Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Buah Tangan Dari Tanah Suci Mekah

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah semalam makcik cik malarang ada bermalam dirumah dan dia sampaikan beberapa buah tangan dan oleh-oleh yang dikirim oleh Ibu mertua di Penang yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah 3 hari yang lalu.. Alhamdulillah kedua ibu mertuaku sepanjang di tanah suci Mekah sihat-sihat hendaknya.. Macam biasalah orang paling excited nak tengok oleh-oleh tu cik isterilah.. seronok dia dapat hadiah dari ibunya.. cik isteri dapat abaya dari tanah arab.. tak kurang gembira akulah juga sebab  ibu dan ayah mertua belikan beberapa helai jubah.. terbaik memang cantik..” Terima kasih ibu & ayah ” nampaknya kena pakai time raya nanti.. cuma masih dalam perbincangan nak balik raya dekat Penang atau Johor tahun ni.. jawapan aku dah ada.. cuma nak tunggu cik isteri nak bagi jawapan je dia nak raya mana.. hehehe. Harraz? mestilah tok ibu dan tok ayah dia belikan hadiah juga.. dialah paling banyak dapat hadiah.. dapat juba...

Fakta Kemuflisan di Malaysia

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Pagi ini aku nak kongsikan artikal tentang kemuflisan di Malaysia .. pastinya bila disebut muflis sahaja dalam kepala akan tergambar orang tu akan pakai seluar pendek dan selipar sahaja bila di istiharkan muflis.. itu gambaran yang selalu kita tengok di dalam rancangan tv atau drama-drama tv. Tahukah anda semua.. dengan jumlah hutang RM30,001 sahaja, hakim boleh mengisytiharkan anda bankrap melalui perintah mahkamah. Jadi bagi yang ada loan lebih dari nilai tu.. berhati-hatilah dengan jangan sampai tunggakkan pinjaman tidak dibayar. Courtesy of: iMoney.my

Harraz Oh Harraz

Imej
Nak tidor tak boleh sebab kepanasan dalam bilik ni... Nak buka tingkap risau jerebu masuk dalam rumah.. Tahan jelah kepanasan dalam bilik ni.. Nilah aksi terlampau harraz dekat tempat tidur dia.. Tadi meragam tak mau tidur.. Dah penat nangis ngan pujuk.. Dah tu bagi susu baru nak tidur... Tengah kusut kepala nak cari pengasuh lain dalam seminggu dua ni... Sebab pengasuh bagi notis suami dia dah tak bagi mengasuh budak lagi... Gaduh suami isteri anak akulah jadi mangsanya.. Inilah masalah kalau isteri lebih dari satu... Aduhhh.. Pening-pening.. Nak tidur pun tak boleh kalau asik di fikir-fikirkan... Doa-doalah yang terbaik untuk kami sekeluarga supaya dapat cepat pengasuh yang baik macam pengasuh harraz sekarang ni... posted from Bloggeroid

Info Jerebu Terkini | 24-6-2013 Bacaan Jam 7 Pagi

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Dibawah ni aku kongsikan lagi info terkini jerebu seluruh negara yang mana maklumat diperolehi dari laman web Jabatan Alam Sekitar . Kalau semalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor bacaan jerebu tidak sampai API 200.. tapi pagi ini untuk bacaan 7.00 pagi kawasan lembah Klang bacaan sangat tinggi dengan API 296.. manakala kawasan KL ada yang mencecah API 191.. Alhamdulillah juga dikawasan Muar yang semalam mendapat bacaan tertinggi hari ini bacaan telah turun ke API 148..   Insyaallah aku akan cuba kongsikan dari masa ke semasa info jerebu yang aku perolehi dari laman web Jabatan Alam Sekitar.. Korang juga boleh layari sendiri disini.. cuma sekarang laman web tersebut susah untuk diakses memandang ramai yang sedang melayari laman web tersebut untuk mendapatkan info. ** Sekarang aku jadi blogger kaji cuaca pulak.. :-)

