Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Masih Ada Income Bersama Nuffnang

Imej
  Rasanya lebih setahun dah aku tak pernah update pasal cerita Nuffnang ni.. rata-rata semua blogger sendiri dah tahu apa dia nuffnang ni.. tak perlu aku nak ulas panjang-panjang dan ulang-ulang entri yang dah dibuat oleh rakan blogger lain.. nak cerita panjang google sahaja. Apa pun alhamdulillah masih ada site income dari nuffnang ni walaupun dah 6 bulan menabung dapat juga cash out akhirnya.. kalau tahun-tahun sebelumnya boleh dikatakan hampir setiap hujung bulan pastinya mesti dapat tekan butang cash out pada website nuffnang tu.. tapi untuk tahun ni merupakan tahun paling slow aku memblog.. visitor pun dah boleh kira pakai jari yang masuk setiap hari.. Bukan salah nuffnang sebenarnya .. tapi salah diri sendiri.. pertamanya aku dah mula kurangkan entri dari setiap hari kepada setiap minggu sahaja.. sikap malas menjadi punca segalanya.. biasalah tu.. ada masanya kita bersemangat nak menulis.. ada masanya dingin sahaja.. Sekarang ni pun bukan nuffnang sahaja yang b...

Gara-gara Tertidur Dapur Hampir Terbakar

Imej
Allahuakbar... semua kerana kecuaian aku sendiri.. rumah hampir terbakar... syukur alhamdulillah Allah masih sayangkan kami sekeluarga.. Beberapa jam tadi aku gi rebus telur masin untuk buat juadah bersahur dengan cik isteri.. macam biasa lepas rebus aku gi baring-baring sementara tunggu telur masak.. tup-tup aku terlelap terus.. Tetiba masa aku terjaga dari tidur.. aku perasan kenapa rumah penuh dengan asap dengan bau hangit.. aku baru teringat yang aku ada rebus telur sejam yang lalu.. terus berlari ke dapur untuk tengok apa terjadi dengan telur masin tadi.. sekali tengok.. Allahuakbar dah rentung kedua-dua telurnya.. periuk pun dah hampir nak cair dek gara-gara panas sangat.. terus matikan api dapur dan jirus dengan air periuk yang rentung tadi.. Pengajaran buat diri sendiri.. jangan gi baring bila masak sesuatu.. hampir-hampir satu insiden berlaku tadi..

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1435H

Imej
  Alhamdulillah syukur, sekali lagi kita semua yang beragama Islam di temukan lagi dengan bulan mulia iaitu bulan ramadhan yang mana esok 29hb Jun 2014 semua umat Islam diseluruh negara akan mula berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Tidak lupa juga malam ni semua umat Islam akan mula menunaikan Solat sunat Tarawih dan yang pastinya semua masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi dengan Jemaah.. Alhamdulillah. kredit image : google.com Setiap kali tiba bulan ramadhan pastinya juga ramai yang akan meng google panduan dan cara-cara menunaikan sulat sunat tarawih.. bagi yang telah terlupa bagaimana niat berpuasa dan panduan solat suanat tarawih boleh sahaja melihat link dibawah ini sebagai rujukan semula. Lafaz niat Puasa, Doa Berbuka dan Panduan solat sunat tarawih Alhamdulillah juga ayah dan adikku telah selamat tiba malam semalam di tanahair selepas 12 hari berada di tanah suci mengerjakan umrah.. pada mulanya kami ingatkan ayah dengan adik akan berpuasa sehari...

Pengalaman Berniaga Di Mega Bazaar 2014 MAEPS, Serdang

Imej
  Alhamdulillah selesai sudah Mega Bazaar 2014 di MAEPS, Serdang yang berakhir jam 10 malam semalam, Pastinya ada yang pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan hasil jualan di Mega Bazaar tersebut, tak kurangnya juga yang pulang dengan tangan kosong, hampa, kepenatan dan hasil jualan yang tidak memberangsangkan.. Takpe itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Rezeki ada dimana-mana mungkin rezeki tiada di Mega Bazaar ni.. tapi mungkin ada menunggu diluar sana.. terutama peniaga online seperti kami. Bagi kami sendiri, banyak pengalaman yang kami dapat lepas kami sertai Mega Bazaar ni.. ada yang pahit dan ada yang manis. Kalau ikutkan ni pengalaman kedua kami menyertai bazaar ni.. tapi untuk Mega Bazaar sebesar ni yang mengumpulkan lebih 1000 peniaga online dan offline ni merupakan pengalaman pertama kami. Kekadang kita tengok orang keluar pagi balik malam.. usung semua anak pergi berniaga pasar malam atau bazar-bazar macam senangkan.. bila kami dah l...

Senarai Syarikat Yang Dibenarkan Mengeluarkan Visa Umrah

Imej
  Alhamdulillah selepas hampir 2 bulan menunggu untuk menunaikan umrah ke tanah suci, akhirnya semalam ayah, adik & pakcik selamat tiba di Jeddah. Menggunakan penerbangan transit dari KLIA ke Dubai dan transit selama 2 jam di Dubai sebelum meneruskan perjalanan semula dari Dubai ke Jeddah. Kalau ikutkan Jadual asalnya ayah akan menunaikan umrah pada awal bulan 5 sebelum ditangguhkan ke awal bulan 6, bila tiba tarikh untuk berangkat pada hujung bulan 5 agen buat panggilan sekali lagi dengan mengatakan buat masa sekarang ni ada masalah visa.. yang mana pihak kerajaan Arab Saudi membekukan pengeluaran Visa umrah.. mungkin masa tu disebabkan penularan penyakit berjangkit virus penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) di Arab Saudi . Alhamdulillah pada tarikh 15hb Jun adik yang menguruskan umrah ayah dikampung dapat panggilan dari agen umrah dengan mengatakan kali ni confirm boleh pergi visa dah dapat.. kena bertolak ke Jeddah pada 17hb Jun jam 2.00 pagi di KLI...

Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah Anak Saudara Di Penang

Imej
  Alhamdulillah selesai sudah perkara yang wajib, hujung minggu lepas sempat melapangkan masa pulang ke kampung mertua di Penang untuk sama-sama memeriahkan majlis aqiqah cucu ke-3 mertua, kali ni dapat anak saudara perempuan pulak.. baby baru kepada adik cik isteri… Majlis aqiqah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah.. 2 ekor kambing ditumbangkan walaupun untuk baby perempuan sunat seekor kambing sahaja. sebenarnya satu ekor lagi sumbangan dari mertua untuk dibuat kambing golek.. yang seekor untuk majlis aqiqah dimasak dengan masakan kurma.. Aktiviti melapah kambing pada sehari sebelum majlis kenduri aqiqah.. buat-buat macam pandai je ni orang yang tengah lapah tu.. :-) Pada awal pagi dihari majlis aqiqah.. kerja-kerja mengemaskan meja dan menyiapkan ruang makan untuk tetamu yang akan hadir. Jam 12.00 tengahari kambing yang akan digolek telah tiba.. senyum je abag tu Menurut tokey kambing golek ni.. kambing ni dah di kukus dan diperap dengan rempah...

My New Face

Imej
Alhamdulillah.. tanpa disedari usianya telah menjangkau 2 tahun 6 bulan.. pelbagai telatah yang mencuit hati setiap hari dibuatnya... semoga buah hati ini terus membesar dengan sihat dan ceria..