu.. mamat tu kata kalau hari biasa murah sikit.. kalau sabtu dgn ahad mahal.. so aku tanyalah kalau hari ni sekilo berapa.. dia kata kalau dengan abg saya bagilah RM10 sekilo.. dengar dia cakap macam tu aku kata oklah nak makan  punya pasal kasi sebijilah yang elok. Pilih punya pilih mamat ni bagi aku durian dekat atas tu.. terus timbang.. tengok lebih sekilo.. mamat tu kata RM16.. aku bagilah RM50.. rupanya mamat ni takda pulak duit kecik.. dia terus cakap takpelah abg RM15 jelah.. aku tanya cik pn dia pon takda duit kecik.. dah teringin punya pasal g tukar duit pulak dekat petrol pump.. macam-macam betul halangan

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

Imej
Salam semua, Semua umat islam sedia maklum yang kita tidak lama lagi akan menjalani ibadah puasa, jadi disini saya ingin kongsikan waktu Imsak dan berbuka puasa untuk seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 1432H / 2011M. Panduan ini boleh didownload terus dari link dibawah BIL NEGERI  ZON 1    MELAKA MELAKA 2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR 3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR  ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM  ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR  ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR ZON 7- BUKIT LARUT  4   SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS  ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI  ZO

Pesta Makan Durian di Opisku

Imej
  Salam semua, Pagi tadi kita orang semua satu opis berpesta makan buah durian yang banyaknya hampir selori.. makan memang tak ingat dunia semua.. Sebelum bermula acara makan durian acara dimulakan dengan pertandingan makan durian terbanyak.. aku tak joinlah.. cuma tumpang makan je.. hehehe     Acara utama adalah Jumble sale yang dibuat oleh ahli-ahli Benita.. so bila dah sebut Jumble sale tu mesti macam-macam ada dijual.. korang tengok je gambar dekat bawah ni.          Ni pulak adalah proses pendaftaran untuk pertandingan makan durian.. gambar sebelah tu.. konon-konon pihak juri tengah test makan buah durian.. samada ok atau tidak.. tapi dari aku tengok bukan test ni.. tapi dah melantak dah.. hehehe Siap tulis perhatian lagi : sapa-sapa nak makan buah hanya boleh makan kawasan kannopi je.. bagus juga macam ni.. kalau tak nanti ada yang sumbat dalam bonet kereta bawa balik pulak.. hehehe. Selain dari durian.. buah rambutan dan langsat pon ada juga.. so kora

Benarkah Ibu Hamil Sukar Untuk Tidur Malam

Imej
  Salam semua, Kali ni aku nak tanya korang yang ada pengalaman masalah sukar untuk  tidur malam semasa korang tengah pregnant (soalan ni hanya untuk orang pompuan je ye.. yang lelaki nak tolong jawab bagi wakil bini pon boleh juga.. hehehe).. masalah ni berlaku pada cik malarang-kak yang mana dah hampir 2 minggu susah sangat nak tidur malam. Kekadang dia mengadu sakit belakang.. nak baring semua serba tak kena.. yang terbaru ni pulak asik batuk tak berhenti-henti.. ubat batuk aku dah bagi yang doktor suruh minum tu .. pon masih tak kurang juga batuknya. Adakah semua ibu-ibu yang hamil ni mengalami masalah yang sama? almaklum jelahkan kami ni takda lagi pengalaman macam ni. Nak bagi makan ubat bukan boleh bagi sebarangan ibu yang tengah hamil ni.. Jadi kalau korang ada pengalaman apa kata kongsi dengan aku supaya dapat mengatasi sedikit masalah kesukaran untuk tidur wife aku setiap malam ni. Bila yang tersayang tak boleh nak tidur aku pon terjebak samalah tak boleh na

Wordless Wednesday #8 | Bertambah Lagi Ahli Keluargaku

Imej
Salam semua, Majlis Apa ni? ceteka..ceteka… P/S : Sesiapa yang suka buat entri Wordless Wednesday ni.. apa kata korang join sekali Wordless Wednesday Contest 3 dari Eyriqazz .. mana tahu ada rezeki korang boleh dapat hadiah Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Musim kekeringan Idea