Info Jerebu Terkini | Jerebu Di Muar Semakin Teruk

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Seperti yang rakan-rakan semua sedia maklum masalah jerebu sedang melanda beberapa negeri di tanah air kita terutama sekali di kawasan negeri Johor dan khususnya yang paling ketara adalah negeri Muar. Di bawah ni adalah maklumat terkini yang aku ambil dari laman web Jabatan Alam Sekitar untuk tarikh hari ini 23-Jun-2013. sumber laman web Jabatan Alam Sekitar Di kawasan tempat tinggal aku sekitar Bandar Sri Damansara jerebu ni mula kelihatan ketara pada pagi semalam.. sampaikan bila cik isteri buka tingkap kami dapat hidup bau seperti asap kebakaran.. Pagi ini juga jerebu masih kelihatan lagi area rumah aku.. Ada baiknya pada musim-musim kualiti udara tak berapa sihat ni dikurangkan aktiviti luar bersama keluarga.. dan banyakkan meminum air masak. Diharapnya masalah jerebu tidak berpanjangan.. dan sama-sama kita berdoa supaya diturunkan hujan bagi mengurangkan kadar jerebu ni.. ** Hujung minggu nak balik Johor mac...

Macam Mana Nak Membesar Kalau Macam Ni

Imej
Sangat mencabar nak membesarkn anak ni.. lagi-lagi dalam bab nak bagi anak makan.. Susah benar anak aku ni nak makan.. Korang tengok gambar-gambar yang aku ambil tadi pagi.. Korang tengoklah gelagat anak aku kalau di bagi makan.. Dia boleh pulak buat main makanan dia.. Kalau macam ni bilalah nak membesar anakku.. posted from Bloggeroid

Promosi Anmum Essential RM75.99 Di Tesco

Imej
Alhamdulillah kebetulan dah gaji hari ni... Dan kebetulan juga Tesco ada buat offer seminggu sampai 26hb Jun.. Terus ajak cik isteri lepas balik keje ke Tesco Kepong. Seperti yang dijangka susu yang Harraz tengah minum sekarang dari jenama Anmum memang ada offer.. RM75.99 untuk yang dalam tin berat 1.6kg.. Kalau harga normal RM85.90... So jimatlah RM10 untuk satu tin.. dan kalau beli 2 tin dapat pulak Voucer RM8.. Murah punya pasal terus ambil 2 tin.. Simpan untuk stok akan datang.. Kalau-kalau terdesak hujung bulan ada juga stok susu untuk Harraz minum nanti. Cuma ada sedikit kecewa tadi masa beli barang lain dekat tesco bila tanda harga dekat rak tidak sama dengan bil bayaran.. Bila aku complain dekat customer service dia orang label dekat rak tak betul.. Sebagai pelanggan aku sangat terkilanlah sebab seolah-olah macam kena tipu.. Harga tu bukan berbeza sikit tapi harga yang dicharge 2 kali ganda dekat label rak.. Sebelum tu ada juga cuba scan barcode tu dekat mesin pen...

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Petaling Jaya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Seperti yang kita semua sedia maklum bulan puasa tahun ni akan tiba dalam beberapa minggu lagi jadi pastinya semua umat islam di dalam dan luar negara tidak sabar menantinya.. Menjadi kebiasaanya bila tiba bulan puasa bazar-bazar ramadan seluruh negara juga pasti meriah.. Ini kerana pada bulan inilah juga peniaga-peniaga makanan akan mendapat rezeki yang lebih. Bagi yang suka berkunjung ke tapak-tapak bazar ramadan ni pastinya korang akan sentiasa bertukar-tukar lokasi mengunjungi bazar ramadan ni.. Di kawasan aku sahaja Daerah Petaling Jaya terdapat 20 lokasi bazar ramadan yang telah disediakan oleh pihak MBPJ. Jadi bagi mereka yang tinggal disekitar Daerah Petaling Jaya ni.. bolehlah korang berkunjung disetiap lokasi bazar tersebut. Di harapkan kita semua sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan sepanjang menjalani ibadah puasa nanti.. Insyaallah. posted from Bloggeroid

