Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Promosi Gila Domain Berharga RM3.99 Setahun Tawaran Hanya Untuk Sehari Sahaja

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Pastinya ramai rakan blogger yang masih menggunakan domain percuma dari blogspot ( contoh : http://myvitrd2.blogspot.com ).. dan mengimpikan untuk menggunakan satu nama unik pada url blog korang ( contoh : http://www.myvitrd.net ).. tapi bila memikirkan harga untuk satu domain yang mahal pastinya akan melupakan hasrat untuk menggunakan domain sendiri.. betul tak? Tapi untuk hari ini sahaja .. 31hb Januari 2013 bermula pada jam 9.00 pagi Exabytes akan menawarkan satu harga GILA untuk mendapatkan domain yang menggunakan .net dengan tawaran harga HANYA RM3.99 untuk setahun. Untuk harga biasa domain yang yang menggunakan .net ini dijual pada harga RM38.00 untuk setahun. Tawaran GILA ini hanya untuk 100 pelanggan terawal sahaja .. jadi kalau korang bercita-cita nak ada domain sendiri apa kata cepat-cepat korang register di SINI   . * Banyak kelebihan pada blog korang bila berdomain sendiri.. nak tahu apa kelebiha...

Kebaikan Dan Keburukan Buaian Pada Bayi

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Bagi yang dah mula bekerja hari ni selepas bercuti lama selamat bekerja aku ucapkan.. bagi yang masih menyambung cuti seperti aku selamat bercuti juga.. Rupa-rupanya bukan senang nak jaga anak ni.. kekadang terfikir juga aku macam manalah pengasuh bayi ni nak handle sampai jaga lebih 5 orang bayi dalam satu masa.. aku baru jaga Harraz sorang je dah bergusti-gusti dengan dia.. mana susah nak kasi tidur, nak kasi makan, nak layan kehendak dia dan macam- macam lagilah.. rasanya kalau pengasuh ni tak sabar mau dia rendam anak kita dalam baldi kot.. huhu Apa yang aku nak sembang hari ni bukan pasal pengasuh dera anak.. tapi kaedah pengasuh menidurkan anak kita dibawah jagaan mereka.. dari awal lagi aku dah ajar anak aku supaya tidur tidak dibuaikan maksudnya tidur didodoi dalam buaian.. tapi bila dah start hantar ke pengasuh semuanya berubah.. dek kerana mungkin salah satu cara mudah nak tidurkan bayi ni adalah dengan membuainya.. m...

Iklan : Abaya Potongan Princess Untuk Wanita Muslimah

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Hari ini kami ingin membuat sedikit promosi iklan untuk pakaian wanita muslimah iaitu dari jenis Abaya potongan Princess yang mana sesuai dipakai untuk kemajlis-majlis keraian atau pun ke pejabat. Abaya Menawan - RM150 termasuk postage (Semenanjung Malaysia Sahaja) Material: Kain Fusan Potongan Abaya: A (kembang ke bawah) Saiz available: Warna bunga Putih : 42 Biru : 44 Biru : 46 Abaya Menawan - RM150 termasuk postage (Semenanjung Malaysia Sahaja) Material: Kain Fusan Potongan Abaya: A/kembang payung Saiz available: Purple : 40 & 42 Pink : 44 & 46 Abaya Menawan - RM135 termasuk postage (Semenanjung Malaysia Sahaja) Material: Kain Fusan Potongan Abaya: A/kembang payung Saiz available: Biru : 40 & 48 Hitam : 42   Pelbagai jenis Abaya dan saiz ada di page kami untuk maklumat lanjut boleh layari page facebook kami di Harraz Baby Shoppe .. sebarang ...