Imej
  Salam semua, Entahlah penyakit apa yang melanda aku sekarang ni.. dua tiga menjak ni rasa malas je nak menulis.. tengok macam hari ini.. dari siang langsung aku tak update apa-apa? Korang pernah mengalami situasi macam ni juga ke? Ke disebabkan mood kurang sebab buffered earning dah lama tidor… hehehe.. mungkin juga tu salah satu sebabnya kot.. kata orang tu kalau ada buffered earning dari nuffnang tu mungkin juga dapat kembalikan semangat ni. Apa kata korang bagi aku idea untuk esok entri apa yang aku nak buat? **Sapa nak hadiah merdekaraya   ?

Ko Yang Sedap Hisap Orang Lain Pulak Jadi Mangsa

Imej
  Salam semua, Bila dah jadi tabiat memang susah nak ubah.. senang cerita kalau dah terbiasa dengan tabiat buruk suka membuang puntung rokok dekat mana-mana sahaja.. tak kiralah dekat kaki lima ke atau dekat tangga… memang susahlah nak ubah tabiat tu. Bukan nak merungut atau marah.. tapi kenyataannya memang boleh buat orang marah.. apa yang aku nak cakap ni adalah yang berlaku dekat opis aku sendiri.. ada satu floor tu yang mana selalu dijadikan tempat budak-budak selalu lepak untuk mengisap rokok ni memang kotor gila kalau pagi.. dengan habuk rokok yang bertabur.. dah tu semua puntung-puntung rokok berterabur atas tangga. Memanglah setiap pagi ada makcik cleaner yang bersihkan.. tapi beradaplah sikitkan. Nak di tegur semua dah tua, semua dah dewasa, semua dah jadi bapak-bapak orang tapi dalam kepala semua tak boleh nak fikir.. apa salahnya lepas korang hisap rokok tu ringan-ringankan tangan buang puntung dekat bekas yang disediakan, ini tidak terus je campak dekat mana-ma

Selamat Bertunang Adik Iparku

Imej
  Salam petang semua, Alhamdulillah syukur semua majlis dah selesai.. bermula dari jam 1.00 tengahari tadi tetamu yang hadir tidak henti-henti sampai jam 4.00 petang… semuanya berjalan dengan sempurna. Sebenarnya banyak nak cerita… tapi badan masih penat so aku letak sekeping dua gambar dulu.. nanti badan dah ok baru aku upload lain-lain foto ye. Bakal ibu mertua menyarungkan cincin sebagai tanda pertunangan Mana satu bakal pengantin ni.. semua dok khuyuk je.. Selamat Bertunang kepada adik ipar aku.. semoga ikatan yang dibina mendapat keredaan Allah S.W.T.. Semoga segala impian yang dicita-citakan akan dimakbulkan olehnya. P/S: Bertunang bukannya lesen untuk menghalalkan segala perkara yang dilarang..  bertunang adalah masa untuk mengenali hati budi masing-masing sepanjang tempoh yang ditetapkan sebelum lafaz ijab & kabul.

Jom Sertai Peraduan Ride, Touch ‘n Win | Hadiah Utama iPad 2

Imej
Salam semua, Apa kata korang yang menggunakan perhidmatan bus RapidKL di sekitar Lembah Klang mengambil peluang ini untuk memenangi sebuah iPad 2. Semakin banyak anda gunakan kad Touch ‘n’ Go anda semakin cerah peluang untuk menang..   Cara penyertaan? Mesti mempunyai kad Touch ‘n Go. Daftar kad melalui SMS atau laman web. Gunakan kad Touch ‘n Go semasa perjalanan di dalam bas RapidKL. Bagaimana Cara Mendaftar? - Terdapat 2 cara untuk mendaftar kad Touch ‘n Go anda : Melalui SMS – taip RTW <space> No Siri Kad TNG <space> No KP/Passport <space> Nama dan hantar ke 33080 Melalui laman web – layari laman web www.touchngo.com.my/rtw , Isi butiran-butiran tersebut dan klik ‘Daftar” Bilakah berlangsungnya peraduan ini? Tarikh peraduan adalaha dari 20 Jun sehingga 20 September 2011 Jika saya menggunakan kad Touch ‘n Go di lain-lain tempat (tol, tempat letak kereta), adakah ianya dikira? Penggunaan tersebut tidak akan dikira kerana peraduan i

