Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Wordless Wednesday #19 | Anak-anak

Imej
  Salam semua, Aik.. cik malarang dah ada 2 orang anak ke?

Bila Sidia Sudah Merajuk…

Imej
  Salam semua, Korang pernah bercinta & jatuh cinta? pernah ada perasaan marah… pernah rasa tertipu dan ditipu… pada masa tu apa yang korang akan buat bila korang tengah marah? Adakah situasi yang sama ini korang akan lakukan?     Sebagai pasangan apa tindakkan yang korang akan ambil… biarkan saja.. atau bagaimana?

Semakin Hari Semakin Berat

Imej
  Salam semua, Bermula minggu ni.. Harraz dah start bertukar pampers dari saiz S kepada saiz M.. dan kebetulan pack testing yang aku beli dekat Carrefour minggu lepas pun dia pakai ok.. dan kebetulan expo motherhood dekat KLCC hujung minggu lepas aku jadikan lokasi untuk borong pampers.. Selesanya tidurku dengan pampers yang baru… Bila berat dah bertambah maka saiz pampers yang nak dipakai pun kenalah tukar untuk keselesaan betul tak.. cuba korang yang sekarang berat 80kg pakai seluar dalam yang saiz s boleh ke? memang boleh tapi memang tak tutup apalahkan.. hahaha. Kalau dulu kami keluar shopping semua barang yang dibeli biasanya untuk aku dengan cik malarang .. tapi kali ni keluar shopping.. 100% barang yang dibawa pulang semua untuk si comel.. :-) Paling cik malarang suka pergi expo ni adalah dapat banyak goodies.. korang tengok dekat atas tu semua dapat free atas kerajinan isteriku gi ronda semua kedai.. hehehe Rasanya cukuplah kot stok untuk 2 bula...

Tips Mendapatkan Top 10 Link Referrer Dari Denaihati

Imej
  Salam semua, Sejak Denaihati keluarkan keputusan Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Januari 2012 semalam dah ada yang cuba bertanya dekat aku apa Tipsnya mendapatkan Link Referrer sebanyak tu? … hehehe sapa ye yang tanya tu. Sebenarnya aku sendiri dapat tahu yang blog ikan bilis ni termasuk dalam senarai top 10 tu dari Mat Petak … petang semalam dia yang msg aku bagi tahu… sekali aku cakap dengan dia.. “ Mana ada Bro? Siapa cakap. Jauh panggang dari api blog ayam serama ni.. hehehe ” sekali dia cakap dengan aku.. yang dia baca post terbaru dari Denaihati ..  Terus aku buka blog Denaihati & pastikan kesahihannya.. sekali aku tengok yelah memang betul.. gosok mata berkali2… cuba zoom screen.. sebab macam tak caya.. takut nama blog orang lainkan.. sekali aku dah tenang-tenangkan fikiran aku tengok balik.. yelah memang betul.. dalam hati “ ALHAMDULILLAH rezeki anak bini ni ”.. hehehe. Saja sorok jumlah RM.. sebab nak suruh korang kira sendiri.. heheh...

Hasil Tangkapan di Motherhood Expo 2012 KLCC

Imej
  Salam semua, Semalam sempat aku menunaikan hasrat cik malarang untuk berkunjung ke Motherhood Expo 2012 di KLCC .. seawal jam 10.00 pagi kita orang bertiga dah sampai dekat tempat parking KLCC.. Alhamdulillah syukur dapat parking pulak betul2 depan lif, memang masa tu tak ramai lagi orang.. so tempat parking takda masalah.. Masuk lif terus tekan untuk ke ruangan expo di level G… keluar-keluar je dari lif.. mak ai punya ramai orang dah sampai rupanya.. semua tunggu depan pintu masuk je.. ada juga yang tengah beratur untuk register seterusnya dapatkan goodies dari pihak penaja expo. Tepat Jam 10.30 pintu mula dibuka.. macam biasalah.. semua serbu macam anak ayam nak makan jagung.. hehehe.. termasuklah aku.. aku masuk dulu sebab nak bagi Harraz minum susu.. cik malarang beratur untuk dapatkan goodies.. walaupun kali ni penaja tak ramai.. dapat jugalah goodies kalau tak silap ubat nyamuk kot.. hehehe Jom layan dulu gambar-gambar sepanjang aku dekat expo semala...

