Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Terima Kasih Atas Jasa-Jasamu

Imej
  Assalamualaikum…     Selamat tinggal…. huhu Siapakah tuan baru kuda hitam kesayanganku ini.. khabarnya sekarang ada di Kota Bharu, Kelantan. semoga tuan barumu menjagamu sebaik mungkin seperti kami menjagamu dulu.. Mungkin satu hari nanti kita akan bersua lagi jika ada jodohnya.. 6 tahun bersamamu banyak pahit manis yang ditinggalkan bersama.. pastinya kami sekelurga akan terus merinduimu.. huhu.

Samsung Galaxy Note N7000 Masalah Tidak Boleh Charge

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Minggu lepas cik isteri ada complaint pasal S amsung Galaxy Note yang dia pakai tak boleh nak charge, katanya kena tekan kuat atau tekan kebawah pada soket USB charger tu baru bateri boleh charge. Jadinya bila balik rumah aku testlah charge memang betul ada masalah.. lagi satu kalau boleh charge pun bateri tak boleh nak penuh dah charge lebih 24 jam pun masih 5% je baterinya.. Aku kata confirm bateri rosak ni.. sebab bateri pun dah kembung.. jadinya pergilah dekat kedai handphone untuk cari bateri yang baru tapi bukan original.. dapatlah dengan harga RM50.. test dekat kedai ok, balik rumah charge pun ok.. bila penuh guna pun ok.. tapi selang dua hari problem semula.. penyakit tak boleh charge datang semula. so nak tak nak aku google lah apa masalahnya.. jadinya aku jumpa satu website ni yang mengatakan kalau Samsung Galaxy Note tak boleh charge ni biasanya port USB dekat phone tu rosak.. kena ganti board atau PCB yang baru.....

Mohon Rumah Mampu Milik Di Johor Secara Online

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera, Baru-baru ini Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan permohonan rumah mampu milik dan kos rendah secara online di http://erumah.johor.gov.my , pelancaran portal ini telah disempurnakan oleh menteri Besar Johor YB Datuk Seri Khalid Nordin. Ini merupakan satu langkah baik oleh kerajaan negeri Johor bagi memudahkan rakyat dinegeri itu membuat permohonan secara atas talian. Kepada warga Johor yang layak boleh menggunakan aplikasi ini sebaiknya.. Mohon melalui sistem erumah ( http://erumah.johor.gov.my ) Antara syarat-syarat untuk memiliki rumah mampu milik di negeri Johor   Senarai harga rumah mampu milik di negeri Johor

KL Tower International Towerthon Challenge 2014

Imej
  Kepada yang berminat untuk menguji keupayaan mental dan fikizikal bolehlah mencuba sukan larian ni yang akan diadakan pada Ahad 18 Mei 2014, bukan sekadar larian tetapi korang perlu menaiki anak tangga sebanyak 2,058 anak tangga… Alhamdulillah aku pernah menyahut cabaran ni sebanyak 3 kali sebelum ni.. dan yang terakhir pada tahun 2011.. boleh rujuk entri INI maknanya  tahun 2012 dan tahun 2013 aku tak join sebab masalah kesihatan.. tahun ni pun mungkin tak join lagi lagi sebab masih ada masalah kesihatan. Kepada yang berminat boleh layari laman web rasmi Menara Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.

Kunjungan Pertama Ke Pantai Bagan Lalang

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, Alhamdulillah setelah lebih 2 tahun berangan-angan nak gi makan ikan bakar dekat Bagan Lalang akhirnya semalam kami berjaya juga sampai, dengan perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit dari Shah Alam terus ke Bagan Lalan melalui Sepang. Masa pergi tu terasa macam jauh juga.. tapi bila dah balik rasanya taklah jauh sangat Bagan Lalang ni. patutlah mamat ni , rajin makan dekat sini. Pertama kali berkunjung ke pantai Bagan Lalang ni.. pemandangan yang cantik dan meriah dengan pengunjung bermain di tepi pantai. Kelihatan dari jauh Golden Palm Tree Resort, Sepang .. kalau tak silap resort bertaraf 5 bintang tu.. dapat bermalam satu malam dekat situ rasanya memang menyeronokkan. Harraz termenung jarang-jarang tengok pantai katanya.. dalam hati dia mesti nak berlari tepi pantai tu.. Habis lepak pantai Bagan Lalang terus terjah kedai Ikan Bakar HM SRI BAGAN yang dikatakan sedap diantara kedai-kedai ikan bakar disekitarny...

Perbaharui Lesen Dan Tukar Kad Pengenalan Di Mini UTC Sentul KL

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Dua hari lepas sempat menyinggahkan diri di Mini UTC Sentul KL ni untuk membuat urusan memperbaharuai lesen dan kad pengenalan.. First time datang ke Mini UTC ni.. selama ni aku dengar je nama UTC dengan kemudahan yang ada dalam tu.. tapi lepas aku sendiri yang datang dan buat beberapa urusan memang betul.. segala urusan boleh dibuat disatu tempat ni sahaja.. Di KL ni kalau tak silap aku ada dua sahaja UTC ni  satu di Sentul (Mini UTC) dan satu lagi di PUDU Di Mini UTC Sentul ni ada kemudahan Pejabat Pos, JPJ, JPN dan Imigresen, Klinik Gigi, Balai Polis dan macam- macam lagi. Apa yang menarik disini waktu operasinya 7 hari seminggu Bagi urusan JPJ seperti tukar hak milik kenderaan semua boleh dibuat sini.. Urusan pertama aku disini ada perbaharui lesen.. Lama juga tunggu baru sampai giliran.. kebetulan hari tu ramai pulak yang berurusan dengan JPJ ni. Alhamdulillah lesen kenderaan siap pada hari yang sama....

Belanja Anak Isteri Sempena Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke3? Di IKEA

Imej
  Alhamdulillah semalam genap lagi usia aku 3?.. semakin menghampiri usia 40an.. jadinya sempena hari lahir aku semalam, aku belanjalah cik isteri dan anak makan di IKEA .. dah lama tak makan dekat sini. Ada rezeki sikit bahagi-bahagilah dekat anak isterikan.. Semoga dengan meningkatnya usia ni.. aku terus diberikan kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki supaya dapat terus menyara keluarga tercinta aku.. Paling penting makin dibanyakkan amal ibadah.. amin   Juadah ringkas sempena ulang tahun kelahiranku yang dah tua ni.. Set meatball IKEA.. kembung perut nak habiskan.. Ok tak kek hari jadi ni.. hehehe.. simple jekan..

Kadar Bayaran Tol Jambatan kedua Pulau Pinang @ Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera semua, Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat balik ke kampung mertua di Penang selama 2 hari.. bertolak balik dari KL malam sabtu dan Ahad petang kembali semula ke KL. Kepulangan kami kali ini sempat menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang kedua yang baru dibuka awal Mac yang lalu dan kebetulan masa kami lalu tu tol masih percuma lagi. Sunyi sahaja Jambatan Kedua ni.. masa kami lalu ni jam 2.30 pagi.. Tetapi kalau anda melalui Jambatan Pulau Pinang kedua bermula hari ini anda sudah mula dikenakan bayaran tol seperti dibawah ni. Berikut adalah kadar  Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang mulai 1 April 2014 Motosikal (kelas 0): RM1.70 Kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1): RM8.50 Kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2):  RM30.50 Kenderaan kelas 3: RM70.10 Teksi (kelas 4): RM8.50 Bas (kelas 5): RM26.20 Info lanjut boleh layari http://www.jambatankedua.com.my Beberapa keping gamb...