Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Dalam Tempoh Setahun Harga Naik RM30K

Imej
  Salam semua, Boring-boring takda keje aku ni gilah gatalkan tangan cari-cari apa yang patut dekat mudah.my .. bermula dari tengok kereta MPV (berangan nak cari kereta kot.. hehehe).. dah tu pegi tengok handphone dan tetiba teringat aku nak tengok harga pasaran rumah yang aku beli tu sekarang.. nak tahu jugakan berapa orang nak jual sekarang rumah area umah aku tu.. sekali aku tengok.. mak ai.. semua dah RM150K ke atas. Maknanya kalau aku gi bank buat refinance aku dah boleh dapat RM30K.. sebab rumah idaman yang aku beli sebelum ni berharga RM120K setahun yang lalu. Aku beli umah aku sekarang ni pun melalui mudah.my juga pada hujung tahun 2010.. sebab tu aku selalu check market dekat mudah.my juga.. memang betul orang kata pelaburan hartanah ni adalah sesuatu yang tidak merugikan berbanding dengan beli kereta-kereta mewah yang ratusan ribu ringgit. Kalau kereta semakin tahun harga semakin jatuh.. tapi kalau hartanah semakin tahun semakin naik.. so pelaburan mana yang me

Syoknya Tidur

Imej
  Salam semua, Semalam sehari takda entri mood kelaut je.. hehehe.. almaklum jelah kepala asik fikir nak sambung cuti jekan.. esok 1hb aku yang koje dekat KL ni pastinya dapat cuti umum.. haaa.. korang takkan buat-buat tak tahu esok cuti apakan.. esok cuti hari wilayah untuk Kuala Lumpur, Labuan dan juga Putrajaya.. so semua yang koje dekat kawasan wilayah ni pastinya esok akan bercuti. Macam aku pastinya cuti aku kali ini akan disambung sampai 2 minggu.. hahaha.. jangan jelous ye.. cuti pun dah approve.. so bolehlah aku sambung cuti-cuti malaysia dekat Penang start esok. Bukan apa aku cuti lama ni sebab cik malarang nak ambil exam untuk PJJ dia dekat USM so.. kenalah aku antar dia gi exam nanti yang mana kebanyakkannya waktu exam tu sampai jam 10 malam.. bukan dia tak boleh nak drive sendiri.. tapi aku je yang risau.. sayang binikan.. hehehe Muhammad Harraz Fahim kini berusia 55 hari Ibu dengan ayah mertua pastinya dah rindu dekat cucu dia orang ni.. dah dekat 2 mingg

Ronda-ronda di Hari Sabtu | Tesco & One Utama

Imej
  Salam hujung minggu semua, Semalam merupakan  hujung pertama aku dengan cik malarang & si Comel berehat bertiga dirumah.. kalau minggu-minggu sebelum ni banyak aktiviti balik kampung ke Penang & ke Johor.. jadi hujung minggu yang ada ni.. kami gunakanlah sepuas-puasanya untuk gi ronda-ronda. Kesian juga aku tengok cik malarang duduk dekat umah je dah 3 hari tak keluar-keluar so aku bawalah dia gi keluar ambil angin.. mana tahu boleh tenang-tenangkan fikiran setelah penat berjaga malam.. hehehe. Daddy nak bawa kita gi jalan-jalan dekat mana ni…? kita mengantuklah nak tido dulu boleh? Lokasi pertama yang aku gi semalam adalah dekat tesco Mutiara Damansara .. nak dikatakan setiap bulan aku mesti datang shopping sini.. kekadang tu gi pusing-pusing je tengok harga barang kot-kot ada offer murahkan.. macam semalam kebetulan lalu dekat kawasan barang-barang elektrik tu.. tetiba aku terperasanlah satu peti ais tempat simpan daging.. so aku cakap dengan cik malarang..