Seorang Nenek Youtube Bakal Gugat Najwa Latif Bermain Gitar

Imej
  Salam semua, Tengah-tengah aku berfacebook tadi ternampak pulak sorang member sharekan satu video yang aku rasa nenek youtube tu bakal gugat kepopularan Artis Youtube Najwa Latif .. Korang tak percaya.. jom tengok dekat bawah ni.. Tu print screen yang aku ambil dari youtube tadi.. so sekarang dengarkan kehebatan nenek ni pulak.. jom layannnnnnnn.. Nota : Kaum Adam.. Jangan lupa gi Solat JUMAAT ye… berhibur-berhibur juga.. solat jangan tinggal.

Khalifah Ganti Superman Kini Menjadi Milikku

Imej
  Salam semua, Mula-mula masa sampai satu bungkusan dekat atas meja aku tadi pagi, aku rasa pelik juga.. bila masanya aku ada order atau beli barang secara online ni.. lepas tu aku periksalah dia punya stem tu.. tengok cop pejabat pos dari Shah Alam.. aduh bertambah confius aku sebab aku memang takda order apa-apa barang sebenarnya. Nilah dia bungkusan yang baru aku terima tadi.. kemas di bungkus.. sekali aku ingat-ingat balik oooo baru aku ingat nilah hadiah cenderahati dari Denaihati bagi peserta yang join contest Gadget idaman beberapa bulan lalu… Patutlah dia ada minta alamat hari tu.. rupanya dia nak pos barang rupanya.. Dan sekali aku buka.. nilah hadiahnya.. BUKU bertajuk “Khalifah GANTI Superman” yang ditulis oleh Muhammad Ali Hashim .. Buku setebal 409 muka surat ni pastinya banyak ilmu yang tersirat didalamnya.. dan insyaallah aku dah berazam nak habiskan baca buku ni nanti bila ada masa terluang.. walaupun aku sebenarnya jenis yang kurang membaca.. tapi kali...

Fungsi Threaded Comments Buat Aku Rajin Membalas Komen Sekarang

Imej
  Salam semua, Ni semua gara-gara eyriqazz punya pasallah ni.. mana tidaknya pagi tadi aku baca entry yang dia tulis, sekali aku nak komen.. aku tengok pasal apa ruangan komen dia ada fungsi “Reply” disetiap komen.. lebih kurang macam blogger yang pakai platform Wordpress . So apa lagi benda baru ni aku cubalah google .. sekali aku jumpalah beberapa blogger yang buat tutorial pasal “ Threaded Comments ” ni.. sekali aku cuba tak berjaya… maksudnya GAGAL.. Dalam pada masa yang sama aku tanya juga dengan Mat Tiger macam mana dia setting blog dia sampai keluar fungsi reply tu.. Tak lama tadi dia dah pecahkan lubang sapa yang ajar dia untuk keluarkan fungsi reply tu… Thank You Mat Tiger pecahkan lobang.. hehehe Nilah bukti yang aku dah berjaya buat.. lepas ni insyallah setiap komen yang korang tinggalkan diblog ni akan aku jawab ye.. Korang yang masih tak tahu dan nak mencuba keluarkan fungsi reply tu.. korang boleh terjah di blog Makcik ni.. hehehe

Rezeki Anak Bini

Imej
Salam Semua, Alhamdulillah rezeki untuk anak bini bertambah hujung bulan ni.. Walaupun taklah banyak mana tapi syukur atas rezeki yang diberikan.. Ni bukan cek dari pengiklan.. memang takda kena mengena dengan blog... ni adalah sumber dari site income yang lain. Duduk kl ni.. Kalau takda buat site income memang susah sikit kalau harapkn gaji bulanan je.. Betul tak? Sebab tu aku setuju sangat dengan cadangan CUEPACS semalam dengan mencadang kenaikkan gaji kakitangan awam ni.. Apa pandangan korang tentang cadangan tu.. Setuju @ Tidak? http://cuepacs.blogspot.com/2012/02/cuepacs-tuntut-kenaikan-gaji-rm700.html Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday #18 | Beli Ferrari Dengan Duit Blogging

Imej
Salam semua, Korang rasa boleh ke beli Ferrari dengan duit hasil blogging ?