Tools Untuk Memudahkan Anda Membuat Keputusan Kewangan

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Mula-mula aku dengan nama iMoney.my aku sendiri tertanya-tanya apakah dia? Jadi bila aku dah masuk dalam laman sesawang tu baru aku tahu yang iMoney.my merupakan satu laman sesawang yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk membuat perbandingan dan pilihan yang terbaik dari segi menguruskan kewangan mereka. Sebagai contoh korang nak membeli satu unit rumah dan pastinya perkara yang perlu korang kena kaji dan selidik terlebih dahulu adalah institusi perbankan mana yang sesuai untuk  memberikan pinjaman kepada korang. Jadi kebiasaanya korang terpaksa pergi ke setiap bank untuk mendapatkan tawaran interest atau faedah yang rendah. Tetapi dengan tools yang telah disediakan oleh iMoney.my korang hanya perlu masukkan jumlah pinjaman yang ingin dipohon dan tempoh pinjaman tersebut seterusnya tools dari iMoney.my yang akan kirakan untuk anda. Langkah seterusnya klik pada bank pilihan korang untuk mengetahui le...

Pengajaran Buat Pemilik Laman Web Sesawang Download Yang Masih Aktif

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Pagi tadi tengah drive nak pergi kerja dalam keadaan jalan yang sangat jem teruk dekat jalan Kepong tetiba cik isteri mesej aku.. “ abg pemilik laman web jiwang.org kena tangkap ”.. aku cakap “ ok takpe nanti sampai opis abg check ”. Jadi sampai  opis terus aku google.. sebelum tu aku cuba masuk juga dalam laman web jiwang.org tu.. masih boleh access lagi.. mungkin sikit masa lagi akan kena sekat kot oleh pihak SKMM. Biasanya kalau berita panas ni aku tak baca dalam blog dulu.. so aku akan cari dalam laman web BERNAMA .. sekali tengok memang ada cerita dalam tu.. dari apa yang dilaporkan dalam berita online tu.. pemilik laman web muat turun tu telah ditangkap beberapa hari yang lepas dikediamannya oleh Penguatkuasa KPDNKK. menurut berita tu lagi pemilik tersebut telah dibebaskan atas jaminan polis dan akan didakwa dimahkamah. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum...

Masa Untuk Bertukar Ke UNIFI

Imej
Kalau macam nilah gayanya kena apply Unifi dengan shakiddo dot com lah... He3.. Masih dalam pertimbangan nak apply atau tidak.. Sebab kena tengok juga burget bulanan nanti.. Kalau ambil Unifi.. Mungkin juga aku boleh terminate line broadband ni dengan Astro.. Sebab dalam Unifi ada IPTV.. Cuma masalahnya nak travel takdalah pulak line internet nanti.. Masih dalam dilema... Kalau korang macam mana.. Ada idea yang baik tak boleh bantu aku buat keputusan.. posted from Bloggeroid

Mungkinkah Anak Aku Kecacingan

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Dua minggu yang lepas masa aku bawa anak aku pergi ambil ubat demam dekat klinik.. aku minta cik isteri ambilkan sekali ubat cacing dekat si comel kami tu.. usia dah setahun 6 bulan memang langsung tak pernah bagi lagi bagi makan ubat cacing ni.. so risau juga kalau-kalau dia kecacingan sebab memang selera makan dia langsung takda dekat rumah.. kalau makan pun satu atau dua suap dah tak nak makan dah.. berat badan pun bukan berat yang ideal untuk usia dia.. sekarang ni berat dia kurang dari 10kg. Selamatlah kekadang pengasuh dia ada cakap hari ini harraz makan banyak.. so aku lega jugalah dengar.. mungkin juga dia makan selera dekat rumah pengasuh sebab ada anak-anak pengasuh makan sekali. Ubat Cacing VeMiZol yang katanya boleh membunuh 6 jenis cacing dalam perut.. emm geli pulak aku dengar nama-nama cacing dalam kotak tu.. hehehe Kalau mengikut sukatan usia anak aku tu.. doktor cakap makan separuh je atau 5ml sahaja.. seb...