Wajah Blogger Riak Setahun

Imej
  Salam semua, Tengah-tengah layan online tetiba dapat mesej dari Mat Tiger .. “Ada beli nst? muka surat 16 pasal apa?” Tu antara mesej yang dia hantar dekat aku tadi… apa lagi teruslah aku gi cari muka NST ari ni.. tengok2 takda apa-apa pon.. banyak kes mahmamah je dengan kes pembunuhan… so aku selak lagi kot2 ada page 16 lagi dalam paper NST ni.. sekali aku jumpa memang ada dalam ruangan “STREETS YOUR EVENT” Page 16… hampeh.. rupanya muka mamat ni .. dengan mamat ni .. yang ada dalam paper NST ni.. Korang tak percaya ye?.. memang jangan percayalah.. sebab kalau korang percaya mesti mamat-mamat ni akan riak setahun… hahaha..

Cek Ke-2 Dari Exabytes

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah rezeki untuk anak bini, exabytes ni memang tak pernah mungkir janji dengan aku.. ini kerana hujung tahun lepas aku ada join program pengiklanan dari mereka yang mana pihak exabytes ada menyewa ruangan iklan di blog ni selama 3 bulan.. korang mesti perasan banner dekat atas tu. Ni merupakan kali ke-2 aku join program exabytes ni yang mana cek pertama dari exabytes sebelum ni pon aku dah terima tahun lepas. Seperti yang dijanjikan payment untuk sewaan iklan tu dah ku terima pagi tadi.. sebenarnya aku dah lupa pasal payment ni.. aku ingatkan lambat lagi baru dapat.. sekali dapat sampul yang ada logo exabytes tu ada dah agak ni mesti sampul berisi rezeki ni.. hehehe. Rasanya bukan aku sorang yang join program ni.. ada 200 blogger lagi yang lain.. so korang yang join sama ni dah dapat cek ke? kalau belum sabar ye.. mungkin cek tu dalam perjalanan kot.. almaklum jelah musim cuti ni.. jalan jem sikit.. hehehe. * Siapa cakap buat blog tak boleh ja

Ganasnya Baby Ni

Imej
  Salam semua, Masih dalam mood malas nak menulis sebenarnya lepas balik bercuti tahun baru cina.. so kebetulan adik ipar tadi share gambar ni dekat facebook aku ambillah gambar yang sama untuk kongsi dekat korang semua.. Bila aku tengok gambar ni memang kelakar pon ada juga.. bayangkan sungguh ganas baby ni waktu tidur.. hehehe.. macam-macam gaya dia dekat atas katil.. tetiba aku teringat baby comel aku yang letak dekat katil waktu malam.. selamat Harraz tak ligat macam dalam gambar ni.. kalau aku letak dia baring terlentang.. macam tulah gaya dia sampai pagi.. cuma kekadang dia suka angkat tangan macam orang nak azan.. hehehe. So kalau korang tak nak baby korang ligat macam ni.. sediakanlah katil untuk baby tu ye.. hehehe.

Sama Tapi Tak Serupa

Imej
Salam semua, Nilah sebenarnya entri tergantung untuk beberapa hari ekoran takda liputan internet dekat kampung aku.. dan kebetulan pada hari isnin aku keluar gi pekan sempat untuk publish gambar je tanpa sebarang cerita.. so kebetulan aku dah naik koje ni.. barulah tangan gatal nak menambah sedikit caption dekat gambar dekat bawah ni. Published with Blogger-droid v2.0.3 Korang kenal tak apa bendanya dalam gambar tu... rasanya kalau sapa-sapa yang pernah ada baby pastinya dah sebati dengan dua jenis minyak dekat atas tu.. bukan minyak senyonyong atau minyak dagu ye.. hehehe Oklah aku gitahulah sikit apa minyak dekat atas tu.. minyak yang tinggi sebelah kiri tu adalah minyak Yu Yee dan yang pendek sebelah kanan tu minyak telun. So apa kaitan kedua-dua minyak ni? minyaknya ni berfungsi untuk melegakan masalah kembung perut untuk baby TETAPI cara gunanya berbeza.. ini kerana minyak Yu Yee ni rasanya hangat dari biasa.. dan minyak telun tiada rasa hangat. Nak dijadikan cerita..

