[Digi Gadget] Wireless Mobile Router (MiFi) Review Part-4
Salam Pagi semua, tentu anda masih ingat beberapa review aku sebelum ni berkenaa DiGi MiFi ni yang mana anda boleh baca pada Review 1, Review 2 & Review 3.
Kali ini review ke 4 akan menerangkan bagaimana untuk menguruskan DiGi MiFi sama ada melalui software atau interface yang telah dibina didalam MiFi itu sendiri.
Bagi review kali ini aku akan menerangkan kaedah mengurus DiGi MiFi melalui interface yang telah dibina didalam Device MiFi itu sendiri.
Langkah-Langkah adalah seperti dibawah ini :-
1) Buka mana-mana browser yang selalu anda gunakan samada IE, Firefox atau Crome.
2) Masukkan default IP Address : 192.168.1.1 pada ruangan address di browser anda.
3) Interface dibawah akan dipaparkan jika anda memasukkan IP address yang betul.
4) Masukkan password "admin" dan klik login
5) Status DiGi MiFi akan dipaparkan seperti diatas samada connected @ disconnected , jika status disconnected anda hanya perlu tekan butang connect untuk membuat connection ke internet.
6) Jika internet telah disambungkan pergi ke tab "Basic Status" seperti gambar diatas untuk menyemak status sambungan internet, status wireless dan maklumat device DiGi MiFi
7) jika anda ingin mengubah jenis sambungan ke internet tab "Quick Setup" seperti gambar diatas boleh digunakan.
11) sekiranya anda ingin mengubah setup wireless anda perlu ke tab "Advanced settings" dan klik pada ikon "WLAN Settings" (rujuk gambar diatas)
12) anda perlu pastikan icon WLAN Enable adalah aktif untuk semak Statusnya enable klik pada icon "WLAN Enable" (rujuk gambar dibawah)
Diharapkan dengan sedikit penerangan bagaimana untuk menguruskan DiGi MiFi anda menggunakan interface di dalam decive DiGi MiFi ianya dapat membantu anda setiap masa sekiranya berhadapan dengan masalah pada pada masa akan datang.
Bertemu lagi kita pada review DiGi MiFi pada masa akan datang.. Selamat melayari internet menggunakan DiGi MiFi dimana sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan
Jangan segan-segan bagi komen ye..