Pengalaman Membeli Hosting Dengan SALEIZ WEBHOSTING

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Setelah beberapa bulan aku buat survey melalui pembacaan di internet.. tanya kawan-kawan akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk melanggan satu domain dan hosting baru dari pemilik blog eizil network untuk perniagaan online cik isteri. Disebabkan ini kali pertama aku melanggan hosting nampak macam pening-pening sikit.. sebab lepas beli hosting tu apa langkah seterusnya aku nak buat.. selamatlah sekarang ni banyak maklumat telah diblogkan didalam internet.. so google jelah apa yang kita tak tahu.   DAPATKAN DOMAIN & HOSTING MURAH DI SALEIZ WEBHOSTING Tarikh 28hb Mei 2013 menjadi sejarah bagi aku sebab itulah tarikh buat pertama kalinya aku membeli domain dan hosting sendiri dengan tanpa sebarang ilmu hosting di dada.. jadi aku buat semua dengan try end error je.. selamatlah lepas aku beli hosting tu tak putus-putus pihak eizil network bagi bantuan.. bab services after sales tulah yang aku suka.. Tak lama ...

Anak Tidur Tidak Lena Di Waktu Malam

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sejak seminggu dua ni.. anak aku tak berapa nak lena bila lewat malam.. kerap sangat terjaga dan merengek-rengek.. aku pun tak pasti pasal apakan.. Kalau sebelum ni.. memang dia ada terjaga waktu malam.. cuma tak sekerap sekarang ni.. kalau sebelum terjaga tu 2 ke 3 kali je lepas 12 malam itu pun lapar nak susu.. tapi sekarang ni hampir 10 kali terjaga lepas 12 malam.. Yang jadi masalahnya kami berdualah.. sebab esok paginya nak kerja.. confirm dekat opis akan mengantuk.. hehehe Gaya tidur macam orang dewasa.. Biasanya kalau dah teruk sangat merengek.. aku akan suruh cik isteri bawa si kecik ni tidur sebelah kita orang.. sebab sikecik ni tidur dekat katil sendiri.. tapi tulah masalahnya kalau dah tidur dekat kami.. memang dia jelah yang akan menguasai katil tu.. pantang badan dia kena sentuh.. mesti terjaga je.. Malam semalam tidur tak berbaju sebab habis baju basah mungkin kepanasan kot.. Almaklum jelah bilik tidur k...

Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar

Imej
  Asslamamualaikum dan salam sejahtera semua, Pagi ni aku tertarik dengan tajuk berita disurat khabar “ Blogger Hantu Diharam ”.. mula-mula aku tengok tajuk tu cerita apa pulak nikan.. sapa yang jadi hantu.. dan bila ada cerita pasal blogger ni aku memang suka nak ambil tahu sebenarnya.. almaklum jelahkan kita ni pun dalam golongan mereka jugakan.. Rupanya cerita pasal penulis blog dan portal yang suka menulis tanpa menggunakan nama identiti sebenar.. rasanya samalah dengan aku.. aku tulis pun bukan guna nama sebenar.. rasa macam poyo pulak nak guna nama penuh dalam blog ni.. hehehe Jom baca sedikit petikan dari berita online ni… Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial le...

Gambar Ladang Anggur Tasik Beris Sik Kedah

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Seperti yang aku janjikan semalam dalam enti Melawat Ladang Anggur Tasik Beris Sik Kedah .. aku nak kongsi gambar ladang anggurkan.. jadi hari ini aku nak kurangkan bercerita.. aku nak kongsikan gambar je pada pembaca blog aku hari ni.. Jom kita ceriakan mata di ladang anggur Tasik Beris ni.. Adik ipar dan anak-anak saudara cik isteri Posing dulu dipintu masuk utama.. jangan risau kalau hujan lebat dalam ni tak kena hujan punya sebab ladang anggur ni ada bumbung.. ingat dah diberi amaran tau “Dilarang memetik buah”.. tapi dari apa yang aku baca dalam website dia kita boleh petik buah dalam ni cuma kena bayaran tertentu.. entahlah mungkin undang-undang baru kot pertama kali tengok pokok anggur nampak macam jakun sikitlah.. hehehe.. bersih je ladang anggur ni.. orang yang tersayang kasi posing dulu buat kenang-kenangan.. nilah rupa pokok anggur.. pokok anggur ni jenis pokok yang menjalar.. so kena buat para dawai ...