KL Ke Penang | Penang Ke KL | KL Ke Johor

Imej
Salam semua, Badan ada terasa letih sikit walaupun aku dah selamat sampai ke KL dengan anak bini aku... Setelah 44 hari isteri berpantang di Penang.. Siang tadi jam 3.50 buat pertama kalinya anak aku menjejakkan kaki kerumah aku.. Semalam tengahari aku gerak dari KL ke Penang... Sampai Penang dalam jam 7 petang.. Pagi tadi jam 9.30  aku gerak semula balik ke KL.. Esok pagi cabaran untuk gerak balik ke Johor pulak.. Balik umah mak ayah aku... First time bawa balik cucu... Hehe Syukur alhamdulillah sepanjang 5 jam perjalanan takda apa2 masalah si comel ni.. Nyenyak tidur sepanjang perjalan. Bukan setakat cabaran membawa balik si comel je terpaksa aku lalui.. Tetapi cabaran mengejar masa membawa pulang stok susu beku yang dan dipump oleh isteri.. Risau kalau-kalau susu beku yang dah disejukkan menjadi cair bila sampai dirumah.. Tapi alhamdulillah.. Susu tersebut masih dalam keadaan beku setelah 8 jam berada diluar peti sejuk... Bagaimana aku buat.. Tengok gambar dekat bawah ni.

Adakah Nuffnang Nak Bergurau Dengan Aku | Status Glitterati Ditarik Balik

Imej
  * Update Jawapan dari NUFFNANG Salam semua, Macam biasa kalau tak buka akaun Nuffnang setiap hari memang tak lengkap rasanya.. ialah mana tahu ada berita pasal sponsored post ke atau iklan Buffered Earning yang barukan.. hehehe Tapi pagi ni bila buka akaun nuffnang je.. apasal aku tengok earning aku semua tinggal separuh je.. jantung dah dip.. dap.. dip.. duk.. emmm ni mesti ada yang tek kena dengan akaun aku ni.. sekali aku tengok memang betul.. Status Glitterati aku dah kena tarik dan sekarang status dan jadi ahli biasa.. emmmm PASAL APA YE? So untuk mengetahui apa puncanya aku baru je hantar tiket dekat Nuffnang tanya apa masalah yang telah aku buat dalam blog-blog aku ni.. Adakah berpunca dari iklan Exabytes tu.. sebab kalau iklan Exabytes tu rasanya sebelum ni aku pernah tanya dengan nuffnang pasal iklan tu dan pihak mereka kata Exabytes tu bukan pesaing mereka.. so rasanya apa ye… emmm entahlah.. aku pun tak tahu.. tunggu jelah apa jawapan dari nuffnang. A

Nasi Kandar Pulau Pinang di Kuala Lumpur

Imej
Salam semua, Hujan-hujan ni pekena Nasi Kandar Pulau Pinang memang terbaik.. Sapa yang tak makan nasi kandar cepat angkat tangan.. rasanya kebanyakkan orang walaupun bukan orang penang pastinya gemar makan nasi kandar ni.. betul tak? Dekat area KL ni ada satu kedai nasi kandar yang menjadi kegemaran aku.. nak tahu dekat mana jom tengok gambar dekat bawah ni.. Ni dia kedai Nasi kandar yang aku maksudkan “ MOHD YASEEN NASI KANDAR P. PINANG ” ada yang pernah datang sini? Ambik kau, pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih.. makan sampai pengsan beb.. hahaha Jangan risau harga burged dah ada tulis dekat tepi tu.. kalau tambah lauk lain.. lain kira ye.. heheehe Korang nampak bakul tu.. dulu-dulu mak mertua aku cerita mamak penang ni kalau jual nasi kandar buakan dekat kedai tapi dia orang guna bakul yang ada nasi dalam tu.. dia orang pikul sekali dengan lauk.. tu yang panggil nasi kandar.. kedai ni walaupun dia orang tak pikul lagi nasi tu.. tapi