Masaalah Negara Betul

Salam semua, Selalunya bila anak antar gi pengasuh dah tu nak tinggal mesti menjerit nangiskan.. Betul tak? Tapi dalam kes aku ni terbalik.. Anak aku ok je kena tinggal.. Tapi yang nangis nak ikut anak pengasuh pulak.. Hehe.. Pelikkan. Semalam petang masa aku nak ambil harraz dekat umah pengasuh.. Cik malarang ambil sekali bawa balik anak pengasuh tu.. Sebab nak ikut sangat harraz balik umahkan.. Sebelum tu aku bawa dia sekali gi cari barang sikit petang tu.. Dah tu terus ikut balik umah.. Lepas isyak aku hantar dia balik umah dia semula.. Kebetulan dekat je.. Kira selang 2 blok rumah je. Sekali tu tadi pagi masa aku hantar Harraz.. Boleh anak bongsu pengasuh tu menangis nak ikut sekali... Hehe.. Selamat umi dia pujuk kata kita orang nak koje.. Oklah ingat dah seatle dekat situ tadi pagi.. Sekali aku datang nak ambil harraz tadi.. Boleh dia menangis nak ikut lagi... Hehe.. Sebelum tu aku dah cakap dengan cik malarang.. Anak angkat awak tu dah tunggu dekat tingkap.. Hehe.. M...

Pilih Pampers Terbaik Untuk Si Comel Anda

Imej
  Salam semua, Hujung minggu lepas sempat aku singgah dekat Carrefor di Mid Valley semasa aku gi Pameran IT tu.. kebetulan masa tu cik malarang nak survey harga pampers mana yang murah untuk si Harraz ni. Rasanya lepas ni Harraz dah tak boleh pakai saiz “S” sebab bila aku pakaikan macam dah ketat je.. so kena servey harga  berpatutan untuk saiz “M” pulak.. Masuk-masuk je dah jumpa satu longgok pampers dari Jenama BabyLove Jurujual sempat buat demo kelebihan jenama BabyLove dengan jenama X… masa dia tuang air dekat pampers tu jenama X dan bocor dah.. tapi jenama BabyLove cepat meresap.. tulah kelebihan BabyLove katanya.. mula-mula macam kami dah tertarik.. tapi aku cakap dengan wife Kita servey jenama lain-lain dulu. Sekali toleh dekat belakang nampak pulak jenama Huggies ni yang macam Si Sumijelly cerita pasal kebaikkan Huggies tu. Sekali tengok harga dia.. alamak boleh tahan juga murahnya… hehehe.. aku cakap lagi dengan cik malarang.. tengok jenama ...

Gaya Buas Di Katil

Imej
  Salam semua, Gelagat anak ni memang mencuit hati.. bangun pagi tengok macam-macam gaya digayakan… tak tahulah Harraz ni mewarisi siapalah tidur buas diatas katil.. hehehe.   Nilah gaya si comel tergelak-gelak selepas bangun tidur.. dan macam ni juga gaya aku letak dia atas katil sebelum tidur tu… tetapi selepas lebih kurang 8 jam tidur hasilnya dekat bawah ni.. hehehe Tu dia.. kepala dah tak berbantal dah senget benget dah baring.. bantal semua dah berterabur… selimut yang asalnya dekat atas dah jadi alas… hehehe.. nilah gaya buasnya si comel kami ni..     Bangun pagi-pagi je dah tergelak2 suka.. kalau time datang mood gelaknya memang tak hentilah dia gelak.. rasanya dia dah mula tengok sebab kalau bibir digerak-gerakkan mesti dia seolah-olah macam nak ajak sembang juga.. Tapi kalau datang laparnya.. emmm hanya kami berdua jelah yang tahu macam mana gaya nangisnya minta susu.. hehehe. Cabaran membesarkan anak memang banyak cabarann...