Hari-hari laju macam nikan seronok

Imej
  Salam semua, Sepanjang aku guna internet rasanya hari inilah aku guna internet paling laju dekat opis.. mana tidaknya untuk proses download data je mencecah 500 KB/sec dan upload lebih dari 200 KB/sec. Kalau sebelum ni dalam 50 KB/sec je untuk download/upload.. jelous ye.. janganlah jelous ye.. sebenarnya kita orang ni tengah buat testing line baru untuk upgrade semua line-line streamyx yang lembab dekat opis ni.. jadi sementara tengah testing sehari ni.. mana yang boleh kita download.. kita download jelahkan… kan untuk test.. hehehe Kalaulah hari-hari macam ni kan bagus.. ini tidak kekadang slow sampai tak boleh nak loading page pon ada. Sekarang dah ramai yang beralih pada Unifi.. tapi aku masih pakai broadband lagi.. sebab tak mampu nak pakai streamyx @ Unifi ni.. Macam mana dengan kelajuan internet korang dekat umah atau opis sekarang .. berpuashati tak?

Angkara Siapakah Ini, Sungguh Kejam!

Imej
  Salam semua, Cuba korang bayangkan, bangun je pagi-pagi nak pegi koje tengok-tengok kereta tercinta korang dah senget sebelah.. pasal apa senget.. tengok-tengok rupanya tayar dah takda.. bukan hilang satu atau dua tapi keempat-empat tayar dah takda.. huhu tentunya sangat menyakitkan hati. Cerita ni dah seminggu berlaku dekat depan apartment aku, tapi sampai semalam aku balik keadaan dan kedudukan kereta yang tayar empat-empat kena curi tu masih ditempat yang sama.. pelik juga adakah pemilik dia takda dekat situ.. atau kereta ni kereta curi..emm penuh persoalan sebenarnya. Ada sapa-sapa yang bermurah hati nak sedekahkan tayar dekat brother ni? Kes kecurian tayar ni berlaku di luar pagar kawasan parking rumah aku.. kalau dalam pagar memang salah pak guardlahkan.. sebab tempat aku ni ada 24 jam security.. tapi kalau parking dekat luar pagar tu dah bukan tanggung jawab security lagi. Apa pon pesanan aku kepada pemilik kereta yang pakai rim sukan cantik-cantik tu.. kalau

Wordless Wednesday #7 | Kecanggihan DSLR

Imej
  Salam semua,

Perancangan Kewangan Selepas Bersara, Mampukah Aku?

Imej
  Salam semua, Pagi ni aku nak kongsi sikit apa yang aku dengar dekat TV3   berkenaan segmen pengurusan kewangan di MHI TV3 . Sebenarnya aku tak layak pon nak cerita pasal kewangan ni.. sebab kewangan aku pon tunggang langgang juga.. hehehe Apa yang aku nak kongsi pagi ni adalah nak ajak korang semua berfikir sejenak.. Andai kata bila kita semua dah bersara nanti di usia 55 / 56 tahun, berapa target pendapatan yang kita nak perolehi sebulan?.. sebab semua orang tahu masa usia tu kita dah tak bekerja.. Jadi dari mana punca pendapatan yang ingin kita perolehi selepas itu. Kredit : Google.com.my Aku bagi satu contoh situasi : Andainya korang sasarkan lepas bersara nanti korang nakkan pendapatan RM3000.00 sebulan. so berapa jumlah duit simpanan korang yang korang boleh dapat untuk pendapatan sebanyak tu? Formula untuk mendapatkan pendapatan RM3000.00 sebulan Pendapatan lepas bersara : RM3000.00 sebulan (Setahun : RM36,000.00) Andaikan korang menyimpan diinstitusi