Bergambar : Terjumpa Budak Dalam Beg Pakaian

Imej
Assalamualaikum & salam hujung minggu semua, Pernah tengok budak dalam beg tak? mai sini aku tunjuk macam mana rupa budak yang dijumpai dalam beg pagi ni.. huhu Ni namanya kena dera dengan daddy sebab duk asik usik adik dia yang nak tidur dalam buai... so denda dia kena kurung dalam beg.. hehehe.. saja bergurau dengan anak.. tidur tak mau.. tapi duk kacau adik dia.. Cik malarang cakap macam mana ni kalau ada anak dua orang.. mesti harraz asik nak renyuk je adik dia.. hehehe. Macam mana hujung minggu korang apa aktiviti korang petang ni.. geng blogger area KL semestinya akan ke majlis Sepetang Bersama Blogger .. Semoga program yang dirancang disana berjalan dengan lancar.. sorry kawan-kawan tak dapat nak join sama.. insyaallah next time ada masa terluang aku join nanti.

Rahsia Hebat Di Malam Jumaat

Imej
  Assalamualaikum dan salam malam Jumaat semua, Pejam celik dah seminggu aku dekat umah mertua ni.. sakit-sakit ni masa cepat je berlalu.. tak pasti lagi berapa lama lagi cuti yang perlu aku sambung.. selagi chicken pox ni tak betul-betul baik ada baiknya aku duduk dekat rumah je.. silap-silap kalau aku gi keje mau jangkit dekat orang lain pulak.. ada orang cakap paling senang chicken pox nak jangkit time dah nak baik.. time kuping-kuping tu dah kering dan nak tanggal.. betul ke? Oklah berbalik pada tajuk entri dekat atas tu.. wah bukan main cepat lagi korang klik nak baca kalau tengok tajuk hot macam dekat atas tu ye.. Kalau yang dah kawin tu logik juga nak tahu rahsia hebat di malam jumaat.. tapi kalau yang bujang macam bro ni .. apa tujuan dia nak baca.. hahaha.. lainlah kalau mamat ni atau mamat ni .. memang tiap-tiap malam jumaat mengaung je.. hahaha.. Korang nak tahu apa rahsia aku.. rahsianya ada dekat bawah ni…. Punyalah banyak mayonisnya siap meleleh-lele...

Akhirnya Dia Bertatih

Imej
Assalamualaikum dan salam Maulidul Rasul semua... Alhamdulillah setelah setahun sebulan hari ini anak aku bagi berita gembira dekat daddy dengan mama bila dia dah start bertatih hari ni. Walaupun bertatih dan sesekali jatuh terduduk tapi takpelah janji yang penting ada perkembangan untuk start berjalan... Nampaknya tak lama lagi dah boleh main kejar-kejar dalam rumah dah.. He3 posted from Bloggeroid

Rezeki Blogging Tidak Mengecewakan

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah itu yang boleh aku ucapkan sepanjang tahun 2012 yang mana rezeki dari berblog tidak pernah putus-putus kekadangan datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka pun ada.. kalau sebelum ni banyak aku dapat income sampingan dari Nuffnang .. tapi sekarang bukan sekadar dari nuffnang sahaja sebab ada juga company yang deal terus untuk membuat iklan dalam blog cop ayam ni.. tapi ada juga yang aku tolak atas sebab-sebab kurang sesuai dengan kandungan blog aku.. Tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada Tn Denaihati sebab rasanya aku boleh dikatakan hampir setiap bulan di tahun lepas aku dapat insentif tunai untuk top referrer di blog beliau.. selain dari tu ada juga menang beberapa contest yang beliau anjurkan.. pendek kata memang banyak aku dapat site income dari blog beliau…. alhamdulillah. di harapkan tahun 2013 ni ada lagi peluang rezeki dari beliau nanti. Masih tidak berpeluang untuk berjumpa beliau lagi walaup...

