Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Tak Rugi Aku Beli Insurans Dengan Etiqa Takaful

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Rezeki kekadang datang tanpa diduga.. begitu juga duka kekadang datang tanpa di minta, semua datang darinya.. sebagai hamba kita hanya mampu berdoa supaya sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari musibah dunia dan akhirat. Alhamdulillah pagi ni dapat satu sampul surat dari Etiqa Takaful , seperti dah boleh agak apa kandungan dalam surat tu.. memang betul seperti jangkaan sekeping cek pembayaran pengagihan lebihan keuntungan dari syarikat insurans Etiqa Takaful.. walaupun nilainya kecil tapi bermakna bagi golongan seperti aku. Ni merupakan cek kali kedua yang Etiqa Takaful bagi dekat aku.. kalau tak silap first dapat tahun lepas.. ni semua gara-gara pembelian insurans kereta secara online yang aku buat setiap tahun.. Nampaknya kalau macam ni.. kena kekalkan lagi polisi insurans kereta yang akan tamat hujung bulan 3 nanti.. Sebab tu aku mula sayang ketat-ketat dekat Etiqa Takul.. hasil keuntungan syarikat dibahagi bersama

Kos Tukar Condenser Aircond Yang Bocor

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Nilah namanya malang tidak berbau… pagi sabtu nak keluar rumah dengan anak beli sarapan, macam biasa masuk kereta start engine dan onkan aircond.. sekali yang keluar angin panas je.. dalam hati aku pasal apa pulak ni.. baru 10 bulan aku repair semua komponen yang rosak ari tu ( Baca sini ).. takkan nak duit angpau tahun baru cina pulak.. Walaupun dalam hati dah risau.. tapi buat-buat muka relex je depan anak.. hehehe.. teruskan niat gi beli sarapan sambil mesin duit dalam kepala berjalan.. Sampai je dekat rumah lepas beli sarapan terus cakap dengan orang umah.. “ sayang kereta macam ada masalah.. aircond tak berfungsi ”.. aku dah agak dah.. confirm reaksi cik isteri tak happy punya.. almaklum jelah.. silap-silap kena pinjam duit dia nak repair aircond kali ni.. hehehe. Pendekkan cerita masing-masing buat muka macam kereta takda masalah je.. petang tu keluar rumah gi taman layang-layang tanpa aircond.. kesian dekat anak sebab bada

Nasi Mandy Kambing Yaman Home Made

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Ekoran dari percubaan kali pertama memasak Nasi Arab Ayam Mandy berjaya minggu lepas.. kali ni Nasi Arab Kambing Mandy pulak kami cuba.. Bermula dengan pencarian kambing di kedai-kedai sekitar rumah gagal.. so kami cari kambing yang telah dipotong nipis di Tesco.. daripada takda potong nipis pun takpe janji kambing.. Seperti biasa proses pertama dimulakan dengan merebus kambing terlebih dahulu sehingga lembut.. Rebus kambing tanpa meletakkan garam, rebus sehingga lembut. Rempah Nasi arab Kambing home made sesuai untuk hidangan 5 orang Tidak perlu risau bagaimana cara untuk memasaknya sebab semuanya diterangkan dengan lengkap dibelakang kotak rempah home made tadi Bahan-bahan yang terdapat dalam kotak rempah arab home made tadi, terdiri dari beras basmati bermutu tinggi, rempah nasi arab, dan rempah ratus Bahan tambahan yang perlu disediakan 2-3 ulas lada hijau, bawang putih dan bawah besar Beras basmati ta

Suprima S Super Premium Lebih Sporty

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Bagi peminat kereta nasional negara,  proton semalam telah melancarkan satu varian terbaru model Suprima S Super Premium . Untuk varian terbaru ini ianya dijual pada harga RM87,929.45 dengan dua warna pilihan merah api dan putih solid.   credit photo : FB Protoncars Di lengkapi dengan rim sport 17 inci dan  body kit R3 memang menarik kalbu bagi golongan muda tanpa perlu lagi membuat sebarang modifikasi selepas memilikinya..

Family Dinner Ikan Bakar Teluk Tempoyak Penang

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, Cerita hujung tahun lepas baru sempat nak publish.. ada masa free ni.. cubalah kongsikan sikit-sikit gambar yang sempat aku ambil masa family Dinner ikan bakar di Teluk Tempoyak Penang . Bila semua dah berfamily ni time kumpul ramai-ramai ni memang susah.. jadi kebetulan hujung tahun ari tu semua adik-beradik cik isteri bercuti dan ada dikampung mertua.. aku dengan cik isteri dah rancang nak bawa dia orang semua gi makan ikan bakar.. yang takda masa tu cuma biras aku je (suami kepada adik cik isteri).. kebetulan masa tu dia ada kursus dekat KL so tak dapatlah nak join sama.. Pemandangan dari jeti Teluk Tempoyak.. dekat belakang tu berlatar belakangkan Jambatan ke-2 Pulau Pinang yang telah siap sepenuhnya.. Kedai ikan bakar ni merupakan kali ke-2 aku sampai sini.. first dulu datang dengan family mertua juga.. bila tu dah tak ingat.. tapi still sama juga tiada perubahan suasana sekeliling.. Nak makan sini semua layan diri

Kambing Aqiqah Berharga RM1 Seekor

Imej
Assalamualaikum semua... Kredit : http://osmangoatfarm.com/ Rupanya masih ada lagi usahawan yang berhati pemurah macam ni di negara kita.. semoga dengan keikhlasan hatinya akan dibalas dengan kebaikkan dan terus dimurahkan rezekinya.. amin. Kepada mereka yang bakal mendapat cahaya mata pada hari MaulidulRasul esok... bolehlah ambil peluang yang ada ni untuk buatkan aqiqah kepada bayi yang baru lahir tu dengan seekor kambing yang hanya berharga RM1 sahaja.. Diharapkan usaha yang dibuat oleh pengusaha kambing ini menjadi contoh kepada pengusaha-pengusaha kambing yang lain.. posted from Bloggeroid

Nasi Arab Mandy Home Made

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Sebut sahaja Nasi Arab pastinya sudah tidak asing bagi warga kota Kuala Lumpur dan sekitarnya.. mana tidaknya kalau anda ke Jalan Bukit Bintang sahaja semua restoran yang ada di kiri kanan jalan adalah restoran Nasi Arab.. sekali pandang dah macam dekat Negeri Arab pun ada.. hehehe. Harga tak perlu dibincangkanlah sebab ada yang mahal dan ada yang murah.. buat masa ni yang paling murah pernah aku jumpa Nasi Mandy Ayam RM6.. Jadinya semalam aku dengan cik isteri kebetulan masing-masing dah kerja hujung minggu kami pun planlah nak buat Nasi Arab Mandy Home Made.. Mula-mula tak confident juga.. samada boleh jadi atau tidak.. tapi kata orang kalau tak cuba tak tahukan.. so kami follow jelah panduan yang diberikan dalam kotak Nasi Mandy Home Made tu.. Nasi Mandy Ayam Saudi berharga RM15 satu kotak Ayam separuh potong 8 yang telah diperap dengan rempah Nasi Arab Proses panggang ayam selama 1 jam dengan suhu 180 Ni pulak b