Daihatsu Boon X4 Boleh Masuk Malaysia

Imej
  Salam semua, Kalau korang tanya aku kenapa semua orang suka convert kereta-kereta Malaysia kepada kereta-kereta Jepun? Jawabnya adalah kenderaan dari negara matahari terbit ni semuanya berkualiti jika dibandingkan dengan kenderaan buatan negara kita ni.. Maaflah ye bukan nak buruk-burukkan kenderaan tempatan.. tapi itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh semua pemilik kenderaan tempatan. Sebab tu kalau korang perasan ramai pemilik kereta Wira convert kepada Evo 3, begitu juga dengan pemilik Myvi yang kini gila-gila mengconvert kepada Toyota Passo / Daihatsu Boon. Daihatsu Boon X4 salah sebuah kenderaan yang menyerupai Myvi di Malaysia kini boleh beli dan dipandu diatas jalan di negara kita. Rujuk di Facebook Car Ace Solution Malam tadi aku terjumpa satu FB Syarikat pengimport kereta terpakai dari Jepun yang mana korang boleh beli kenderaan dari Jepun ni melalui syarikat dia orang ni.. Semua urusan mereka uruskan sehingga korang boleh pandu kereta tu atas jalan raya di

Saya Ada Jual Buah Zuriat | Stok Buah Zuriat 50 KG

Imej
Salam semua, Banyak-banyak entri dalam blog ni.. 2 entri dekat bawah ni yang menjadi hit carian terbanyak sepanjang zaman.. iaitu kebanyakkan pengunjung datang untuk mengetahui tentang buah zuriat dan kaedah memakan Buah Zuriat ni. http://www.myvitrd.com/2010/12/alhamdullilah-bertemu-dengan-buah.html http://www.myvitrd.com/2010/12/kaedah-makan-buah-zuriat.html Jadi kepada sesiapa yang belum tahu pasal buah zuriat ni.. boleh baca dekat link diatas tu ye.. dan kepada sesiapa yang ingin mencari atau membeli buah zuriat ni boleh hubungi pembekal dibawah ni. Cik Anon yang tak bernama ni telah tinggalkan komen dalam link saya.. so kalau ada yang ingin mencuba khasiat buah zuriat tu boleh hubungi terus no. pembekal dekat atas tu. Update 16/7/2011 Untuk dapatkan info pembekal buah zuriat boleh rujuk blog dibawah http://herbazuriat.blogspot.com “Kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan segalanya, Jangan putus berdoa kepadanya”

Gelagat Penonton Semasa Perlawanan Arsenal Vs Malaysia | Siaran Ulangan Jaringan Arsenal

Imej
Salam semua, Ramai juga yang kecewa malam tadi bila siaran astro Arena tidak menyiarkan siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Jadi untuk menonton juga perlawanan tu terpaksalah godeh-godeh beberapa website yang memaparkan live streaming… tapi faham-faham jelah dah namanya live streaming memang slow gila.. kata orang dari tak nampak langsung.. slow pon jadilah.. hehehe Dek gara-gara nak tengok sangat perlawan antara Malaysia menentang Arsenal si mamat ni sanggup tengok perlawanan secara live streaming di internet dengan meletakkan netbook di tepi jendela tingkap.. hehehe   Penjaring gol pertama dari pasukan Arsenal iaitu RAMSEY berjesi No.16.. Gol dijaringkan dengan tendangan penalti. Time ni memang sakit hati bila tengok buffering.. huhuhu Akhirnya keputusan telah diketahui yang mana Malaysia tewas ditangan Arsenal 4-0.. apa pon tahniah buat pasukan Malaysia kerana telah bersungguh-sungguh dalam perlawanan ni..  Siar