Harraz Kemalangan

Imej
Wahai anakku bilalah kau nak start berjalan ni... Dah macam-macam tool dah daddy dengan mama beli untuk harraz cepat berjalan... Tapi tak mau jalan lagi ni... Tolak punya tolak.. Tetiba terbalik pulak kereta tolak dia... Macam nilah semakin hari semakin lasak... Aku pulak dapat sambung lagi MC 1 minggu.. Yang seronok sapa lagi cik malaranglah.. Sebab dia tahu.. Selagi aku dapat MC selagi tulah aku tak balik KL lagi... Kalau tak terpaksa aku tinggal dia dengan Harraz dekat kampung.. Sebab cik malarang tengah cuti 3 minggu untuk kursus intensif dia punya PJJ. Doa-doa cepatlah baiklah chicken pox aku ni.. posted from Bloggeroid

Nak Ikut Nasihat Doktor Atau Orang Tua-Tua

Imej
Assalamualaikum & salam hujung minggu semua, Mungkin hujung minggu korang semua berakhir dengan keseronokaan keluar shopping atau bersosial diluar tapi tidak bagi aku yang terpaksa duduk berkurung dirumah dek kerana jangkitan Chicken Pox ni.. 2 bintik merah tu menunjukkan chicken pox yang melekat dekat tangan aku Aku nak tanya korang.. kalau korang yang kena jangkitan serupa ni.. korang akan ikut nasihat Doktor atau orang tua-tua.. bukan apa masa aku gi ambil ubat dekat klinik tempoh hari doktor dah warning dekat aku supaya jangan sesekali minum air kelapa sebab bila minum je.. pasti semua bintik merah akan keluar seluruh anggota tubuh badan dan paling bahaya kata doktor boleh keluar dalam otak.. huhu betul ke ? Ubat ni kena habiskan dalam masa 3 hari.. huhu Doktor ada bagi 2 jenis ubat dan satu ubat sapu.. dia kata lepas makan ubat tu bintik takkan keluar lagi.. kalau sekarang ada 15 biji bintik ia akan kekal macam tu.. tapi yang peliknya aku dah mak...

Daddy Yang Sakit, Harraz Yang Kena Suntik

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera, Disebabkan kesihatan masih belum pulih.. Blog juga terpaksa bercuti beberapa hari.. Ni pun gagahkan diri untuk tulis entri pendek je.. Walaupun mungkin terpanjang... He3 Check sebelum bagi suntikan vaksin Chicken Pox Untuk pengetahuan semua.. Aku telah dijangkiti virus chicken pox.. Memang seksa derita... panas dan gatal satu badan.. Bermula dari kepala sekarang dah hampir satu badan semua keluar bintik merah berair macam kena minyak panas.. Aku tak ingat pulak masa kecik aku pernah kena atau tidak.. Sebab dah tua bangka ni baru pulak kena.. Huhu Masa gi klinik ambil ubat terus doktor minta aku ambilkan Harraz vaksin untuk chicken pox... Jadi untuk pencegahan awal terus bawa si Harraz ke pakar kanak-kanak untuk dapatkan suntikkan vaksin tu.. Bayor jelah RM130 untuk satu suntikkan... Tapi doktor kata tak jamin 100% tak kena cuma kalau kena hanya sikit je.. Hope cepatlah sikit baik sakit aku ni.. Banyak benda tak boleh...

Kenanga Wholesale City Syurga Memborong Pakaian

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hujung minggu lepas tunaikan impian cik isteri untuk shopping di Kenanga Wholesale City .. yang mana tempat ni boleh aku kategorikan sebagai syurga untuk memborong pakaian lelaki, wanita atau kanak-kanak. Bila sebut perkataan borong.. mesti beli dalam kuantiti yang banyak baru dapat harga yang istimewa sehingga ada yang menawarkan separuh harga jika membeli 6 helai. Jadi kalau korang nak gi kenduri atau majlis keraian yang memerlukan pakaian tema yang sama.. memang sesuai korang borong pakaian di pasaraya ni. Korang tidak akan dapat harga yang istimewa untuk membeli sehelai dua pakaian disini.. sebab telah dimaklumkan semua kedai didalam ni adalah kedai borong.. sangat sesuai untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan. Aku dah dua kali sampai di Kenanga Wholesale City ni.. first time datang bawa keluarga mertua bulan lepas.. second time hujung minggu lepas. Buat masa ni juga parking di dalam bangunan ...