Menanti Kehadiran Orang Baru

Imej
Salam semua, Tak sabar rasanya menanti kehadiran orang baru di rumah ni.. Kalau sebelum ni kami duduk berdua je.. Insyaallah kalau tidak ada apa-apa tak lama lagi kami akan tinggal bertiga. Sebenarnya baru je aku siapkan tempat tidur Myvitrd Junior tadi.. Sebelum ni katil baby yang baru dibeli tahun lepas kami letakkan diluar.. So kebetulan malam ni aku takda koje.. Aku adjustlah katil baby tu masuk ke dalam bilik.. Alhamdullilah aku berjaya bawa masuk tadi sorang2 walaupun rasa mcm nak patah kot pinggang aku tadi.. Hehe. Untuk sementara aku letak kedudukan macam tulahkan.. Nanti kalau mem besar balik dia nak ubah aku ubahlah balik ikut cita rasa mem besar nanti.. Hehe. Lepas ni ingat nak cari stroller dengan car seat pulak.. Korang yang pengalaman ni.. Ada apa jenis car seat atau stroller yang korang boleh cadangkan untuk sku beli tak? .. Kalau ada korang tinggallah komen ye.. Oklah aku rasa pinggang aku sakit sikit.. Aku nak rehat dulu... Cau ci cau.... Wasalam. Publi

Test Drive Jentera Volkswagen 2012 Memang Terbaiklah

Imej
  Salam semua, Hari Sabtu lepas 14hb sempat aku bersama-sama dengan blogger-blogger dari komuniti Nuffnang menguji kehebatan jentera dari Volkswagen ni.. Terima kasih Nuffnang atas jemputan Test Drive Volkswagen tu… Memang terbaiklah… tidak tergambar dek kata-kata ketika membawa jentera hebat ni.. Jom kita layan gambar sekitar sesi test drive bersama Volkswagen ni. Seawal jam 11.00 pagi blogger dah mula mendaftar untuk menguji kenderaan pilihan masing-masing.. macam biasa pastinya aku nak test drive jentera Volkswagen Golf ni.. Niat asal nak Test Golf GTi .. tapi model tu takda dalam senarai.. so aku pilih Golf sahaja. Harga diatas jalan RM156,000.00 – Golf 1.4 TSI Tengok dari luar sampai ke engine dah tahu jentera ni memang takkan mengecewakan pengendalinya… dan terbukti setelah dipandu uji memang terbaik..   Sesuatu yang aku paling suka dengan model-model Volkswagen ni adalah penumpang tempat duduk belakang boleh menikmati penghawa dingin dari belakang.

Terkejut Beruk Blog Myvitrd.com Kena Delete

Imej
  Salam semua, Sebenarnya aku masih dalam mood cemas lagi.. mana tidaknya malam tadi member aku papankekunciku ada maklumkan aku pada jam 12.00 pagi blog cap ikan bilis ni tak boleh nak access mula-mula dia ingat aku tengah tukar domain.. aku cakap aku tak buat apa-apa sekali aku check.. ni yang aku dapat.. Sorry, the blog at myvitrd.blogspot.com has been removed… huhu gila apa? sapa yang tak  terperanjat.. baik2 aku nak tidur lena tak pasal-pasal aku kena cari solution sampai jam 2 pagi.. last-last aku penat terus aku tertidur... Pagi-pagi cik malarang ada call kata bro mat tiger cakap cikepal pernah kena macam ni cuba tanya dia.. so apa lagi sampai opis terus aku memburu si cikepal ni nak minta bantuan.. aku dah email tapi belum ada respone lagi mungkin dia buzy kot.. So dalam pada masa yang sama aku cubalah godeh-godeh sendiri apa yang perlu dibuat.. apa lagi mula-mula aku cubalah login akuan gmail.. terus dipaparkan satu kotak yang meminta aku masukkan no.phone un