Sesi Terjah Mee Ketam Kuala Lumpur Cawangan Keramat

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Dah lama plan nak terjah Mee Ketam Kuala Lumpur cawangan Keramat.. tapi baru hari ini berkesempatan untuk singgah.. kebetulan minggu ni aku kerja so bawa siap-siap anak bini ke pejabat.. sebab senang nak bawa keluar makan nanti.. hehehe Habis je waktu pejabat jam 4.00 petang terus menuju kelokasi yang dimaksudkan.. ini merupakan kali pertama aku singgah di restoran mee ketam Kuala Lumpur cawangan keramat sejak dibuka tahun lepas.. kalau dekat seksyen 7 Shah Alam rasanya dah 2 ke 3 kali aku pergi.. tak ingat berapa kali sebenarnya… hehehe. Hiasan pada dinding kedai sama seperti di Seksyen 7 Shah Alam.. penuh dengan gambar ketam yang menaikkan selera.. hehehe.. paling bagus kedai sentiasa bersih.. Paling aku suka restoran Mee Ketam Kuala Lumpur ni adalah semua menu ditulis pada board hitam siap sekali dengan harga.. so korang dah boleh nak burged berapa ringgit korang nak makan.. hehehe Tengok dekat dinding je punyalah bany...

Harraz Dapat Kawan baru.. Anak Dara Lagi..

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Beberapa hari yang lepas sempat aku bawa anak bujang aku ni taman permainan dekat area rumah.. memang dah banyak kali janji nak bawa gi taman mainan tapi asik cancel je dek gara-gara kekadang cuaca tak elok dah tu sampai umah lewat.. jadi kebetulan hari isnin tu kami sampai rumah awal.. janji terus ditunaikan.. hehehe. Jom layan gambar jelah .. Acara pemanas badan dulu.. muka macam takut je.. tapi seronok.. macam burung bebas dari sangkar.. hehehe Jeng..jeng.. jeng.. kita tengok samada Harraz suka atau takut… tetiba ada pulak anak dara datang nak join sekali.. anak sapa pulak ni.. yeeeee… go..go..go… Harraz… risau juga kalau-kalau dia sangkut dekat tengah-tengah gelongsor tu.. hehehe akhirnya harraz berjaya.. tetiba anak dara tu masuk juga.. selamat dia tak tersepak harraz..huhu Awak ni siapa? kata Harraz…. awek : saya ….. boleh kenal.. hai baru kenal sekejab macam dah seronok je.. senyum lagi.. pasal apa du...

Bukan Senang Nak Dapat Backlink Dari Blogger Popular

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Sesuatu yang menggembirakan hati dikalangan blogger apabila mendapat backlink dari rakan blogger terutama blogger yang telah ada nama dan dikenali ramai.. bukan senang nak dapat backlink ni.. dan kesan yang paling ketara bila kita mendapat backlink dari rakan blogger adalah trafik blog.. cerita pasal trafik ni mamat ni tak asing lagi dengan trafik blog yang ribu-ribu setiap hari. Siapa yang tak terkejut bila buka je statistik dekat nuffnang pasal apa tetiba aku dapat banyak referrers dari entri “ Qhaliff  tercekik tulang ” ni? terus aku buka link tu dan aku tengok rupa-rupanya Blogger BenAshaari ada bagi backlink dekat blog aku.. ni semua gara-gara entri aku yang lama dijadikan rujukan bila anak beliau tercekik sesuatu masa makan. walaupun entri tu ditulis semalam tapi kesan pada blog aku adalah pagi ni.. tengok tu top referrers adalah datang dari entri “ Qhaliff tercekik tulang”. Terima kasih bro sebab sudi bagi backl...

Wordless Wednesday #24 | Cium Diri Sendiri

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Apa rasa cium diri sendiri ye? Macam nilah rupanya kot kalau harraz ni kembar.. hehehe